Monday, 23 April 2018 By: Naemah

MIQDAD 18 BULAN

Genap usia Miqdad 18 bulan pada 13/04/18. Alhamdulillah, Miqdad membesar dengan baik dan sangat cerdik seperti abang-abangnya juga.

Ummi terlambat update tentang Miqdad. Hari ini ditakdirkan Miqdad demam. Kesian Miqdad, kurang aktif dan banyak kali muntah. Makan pun dah tentu tak berselera. Tapi malam ini panas badan dah berkurang, Alhamdulillah. Dan syukur juga saat Miqdad demam kali ini abi ada di rumah. Tidaklah sukar sangat buat ummi. Kalau kebiasaan bila Miqdad demam dan abi tiada di rumah, agak mencabar sekali buat ummi. Miqdad yang demam sudah tentunya akan kerap menangis dan meragam, dan hanya mahu dipangku sahaja. Jika tidur pun sekejap-sekejap saja lenanya. Tapi itulah lumrahnya. Ummi perlu hadapi semuanya dengan tenang dan sabar. Miqdad demam pun insya Allah tak lama. 

Di usia 18 bulan ini juga Miqdad sudah menerima suntikan terakhir di Klinik Desa Rinching Hilir. Next temujanji Miqdad ialah pada bulan 7 nanti. Pada bulan tersebut juga ada temujanji Miqdad di HRPZ untuk follow up kes pembedahan mata Miqdad yang lepas. Insya Allah, itu temujanji Miqdad yang terakhir di sana.

Miqdad kini sudah banyak sebutan yang berjaya disebut dengan betul seperti air, susu, nasi, dan memahami arahan ringkas seperti bila diminta ambil barang, tutup pintu, bangun dan duduk. Alhamdulillah.

Miqdad sudah mengenal banyak huruf Hijaiyah dan mengikuti hafazan abang-abang. Miqdad juga berminat pada buku, terutama yang berkaitan dengan animal. Miqdad banyak bertanya pada gambar yang terdapat di dalam buku. Miqdad dah banyak mengenal animal seperti elephant, zebra, giraffe dan banyak lagi. Di samping animal, vocab Miqdad bertambah sehari demi sehari yang berkaitan dengan perkara di sekeliling.

Alhamdulillah, untuk 18 bulan yang pertama ini. Miqdad membesar baik, normal, riang dan menyenangkan hati ummi dan abi. Miqdad juga disayangi abang-abang, Anas dan Mussaab. Miqdad menjadi pelengkap kehidupan ummi dan abi selepas Anas dan Mussaab.

Semoga Miqdad membesar menjadi anak yang soleh dan taat. Semoga sentiasa hidup dengan berkasih sayang sesama adik beradik dan keluarga, dan menghormati semua orang. Moga tenang dan bahagia di dunia dan akhirat. Insya Allah.


Miqdad hari ini :)
























0 comments:

Post a Comment