Friday, 27 April 2018 By: Naemah

SATU PETANG DI KAJANG

Sudah lama tak menjejakkan kaki ke Kajang. Kajang yang pernah menjadi tempat kami selama setahun dulu :) 

Hari rabu lepas (25/4/18) sempat kami sekeluarga meluangkan masa bersama di Kajang. Seperti kebiasaan, kami bertolak dari rumah sebaik selepas menunaikan solat asar. 

Tempat pertama yang dituju ialah taman permainan yang berdekatan dengan hospital kajang. Di sini Anas, Mussaab dan Miqdad bermain dengan sepuasnya.

Selepas puas bermain, kami ke stadium kajang yang juga sudah lama tidak kami jejakkan kaki. Stadium ini menjadi tempat kenangan kami pada masa lalu kerana kerap datang ke sini untuk beriadah. Tapi sejak dah tinggal jauh, susah nak datang ke sini lagi. 

Sebelum bermain di perkarangan stadium, kami mengisi perut dulu di restoren haji samuri yang terkenal dengan sate kajang. Anas yang teringin sangat nak makan sate, makan dengan berselera :) Mussaab dan Miqdad pula menikmati nasi goreng cina yang juga boleh didapati di sini. Alhamdulillah kenyang semuanya menikmati hidangan di sini.

Selepas itu terus ke stadium, bermain di taman permainan dan berlarian di trek yang disediakan. Oleh kerana stadium ini berdekatan dengan stesen MRT, maka di sini juga dapat melihat tren yang lalu silih berganti. Ia satu bentuk pemandangan baru kerana semasa kami tinggal di Kajang dulu MRT masih belum wujud :)

Bila jam sudah menunjukkan pukul 7 petang, kami bersegera untuk pulang ke rumah. Sudah hampir waktu maghrib, tak boleh leka bermain di sini lagi. Walaupun anak-anak nampaknya masih belum puas bermain, terpaksa juga balik. Insya Allah nanti kita akan datang lagi :)

Alhamdulillah di atas masa yang diberikan untuk hari ini. Dah lama juga anak-anak tak dibawa bermain selepas balik dari kampung hari tu. Bila abi ada di rumah, boleh la abi bawa ke tempat jauh sikit. Semoga Anas, Mussaab dan Miqdad happy dan seronok dapat bermain bersama. Insya ada masa, ada rezeki abi bawa ke sini lagi :)


Keceriaan hari ini;












































0 comments:

Post a Comment