Tuesday, 23 January 2024 By: Naemah

KISAH SATU HARI



Cerita şemalam. 


Hari ke-6 suami di laut. Juga hari ke-3 UPKK Anas. Bermula Rabu lepas kembali uruskan anak-anak sendirian bila suami perlu kembali bekerja.


Pagi hari,  bermulalah kisah baru di hari baru. Kejutkan semua anak bangun pagi, mandi, solat, makan dan bersiap ke sekolah. Anas tak rushing sangatlah minggu exam ni sebab hanya yang terlibat dengan UPKK je yang bersekolah. Lagipun exam petang, tapi kena hadir setiap pagi macam biasa sebab ada solat hajat dan ulangkaji di sekolah setiap hari sepanjang UPKK berjalan. Dan Miqdad (tahun 1) ‘rehat’ di rumah sepanjang UPKK berjalan. 


Alhamdulillah semua bangun hampir serentak. Anas, Mussaab dan Suri siap dengan uniform masing-masing. Mussaab (yang semalamnya tak sihat) nak ke sekolah juga sebab hari ni dapat tukar-tukar hadiah dengan kawan katanya. Sayang kalau tak pergi. Yakinkan ummi yang dia sihat.


Breakfast, ummi masak burger sahaja. Berlaku hal diluar jangka (bekaitan dengan dapur gas tapi tak reti nak hurai masalahnya). Alhamdulillah boleh refer pada suami di laut sana, dan cepat pula dia respon. Syukur pada Allah (biasa kalau dia kerja susah nak ada signal atau offline terus). Solusinya, cabut kepala gas dan buang bateri bawah dapur tu. Alhamdulillah selesai. Terus siap hantar anak-anak sekolah, seorang demi seorang.


Jam 10 hantar Miqdad ke PPAS Semenyih. Ummi daftar Miqdad join aktiviti sains dengan budak-budak homeschooling (ummi join group whatsapp hs). Dah kebetulan MIqdad tak sekolah minggu ni, eloklah ada aktiviti yang bermanfaat. Duduk rumah pun bosan takde kawan. 


Jam 11 ambik Mussaab. Mussaab cerita, kat sekolah tadi dia rasa lemah sangat, dan muntah. Takde tenaga. Yelah, perut kosong tak nak makan apa-apa. Singgah belikan Mussaab nasi dan balik makan. Jamah la sikit, masih tak ada selera. Sekolah petang tak pergilah jawabnya.


Jam 12 ambik Suri dan terus ke PPAS Semenyih. Kelas Miqdad tak selesai lagi. Dapatlah tengok Miqdad beraktiviti (belajar tentang anatomi). Best nampaknya. Alhamdulillah Miqdad enjoy aktiviti hari ni. Hampir jam 1, bersurai.


Balik rumah, singgah beli makan tengahari dan makan bersama. Lepas solat zohor ummi ke SKKR sebab hari ni kena ambik duit Bantuan Awal Persekolahan untuk Mussaab. Alhamdulillah rezeki dari Allah. Sekejap saja berurusan, terus balik ke rumah. Dapatlah baring dan rehat sekejap sebelum ambik Anas.


Jam 4.45 ke sekolah Anas. Exam tamat pukul 5 hari ni (Adab kertas 1 dan kertas 2). Hujan turun dengan sangat lebat petang ni. Terlupa pulak tu nak letak payung dalam kereta. Urusan menjadi lama, sampai rumah dah pukul 6 petang. Makan malam pun beli juga. Dapur gas masih tak berfungsi baik lagi. 


Alhamdulillah selesailah urusan di luar hari ini. Berkali keluar masuk rumah, urusan di sana dan di sini. Alhamdulillah Allah bagi kudrat meski dalam usia kandungan hampir mencecah 34 minggu ini. Sepanjang hari rasa mudah saja lalui semuanya.


Sampailah dah selesai semua. Penat tu datang sikit demi sikit. Yang tadinya tak rasa apa, tika duduk diam barulah terasa banyaknya yang dilalui hari ini. Bukan kerja berat, tapi ke sana sini tak henti. Segala urusan berkaitan anak-anak semata. 


Malam hari, anak-anak tidur awal seperti biasa. Ummi masih belum mahu lena. Nikmati secawan kopi dan roti. Menonton tv, merehatkan diri. Alhamdulillah, segalanya berjalan baik hari ini. Tak ada yang tak diingini, segalanya dapat ditangani. Ya, meskipun sendiri.


Hanya Allah. Seluruh pergantungan ini hanya pada Allah. Alhamdulillah tak pernah aku kecewa dengan meletakkan sepenuh harapan padaNya. Alhamdulillah untuk setiap hari yang dijalani baik. 




Secebis kenangan semalam; 





















0 comments:

Post a Comment