Wednesday, 15 July 2020 By: Naemah

TIMELESS LOVE: CINTA IGAUAN

‘Kehidupanku sangat bahagia bersama suami yang kacak, bekerja keras, bertanggungjawab dan sangat penyayang, juga bersama anak-anak yang comel, cerdik dan sentiasa menghiburkan. 


Tapi pada suatu hari bila aku membuka mata, suasana sangat sepi. Tak seperti selalunya. Mana suamiku? Mana anak-anakku? Mana kebahagiaanku? 


Rupa-rupanya.. itu hanya sebuah mimpi. Dan aku bagaikan tak percaya itu adalah sebuah mimpi. Aku benar-benar menikmati kebahagiaan itu. Masakan ia sebuah mimpi? Dan aku menangis semahunya.. aku rindu mereka. Namun aku perlu memujuk diri untuk menerima kenyataan bahawa semua itu adalah palsu. Walau tersangat payah untuk aku menelan kepahitan kebenaran ini.’


Pada suatu hari, aku ditakdirkan bertemu dengan dia- suami di alam mimpiku. Hati aku melompat riang sekali. Tapi.. dia tak mengenaliku. Iye.. aku perlu terima kenyataan bahawa dia hanya ‘suami’ di dalam mimpiku. Dalam hati yang sarat dengan rindu ini.. aku terasa ingin memeluknya erat- seperti selalunya dia memelukku dengan penuh cinta. Tetapi... seperti ada tembok yang menghalang untuk aku mendekatinya. Takkan boleh. Takkan mampu dekat. Dia tak pernah  mengenaliku, apa lagi untuk membalas rasa cinta dan rinduku.. hatiku terbiar pedih dan pilu sendiri. Menangis semahunya.. sendiri. Hati terlalu merindui kebahagiaan yang lalu..


Bertambah pedih, bila ku tahu dia mempunyai kekasih hati yang sangat cantik dan berkerjaya hebat. Aku cemburu, tapi apakan dayaku.. tak mampu berbuat apa..’


Best tak cerita di atas?Hehe..

Sebenarnya ia adalah jalan cerita yang aku tonton semalam ‘Timeless Love’. Lebih kurang macam tulah jalan ceritanya. Cerita dia santai, sajalah menonton sorang-sorang lepas anak-anak dah tidur. Tapi malam ni aku beri sepenuh ‘hati’ pada penceritaannya. Dalam tak sedar, aku menangis tengok cerita ni. Adoi... 


Sekadar menghayati watak, lantas memuhasabah diri. Bayangkan jika aku di tempatnya. Bayangkan jika bahagia yang aku kecapi ini hanyalah sekadar mimpi. Bayangkan suamiku, anakku... hakikatnya hanya di dalam dunia khayalan. Bila saat aku buka mata dan aku menyedari mereka semua tiada bersamaku-Dapat aku rasakan sepi dan kosongnya hidup aku. 


Darinya juga aku belajar untuk menghargai. Menghargai setiap mereka yang Allah hadirkan dalam hidupku. Suami yang sangat baik dan penyayang, walaupun tak sempurna. Anak-anak yang menjadi teman dan penghibur, walaupun banyak ragam dan sering menguji sabar. Mereka ‘kebahagiaan’ aku. Tak termampu untuk aku bayangkan jika tiba-tiba mereka ‘diambil’ dari kehidupanku. Kerana itu aku menangis.


Akhirnya cerita tu happy ending. Rasa berbaloi tengok dengan khusyuknya :D Walaupun macam tak logik, tapi boleh la untuk buat pengajaran pada diri. Ajar sikit diri supaya banyak bersyukur dengan kehidupan sekarang. Untuk sentiasa hargai semua yang hadir dalam hidup ni. Untuk banyak-banyak bersabar atas segala hal yang kita tak suka pada pasangan atau anak-anak. Kerana hakikatnya, mereka itulah anugerah yang tak ternilai yang Allah anugerahkan buat kita. 


Ya Allah moga aku mampu untuk sentiasa memandang mereka dengan penuh cinta dan kasih sayang. Lantas bersyukur dengan anugerahMu yang tak ternilai harganya ini. AAMEEN 





Bahagia

Jangan pergi!!


0 comments:

Post a Comment