Sunday, 5 July 2015 By: Naemah

ANAS, MUSSAAB DAN CARSEAT

Alhamdulillah tercapai juga hasrat untuk memiliki carseat untuk kedua anakku Anas dan Mussaab. Carseat yang ada hanya sesuai untuk baby. Dah lama bercita cita nak beli untuk mereka berdua yang sedang membesar dengan sihat dan lasak ni :)

Hasrat dinyatakan pada suami, dan Alhamdulillah dia tiada masalah, meski kami juga arif, harga carseat bukanlah seringgit dua. Makan ratusan hingga ribuan juga.. Hmmm

Lebih kurang 2 minggu yang lepas kami ke Shah Alam membeli carseat yang dimaksudkan. Suami memilih kedai tersebut setelah membuat survey harga carseat di internet. 

Pilih punya pilih, akhirnya kami membeli 2 carseat jenama maxi cosy dan ..... Harga berbeza, tapi bukan bermakna kami pilih kasih :) harapannya, anak anak akan selesa dengan keduanya.

Kenapa nak beli carseat?? 
Baru baru ini diberi kesedaran akan betapa pentingnya carseat untuk anak anak kecil seperti Anas dan Mussaab terutamanya pada kami yang sering berjalan jauh, kl-kelantan.

Banyak kali membaca berita tentang kemalangan yang meragut nyawa kanak kanak hingga terpelanting jauh dari kereta akibat tidak menggunakan carseat. Dengan carseat, sekurang kurangnya kecederaan dapat diminimumkan, dan sekurang kurangnya kita telah berusaha melindungi anak anak kita dari ditimpa kecelakaan yang akan menghadirkan kekesalan berpanjangan. Insya Allah..

Kami juga sekurang kurangnya sekali dalam sebulan akan pulang ke kampung di kelantan. Perjalanan mengambil masa 7-8 jam. Agak memenatkan, bila terpaksa meriba anak kecil sepanjang perjalanan, dan dalam masa yang sama Anas juga perlu dikawal dan diperhatikan. Lagi susah bila keduanya tidur, kedua tangan nak kena pegang anak anak. Silap brek sikit, terjatuh. Belok sikit, terjatuh... Kesian pada anak anak.

Dengan adanya carseat, keadaan menjadi lebih baik dan selesa. Anas tiada masalah untuk duduk di carseatnya sepanjang perjalanan. Namun ada ketikanya juga dia meminta untuk ditanggalkan seat belt kerana sukar untuk bergerak. Tapi Alhamdulillah sepanjang balik kampung minggu lepas dia lebih selesa di atas carseatnya. 

Berbeza dengan Mussaab yang tak boleh dibiarkan dia lama lama di atas carseat. Sekejap sekejap kena angkat, tak bebas diikat begitu :) hanya waktu tidur saja dia akan berada lama di atas carseatnya. Tak mengapalah.. Kena train lagi. Insya Allah akan lebih baik nanti.

Kesimpulannya, kami merasakan carseat sangat penting untuk dimiliki setiap ibubapa yang mempunyai anak kecil, terutamanya untuk perjalanan jauh. Harganya agak mahal, namun ada juga yang mampu milik. Yelah, kena korbankan duit sikitlah... Demi untuk anak anak. Insya Allah berbaloi :):):)



beli carseat kat kedai ni:




tengok sapa lebih happy duduk di carseat??








0 comments:

Post a Comment