Bertemu lagi tahun ini hari bual bicara akademik di SRAIPB. Tahun lepas perlu hadir untuk Anas dan Miqdad, tahun ni Anas dah pindah ke sekolah menengah, jadi tinggal Miqdad sorang jelah kat sini.
Hari ini (25/7/2025) datang awal bersama abi, lepas hantar Suri di tadika. Alhamdulillah sampai kelas terus dapat jumpa guru kelas Miqdad-3 Pintar iaitu Ustazah Nadiah dan terima keseluruhan result UPSA Miqdad. Tak sampai 5 minit pun, Ustazah just tunjuk result mana yang rendah sikit-Sains, PSV, Jawi dan Tajwid (dapat B), dan subjek lain semuanya A. Alhamdulillah, memuaskan, tapi mestilah nak kena improve lagi, terutamanya yang tak dapat A tu.
Bab perangai tu ok sajalah agaknya. Ustazah tak komen. Kata ustazah, dalam kelas ni student lelaki yang juara bersembang berbanding perempuan. Miqdad termasuk sekali juga tu, suka bersembang.
Itulah saja. Ustazah tak de komen lebih, ummi pun takde soalan dah nak tanya. Anggap sajalah semuanya ok dan baik saja.
Secara keseluruhan, result UPSA Miqdad memuaskan. Sudah terbaik, dan insya Allah boleh improve jadikan lebih baik lagi untuk UASA nanti.
Miqdad tak boleh nak obses sangat dengan game. Konsisten buat latihan dalam workbook, dan jangan banyak sangat beralasan ye…
Ummi doakan Miqdad terus beroleh kecemerlangan di masa akan datang. Semoga hadir dalam diri Miqdad perasaan cintakan ilmu, dan berusaha sesungguhnya untuk jadi insan yang penuh ilmu di dada.
Kini tumpuan pada UPSA pula, di samping aktiviti sekolah yang lain. Miqdad belajar betul-betul ya. Insya Allah Miqdad akan dapat keputusan yang lebih baik dan berada di hadapan. Ameen.
Keseluruhan result UPSA Miqdad
0 comments:
Post a Comment