Monday, 22 January 2024 By: Naemah

LITTLE DIAMOND KINDERGARTEN: PROGRESS REPORT SURI (2023)



20-1-2024

Hari ni ke Little Diamond Kindergarten untuk ambik progress report Suri untuk second term (2023). Progress Suri ketika di kelas 4 tahun.


Sepintas lalu tentang progress suri; berbanding dengan first term, boleh dikatakan banyak yang positif dan bertambah baik. Perkembangan Suri normal, tak terlalu cepat dan tak lambat juga. Dapat ikut semuanya dengan baik. Dan ada banyak yang perlu digilapkan lagi. 


Bab confidence, teacher cakap awal-awal dulu susah nak dengar suara dia. Malu sangat. Sekarang dah banyak dengar suara dia dalam kelas. Banyak mengadu juga, bila kawan tu buat kawan ni. Bab berkawan pun ok. Boleh ‘masuk’ dengan kawan-kawan. 


Suri juga boleh ikut rutin di sekolah. Ikut arahan, dan boleh belajar dan bermain dengan baik. Aktiviti dan kerja dalam kelas, Suri boleh buat dan siapkan. Takde masalah bab tu. 


Cuma kurang lagi, mungkin bab membaca, menulis dan mengira. Masih terlalu awal mungkin! Tapi setiap anak berbeza, ada yang dapat dulu dan ada yang kemudian. Maka untuk Suri, ummi dan abi tak perlu risau, bukan lambat tapi sedang berjalan dan akan sampai waktunya Suri akan menguasai semua tu. Sudah tentu dengan latihan dan tunjuk ajar berterusan dari teacher dan ummi/abi. Insya Allah. 


Satu lagi, teacher kata Suri suka main-main time solat. Gurau dengan kawan, dan tak fokus dengan solat. Hmmm.. nak kena ni. Ummi pun dah tegur Suri bab tu. Suri kata tak nak main-main dah. Bila ummi cakap nak bagitau abi, Suri nangis. Sebabnya, dah pernah kena marah dengan abi sebab bising (dengan girl lain) kat surau time orang solat berjemaah kan? Harapnya Suri tak ulang lagi. Suri kan dah besar. 


Itulah lebih kurang komen teacher Siti berkenaan dengan Suri. Kesimpulannya, Suri OK saja secara keseluruhannya. Ada lebih dan kurang, tapi bukan sehingga perlu dirisaukan sangat. Normal saja. Akan lebih baik di masa-masa yang akan datang, insya Allah.


Kini berada di term yang baru pula. Dah makin besar, makin cerdik dan makin berkembang baiklah hendaknya Suri.


Ummi gembira sebab tahun ni Suri kelihatan lebih bersemangat ke sekolah. Kurang drama (adalah juga bab nak memilih tudung, bab nak ikat rambut cara macam tu macam ni), boleh bersiap lebih awal, dan boleh dikatakan lebih baiklah dari tahun lepas. Alhamdulillah. 


Teruskan melangkah anakku. Ummi doakan Suri akan sentiasa semangat datang sekolah, belajar, bermain dan berkawan. Semoga setiap hari yang dihabiskan di sekolah tak sia-sia, bertambah ilmu dan semakin bijak dan pandai dalam banyak perkara. 


Nikmati alam tadika Suri yang masih berbaki sebaiknya ya! 






Suri and abangnya Miqdad yang juga ex-student LD



0 comments:

Post a Comment