Sunday, 11 February 2024 By: Naemah

CAMERON HIGHLAND: PERSINGGAHAN BALIK KAMPUNG


Catatan kenang-kenangan, percutian singkat (2 hari 1 malam) di Cameron Highland.


Anak-anak bercuti sekolah lebih awal (Mussaab awal 2 hari, Anas dan Miqdad awal sehari). Manakala Suri, terpaksa ambil cuti panjang untuk balik ke kampung (sebab sekolah Suri tak cuti). On the way balik kampung, singgah makan angin di Cameron Highland. Sekejap cuma, mungkin percutian terakhir sebelum ummi melahirkan si kecil ini.


Pada 7/2/2024, bertolak meninggalkan rumah sekitar jam 6 pagi. Singgah solat subuh di masjid Saujana Impian, Kajang dan meneruskan perjalanan. Singgah breakfast di R&R Rawang, singgah sekali lagi di kedai Eco Tapah dan terus naik ke Cameron Highland. Tempat pertama yang dituju ialah KHM Strawberry and Jam di Kampung Sedia, Cameron Highland untuk menikmati makan tengahari (sekitar jam 1 tengahari). Kat sini menikmati strawberry coklat, teh dan kopi strawberry, mi goreng, char kuew teow, dan nasi lemak. Alhamdulillah makan dengan berselera semua.


Lepas makan, menuju pula ke Animal Feeding Rainbow Garden atas permintaan anak-anak untuk melihat haiwan di sini. Lebih kurang 1 jam spend masa kat sini. Anak-anak seronok dapat sentuh dan bagi haiwan makan. Kat sini terdapat haiwan ternakan yang jinak seperti arnab, hamster, burung, ayam, alpaka, dan kambing. Di samping itu ada juga mesin permainan (menggunakan koin) di bahagian luar. Kat sini juga anak-anak bermain sepuasnya. Sebelum check in homestay, singgah sebentar di Taman Pertabalan (taman rekreasi dan permainan) untuk lepaskan anak-anak bermain. Tak lupa juga singgah di pasar membeli sedikit jagung dan ubi keledek.


Lebih kurang jam 4.30 petang, check in homestay (Barrington Square, Golden Hills, Brinchang), solat dan berehat sebentar. Anak-anak menikmati jagung rebus yang dimasak abi.


Masa untuk makan malam, menuju ke Restoren Nur Kasih Raihan. Kat sini anak-anak menikmati nasi goreng USA dan nasi goreng cili padi. Alhamdulillah, rasanya sedap dan tak mengecewakan. Semua makan habis dan kekenyangan sekali lagi. Singgah di Masjid Kayangan, Brinchang, di sini abi dan anak-anak lelaki menunaikan solat jamak qasar Maghrib dan Isyak. Untuk makan malam ummi pula (sebab tadi tak makan lagi), abi belikan nasi arab di kedai berdekatan dengan homestay.


Waktu malam stay kat homestay je. Habiskan masa dengan main game dan menonton tv. Jam 10 malam semua dah tidur. Alhamdulillah nyaman menikmati kesejukan di tanah tinggi Cameron. Rasa lapang dan tenang, dapat keluar sebentar dari rutin yang memenatkan. 


Hari kedua (8/2/2024), abi menunaikan solat Subuh di masjid dan ambil kesempatan mendengar kuliah subuh. Balik homestay, singgah beli nasi lemak untuk breakfast sekeluarga. Santai-santai saja pagi ini, tak berhajat untuk singgah banyak tempat. Hanya ingin menikmati nyaman dan sejuknya suasana di sini, sebelum balik ke kampung.


Jam 11 pagi, check out dari homestay dan menuju ke destinasi pertama pagi ini sebagaimana dirancang, iaitu Big Red Strawberry Farm. Kat sini makan lagi; scones, churros, strawberry, nasi lemak, kopi strawberry dan teh, dan fire crackers. Kat sini juga ada permainan untuk hiburan anak-anak. Main dulu kat sini sehingga puas. Dah tak berhajat nak singgah di mana-mana lagi memandangkan sudah tengahari.


Jam 12.30 meninggalkan Big Red Strawberry Farm dan menuju pulang ke Jeli. Hanya singgah membeli jagung untuk dibawa pulang. Singgah di Masjid Lojing untuk solat dan berehat (sambil makan-makan). Dah puas rehat, sambung perjalanan pulang. 


Alhamdulillah perjalanan hari ini lancar. Jam 7.30 malam sampai di rumah mek. 


Syukur pada Allah atas nikmat dan kurniaNya. Dapat sekali lagi mencipta kenangan manis bersama keluarga tercinta. Tak lupa, terima kasih suami tercinta yang merancang percutian keluarga. Biar sekejap cuma, ia tetap bermakna. Mungkin tiada lagi percutian jauh sehingga bersalin. Kita manfaatkan masa di kampung pula. Semoga Allah permudahkan segalanya. Ameen. 



Gambar kenang-kenangan

(Tak ikut turutan masa)




















































0 comments:

Post a Comment