Sunday, 21 September 2025 By: Naemah

ANAK SULUNGKU…



 Anak sulungku,


Pernahkah kau merasa beratnya menjadi yang pertama?

Menjadi contoh, walau kami tahu kami sendiri sering tidak sempurna.

Abi kadang tegas dan keras, ummi kadang terlalu diam, 

dan kau di tengah, belajar memahami tanpa banyak kata.


Ummi tertanya dalam hati,

berapa banyak yang kau pendam,

berapa banyak yang kau telan tanpa mampu kau luah.

Adakah kau bahagia menjadi anak kami?

Atau ada luka yang kau simpan dalam diam,

kerana impianmu tidak selalu kami tunaikan.


Anakku,

ketahuilah kasih kami tidak pernah berkurang,

meski cara kami mungkin tidak selalu kau fahami.

Maafkan segala kekurangan,

maafkan bila teladan ini goyah,

maafkan jika kasih ini kadang tak tersampai dengan baik.


Namun dalam doa ummi dan abi,

namamu sentiasa yang pertama.

Dalam sujud kami, bahagiamu adalah harapan utama.


Anak sulungku,

teruslah percaya, walau dunia berat di pundakmu,

kau tetap anak yang kami syukuri,

selama hayat kami.

0 comments:

Post a Comment