Genap 15 hari suamiku di Labuan. Selepas 14 hari berkuarantin di sana (hotel) akhirnya hari ni dapat ke laut untuk menjalankan tugas yang sepatutnya. Hati kian berbunga. Menghitung hari, tak lama lagi akan dapat berjumpa dengan dia yang sangat dirindui. 15 hari ini sangat menguji. Diuji dengan ujian ‘perpisahan’ yang Allah saja tahu bagaimana rasannya hati ini. Aku dan anak-anak.
Kami sudah biasa berpisah. Ya, kerana kerjaya suami, bertemu dan berpisah sudah jadi hal biasa. Namun kali ini berbeza kerana ia dalam tempoh yang lebih lama, tak seperti selalu. Pernah juga, sampai 2 minggu tapi masa tu aku dan anak-anak ada di kampung, so tak terasa sangat walaupun memang rindu sentiasa (setiap kali dia tiada). Tapi boleh dikatakan , dah biasa. Setakat seminggu, masih boleh tahan. Anak-anak juga semakin memahami kerjaya Abi yang begitu.
Bila kali ini (oleh kerana covid-19) suamiku perlu berkuarantin di sana sebelum bertugas, aku pada awalnya dah siapkan mental, tak akan ada masalah. Lepas 2 minggu, akan jumpa balik. Dan sudah hampir masanya kepada tarikh yang suamiku sepatutnya balik.
Tetapi. Allah masih ingin menguji hambaNya. Hari ni di laut timbul masalah, suamiku tak dapat bertugas lagi hari ni. Lambat buat kerja, lambat juga la dapat balik. Hmmm.. sabar. Sabar. Dan lepas tu dapat info lagi, yang dia perlu berkuarantin lagi selama 2 minggu sebelum dibenarkan balik ke semenanjung. Allah.. aku rasa nak menangis. Hancur impian. Dalam hati yang masih tak boleh nak terima kenyataan, aku maklumkan juga pada anak-anak, dan ada yang menangis. Baru je kita cakap-cakap pasal Abi yang dah tak lama lagi nak balik, pasal plan nak balik beraya di kampung, dan sebagainya. Tapi.. tak jadi. Allah... siapa tak sedih. Petangku jadi suram.
Ya, ekoran kes covid-19 yang makin meningkat sejak akhir-akhir ini. Malahan ada pula kes dari kluster kapal. Itu yang lagi strict peraturan keluar masuk di sana.
Bukan daya untuk menolak takdir, sekarang adalah masa untuk pujuk diri bertenang dan menerima setiap takdir Allah dengan penuh redha dan sangka baik padaNya. Pasti ada hikmahnya. Pasti Allah gantikan kesedihan ini dengan kegembiraan yang kita tak jangka bagaimana. Pasti.
Aku (mungkin) akan jalani kehidupan sendiri bersama anak-anak. Uruskan mereka sendirian tanpa sokongan sesiapa di sini. Kadang-kadang aku akui aku penat. Mood turun naik, nak handle anak-anak dengan karenah dan ragam masing-masing, di samping kerja-kerja wajib yang perlu dilakukan di rumah, aku perlu akui yang aku sedang melalui hari-hari mencabar tanpa suami di sisi.
Tapi aku tetap bersyukur, dalam 2 minggu yang telah berlalu, segalanya berjalan dengan baik, biarpun tak sempurna. Banyak kesilapan aku, tapi aku tak boleh lemah dan mengalah. Aku tetap perlu belajar dari kesilapan. Aku perlu mencari semangat dan bisikkan kekuatan pada diri. Yang paling utama, sentiasa meminta petunjuk dan pertolongan Allah. Minta perlindungan dan kekuatan. Insya Allah hari-hari yang mendatang, tetap akan aku jalani dengan baik juga bersama anak-anak.
Aku juga tahu suami di sana juga sedang berdepan dengan rasa yang sama. Dia juga rindukan anak isteri. Tapi takdir masih ‘menyekat’ pertemuan ini. Rindu. Allah saja yang tahu :,(
Semoga akan baik-baik saja. Semoga sabar dalam menempuh hari-hari. Semoga nanti Allah hadiahkan nikmat luar biasa pada sebuah pertemuan. Insya Allah.
0 comments:
Post a Comment