Thursday, 12 September 2024 By: Naemah

URUSAN MINGGU INI

Gambar sekadar hiasan.
Selamat hari kemerdekaan dan selamat hari Malaysia!


Sudah hampir ke pertengahan September. Memang tiada mood nak menulis. Sibuk, ye macam biasa. Ada time sibuk, ribut dan kalut, dan ada time tenang dan damai juga. Seminggu pertama, suami di laut, dan seminggu berikutnya dia ada bersama. 


Kini di minggu terakhir sebelum balik kampung (cuti sekolah seminggu). Seminggu terakhir ini juga busy, seperti minggu-minggu persekolahan yang lepas. Tambahan di bulan sambutan hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, setiap sekolah punya aktiviti dan acara yang dianjurkan untuk keterlibatan setiap pelajar. 


Minggu ni juga bermula peperiksaan percubaan PSRA Anas (9-13/9/2024). Alhamdulillah esok (Jumaat) paper terakhir. Dan dalam debaran menunggu PSRA yang sebenar pada bulan Oktober nanti. Semoga ‘Mumtaz’ hendaknya buat Anas Zaydan. Ameen.


Mussaab pula, minggu ini (10-12/9/2024) mengikuti perkhemahan pengakap di Kem Lubuk Manggis, Hulu Langat. Alhamdulillah, dah selamat sampai ke rumah. Pengalaman pertama buat Mussaab, berkhemah bersama kawan-kawan unit beruniform. Seronok menceritakan pengalaman di sana. Alhamdulillah, Mussaab balajar perkara baru dan mencipta kenangan yang mungkin tak dilupakan.


Minggu ni juga sepatutnya Mussaab menghadapi exam pertengahan tahun di SRIPN, tapi terpaksa ditangguhkan dulu atas alasan perkhemahan. Semoga ustazah ganti hari lain untuk jawab exam yang dah lepas. Esok sempatlah satu paper, yang selainnya mungkin lepas cuti seminggu nanti.


Esok juga akan diadakan majlis penutup bulan kemerdekaan di SKKR dan SRAIPB. Dah tak belajarlah maknanya. Miqdad dah tak sabar nak sarung outfit merdeka yang abi beli. Anas akan tamatkan exam dulu esok, then barulah menyertai program. 


Sepatutnya juga ada sambutan Hari Malaysia di sekolah Suri, tapi ditunda ke minggu selepas cuti sekolah. Maka Suri bersekolah macam biasa je la sepanjang minggu ni. Esok last day, tak sabar-sabar semua nak balik kampung.


Sebab apa? Sebab nak sambut hari keluarga yang telah ditetapkan tarikhnya pada 16/9/2024. Tak sabar mereka nak mengulangi kegembiraan seperti sambutan hari keluarga yang lepas. Berkumpul ramai-ramai, bermain sungguh-sungguh, dapat hadiah, dapat makan, dan sebagainyalah. Harapannya, semoga hari keluarga kali ini akan berjalan lancar seperti yang dirancang, dipermudahkan tiap urusan, dikurniakan kesihatan pada semua, dan semoga ianya mampu memberi kegembiraan pada setiap ahli keluarga yang hadir dan berkumpul bersama. Ameen. 


Oh ya, minggu ni juga ada temujanji Nuha di klinik untuk check-up 6 bulan (Nuha dah 6 bulan setengah). Alhamdulillah dah selesai. Syukur semuanya ok, dan perkembangan Nuha juga normal. 


Tinggal satu hari lagi. Esok pagi bakal sibuk lagi dengan urusan anak-anak. Hantar dan ambil. Dah selesai hal sekolah barulah boleh balik kampung tenang-tenang. Insya Allah. 


Alhamdulillah syukur, suami juga sedang bercuti,  tidak ke laut. Maka segalanya mudah, insya Allah.


Semoga percutian kali ini memberi banyak kebaikan dan manfaat, juga kegembiraan buat anak-anak dan seluruh ahli keluarga. Ameen. 



Anas dan abi.

Di hari pertama exam-trial PSRA




Mussaab dan geng perkhemahan badan beruniform SKKR

(Sebahagian)




Aktiviti petang Suri. 


0 comments:

Post a Comment