Sunday, 14 December 2025 0 comments By: Naemah

PENGALAMAN NUHA NAIK TRAIN DAN BAS


 

Nuha Khadeeja, hujung tahun ini genaplah usianya setahun 10 bulan. Sedikit waktu lagi genaplah usianya 2 tahun. Alhamdulillah, ‘baby’ ummi dah besar.


Di usia Nuha sekarang, Nuha berpengalaman menaiki keretapi (balik kampung) dan naik bas (dari kampung balik ke Semenyih) buat pertama kalinya. Berbanding abang kakak, Nuha yang terpaling awal merasakan pengalaman ini.


Pada 10-11/12/2025, Nuha bersama keluarga menaiki keretapi dari Kajang ke Gemas (2 jam perjalanan), dan kemudian sekali lagi menaiki keretapi dari Gemas ke Tanah Merah (1am-12.30pm/hampir 12 jam perjalanan). Nuha yang aktif dan lasak, memang tak boleh duduk diam di sepanjang perjalanan. Nasiblah ramai yang boleh tolong kawal dan saling menjaga. Alhamdulillah perjalanan kita lancar. 


Kemudian pada 12/12/2025, Nuha bersama ummi, Acik, dan Kakak terpaksa balik dulu ke Semenyih sebab ada urusan penting di sana. Tinggalkan Along dan Angah di kampung, manakala Abi langsung ke Kerteh, esok paginya abi perlu ‘terbang’ ke laut dan bekerja pula. Maka berempatlah kita, menaiki bas dari Jeli ke Hentian Kajang. Bertolak jam 8.30 pagi, dan tiba di Hentian Kajang pada jam 6.30 petang. Panjang juga perjalanan hari ini. Penat juga nak mengawal Nuha yang tak boleh duduk diam (diam ketika tidur saja). Tapi ok saja. Perjalanan kita lancar dan selamat sampai. Alhamdulillah.


Kini berada di rumah (dah 3 hari), hanya kita berempat. Rindunya pada Along, Angah dan Abi. Terasa sunyi rumah ini. Tapi sabarlah, insya Allah selepas seminggu akan bersua kembali. Kita tunggu abi balik dari kerja, dan kita akan balik kampung lagi jumpa Along dan Angah. 


Alhamdulillah untuk pengalaman Nuha menaiki train dan bas. Mungkin Nuha dah tak ingat bila dah besar nanti, tapi gambar dan coretan ummi bercerita segalanya.


Bila nak naik train lagi? Tunggulah Nuha besar dulu. Bila Nuha dah ‘dengar kata’ dan tak melasak tak kira tempat. Naik train dekat-dekat ni boleh la. Nak jalan jauh, hai penat. Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan jua untuk kita semua.




Naik train












Nak bas pulak

















LD ANNUAL CONCERT & GRADUATION 2025

 


Tahun ini LD Annual Concert & Graduation diadakan pada 13 Disember 2025. Dan dengan rasminya Suri Lilyana menamatkan 3 tahun pembelajarannya di Little Diamond Kindergarten. Terasa baru saja mendaftarkan Suri, kini tamat sudah pembelajaran Suri di tadika. Begitulah cepatnya masa berlalu.


Tahun ini majlis diadakan di Universiti Islam Selangor (UIS), jauh sikit dari rumah (selalu di sekitar Semenyih saja). Dan kebetulan pula abi Suri bekerja, maka ummi perlu hadir bersama anak-anak (kecuali Anas dan Mussaab yang berada di kampung). Kerana tak biasa drive sendiri ke tempat ini, kita berempat tumpang keluarga Aireen (classmate Suri) ke UIS. 


Program bermula lebih kurang jam 2.30 petang. Tahun ini bertemakan ‘mail’. Tentative tak jauh berbeza dengan program tahun-tahun lepas. Dimulakan dengan perasmian oleh anak-anak 6 years yang bergraduasi tahun ini. Dan perasmian bersama dengan guest jemputan.


Kemudian mendengar ucapan principal LD, Teacher Zeeda, diikuti dengan persembahan demi persembahan yang menghiburkan oleh students LD (4- 6 years). Ada juga cabutan bertuah, ucapan dari VIP, disusuli dengan penyampaian scroll kepada pelajar 6 tahun, dan penyampaian hadiah kepada teacher LD, kepada students dengan kehadiran terbanyak ke sekolah, dan hadiah untuk semua pelajar. Majlis tamat sekitar jam 6 petang. 


Alhamdulillah selesai urusan hari ini. Kakak Suri dengan rasminya, tamat pembelajarannya di Little Diamond Kindergarten. 


Pengalaman hari ini, aduhai penat amat bila perlu mengawasi Nuha yang amat aktif dan lasak. Dari duduk seat tengah, akhirnya ke belakang untuk kawal si kecil tu. Turun naik tangga, sampai ke depan pentas dia pergi. Syukur juga ada Miqdad, yang turun naik ‘kutip’ Nuha yang asyik berlarian tak peduli ummi dah. Kalau takde Miqdad, lagi haru ummi agaknya!


Alhamdulillah dah pun selesai. Seronok tengok kakak perform di pentas bersama kawan-kawan. Tahun ke-3 kakak terlibat dalam acara di pentas, dan tahun depan tiada lagi yang seperti ini. Kakak akan melangkah ke sekolah baru yang menjanjikan pengalaman baru pula.


Terima kasih Little Diamond Kindergarten untuk 3 tahun Suri yang terindah. Seperti abang-abangnya, Suri juga telah menerima yang secukupnya dari guru-guru di sini, dan insya Allah sudah siap dan sedia melangkah ke tahun 1. 


Nak highlight juga kat sini, throwback tentang progress meet (second term) yang diadakan pada minggu lepas, 6 Disember 2025.


Alhamdulillah Teacher Mariam memberikan komen-komen yang positif tentang Suri. Menurut teacher, Suri seorang yang fokus di dalam kelas, mudah faham apa yang teacher ajar, tulisan kemas, cepat siap kerja (tapi ikut mood juga), dah kuasai segala yang basic; membaca, menulis, mengira, sukatan hafazan complete, dan self confidence pun improved..

Sudah tentu ada lebih dan kurangnya, namun syukur untuk segalanya.


Sedar tak sedar, inilah tahun terakhir menjadi keluarga LD (dari tahun 2018 hingga 2025 berada dalam group parents LD). Dan saban tahun juga menghadiri Annual Concert & Graduation dengan pelbagai tema dan persembahan. Semuanya jadi kenangan yang tak dilupakan. 


Sekali lagi terima kasih Little Diamond kindergarten kerana mewarnai zaman kecil Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri. LD sentiasa di hati. 




Foto kenangan dari hp ummi dan photographer LD;



Suri dan Aireen













Suri Lilyana (4tahun, 5 tahun dan 6 tahun)


6 years old Anas, Mussaab, Miqdad and Suri


Wednesday, 10 December 2025 0 comments By: Naemah

15 TAHUN





 11 Disember 2025


Pukul 1 pagi, menaiki keretapi dari Gemas ke Pantai Timur. Sebelum itu menaiki ETS dari Hentian Kajang ke Gemas. 2 jam perjalanan, ada yang sudah ketiduran, dan ada yang masih aktif, termasuk si kecil Nuha yang paling perlu diberi perhatian. 


Sampai di Gemas, keretapi ke pantai timur sudah pun sampai. Masing-masing mengambil tempat (katil). Mussaab dan Miqdad di katil atas, manakala yang lain di katil bawah. Sempat lagi ke kantin membeli nasi goreng. Menjamu selera di jam 1 pagi. Kemudian bersedia untuk rehat dan tidur. Nuha yang masih aktif dan tak duduk diam, puas dipujuk untuk tidur. Meronta, menangis, masih nak main. Akhirnya hampir jam 2 pagi, tidur juga.


Subuh di atas keretapi. Sempat pula abi berlari turun beli nasi berlauk di perhentian Gua Musang tadi. Alhamdulillah breakfast nasi berlauk di samping bekalan yang dibawa. Anak-anak masih menyambung lena, Miqdad dan Nuha yang terawal bangun. 


Perjalanan masih jauh (lebih kurang 4 jam lagi nak sampai di Hentian Tanah Merah). Insya Allah akan sampai dengan selamat.


Tapi balik kampung tak lama. Kemudian kita akan berpecah tiga. Ummi, Miqdad,  Suri dan Nuha akan kembali ke Semenyih esok. Abi juga esok akan ke Terengganu untuk bekerja. Dan Anas dan Mussaab akan stay kat rumah nenek di Kota Bharu. Buat pertama kali, berpisah jauh dan entah untuk berapa lama. Belum pasti.


Dan hari ini (11 Disember 2025) genaplah 15 tahun usia perkahwinan ummi dan abi. Alhamdulillah syukur padaNya atas nikmat kerukunan yang dikecapi bersama. 


Alhamdulillah untuk hari ini yang Allah masih takdirkan kita hidup bersama-sama. 


Hari ini, sekali lagi mencipta kenangan pulang ke kampung menaiki keretapi. Kali pertama buat Nuha, dan kali yang ketiga buat anak-anak yang lain. Dan kali ini lebih mencabar, dari satu stesen ke satu stesen, dan di dalam train juga, asyik berkejaran dengan Nuha yang sangat tak boleh duduk diam. Mujurlah abang-abang dah besar boleh jadi bodyguard jaga adik. 


Apapun syukur untuk pengalaman hari ini. Dan syukur Allah permudahkan perjalanan kita. Semoga selamanya kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah.


Selamat ulangtahun perkahwinan buat ummi dan abi.

Dan selamat hari lahir buat abi. 

Alhamdulillah atas seluruh nikmatNya. 




Memori yang kita cipta bersama;