Wednesday 18 September 2019 By: Naemah

SURI: CHECK UP SEBULAN





Hari ni genap usia Suri 35 hari. Alhamdulillah. Hari ni juga perlu memenuhi temujanji di klinik Desa Rinching Tengah untuk cucuk vaksin sebulan. 


Kebetulan suamiku bekerja, aku perlu ke klinik sendiri untuk urusan ini. Dan takdirNya juga, sekolah diarahkan ‘tutup’ hari ni kerana masalah jerebu yang teruk melanda. Makanya, aku terpaksa bawa sekali anak-anak kesemuanya ke klinik. 


Jam 8 pagi kami sudah berada di klinik. Sebaik sampai, orang ramai sudah memenuhi ruang klinik. Ya Allah, ramainya orang hari ni. Lebih ramai dari kebiasaan. Kanak-kanak pun ramai, mungkin atas sebab sekolah yang diarahkan tutup, maka ibu-ibu lain juga terpaksa bawa sekali anak-anak ke klinik. Memang ‘meriah’ sangat klinik hari ni.


Urusan selesai jam 11 pagi. Dari jam 8 sampai jam 11, 3 jam lamanya Anas, Mussaab dan Miqdad perlu menunggu di klinik. Bayangkan tahap bosannya mereka :) berkali tanya bila nak sudah. Bila nak balik... Yang awalnya tadi ceria, lama kelamaan bosan dan masam mencuka muka sorang-sorang. 


Apapun syukur selesai juga akhirnya walau dalam penantian yang panjang. Tak mampu nak cerita betapa mencabarnya, bila perlu bawa kesemua anak bersama untuk berurusan di klinik. Bila mereka dah bosan, macam-macamlah yang dibuat, macam-macamlah ragamnya. 


Sebagai upah, dapatlah semuanya menikmati hidangan kfc untuk makan tengahari. Sampai di rumah tepat-tepat jam 12. Selesai sudah urusan di luar hari ni, setelah sekian lama berkurung di rumah saja. 


Lega rasanya, hari yang ‘mencabar’ ini dapat dilepasi dengan baik. Anak-anak, dalam banyak ragam pun masih sangat baik dan masih mampu dikawal. Alhamdulillah :)


Alhamdulillah juga untuk Suri. Perkembangan Suri baik dan normal. Sepanjang penantian dan urusan di klinik juga Suri tenang dan tak meragam. 


Semoga hari esok dan hari yang mendatang akan tetap baik-baik saja. Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri, moga sihat dan mudah diuruskan semuanya ya! Insya Allah 














0 comments:

Post a Comment