Saturday, 20 February 2021 By: Naemah

DIARI ANAKKU: 200221

‘Diari’ pertama untuk tahun 2021. Betapa ummi tak sempat nak menulis :)


Hari ni hari ke-2 abi di Kota Bharu. Kali ini tugas abi di sana (di sempadan perairan Kelantan dan Thailand). Perlu berkuarantin juga, tapi taklah lama seperti di Sabah dan Sarawak. Insya Allah seminggu kemudian dah boleh balik rumah. Dan syukur, sepanjang Februari abi ada di rumah, ini adalah tugasan pertama abi untuk bulan ni. Harapannya abi sempat balik sebelum sekolah dibuka (1 Mac) sebab masih ada kelengkapan sekolah yang masih belum dibeli.


Hari ni hari minggu. Bangun pagi seperti biasa juga, mandi dan solat subuh. Sebelum turun tasmik hafazan Anas (surah al-Alaq) yang juga tugasan dari guru sekolah. Sempat juga video call abi yang sedang berkuarantin. Lepas tu turun ke bawah. Ummi masakkan roti telur untuk breakfast. Lepas breakfast, menghadap game semua. Suri pula menonton video ‘badanamu’ di Youtube. Ummi selesaikan kerja mengemas.


Lebih kurang jam 9 pagi, ummi ajak Mussaab keluar buat aktiviti sekolah sempena bulan sains. Tak wajib pun, tapi eloklah join sekali. Terisi juga masa cuti dengan aktiviti berfaedah. Tugasnya, label anggota badan haiwan mengikut kreativiti. Idea ummi yang tak berapa kreatif, buat sama-sama dengan Mussaab, siap juga akhirnya. Anas dan Miqdad layan game tak sudah. Anas sekarang dah siap ada group whatsapp dengan sepupu lelaki khas untuk main game. Advance sangat dah anak sulung ni. Suri keluar dan masuk rumah sampai ummi dan Mussaab siap kerja. 


Jam 11 ummi tidurkan Suri dan turun memasak. Anas, Mussaab dan Miqdad ‘rehat’ dari main game. Duduk depan tv pula. Suri tidur sekejap, tak sempat siap memasak dah bangun. Jam 12 makan tengahari bersama. Lepas solat zohor sambung game lagi. Ummi tidur bersama Suri. 


Jam 4 petang ummi turun dan masak nasi goreng. Masih lagi main game semua. Masuk waktu asar semua stop bermain, solat dan buat aktiviti lain pula. Makan malam jam 5.30 (awal sangat ni makan malam), dan keluar bermain dengan kawan-kawan di luar. Kat luar rumah agak meriah, kaum bapa bermain sepak takraw (abi tak dapat main hari ni), anak-anak pula bermain sesama mereka. Suri juga main sekejap kat luar, naik basikal dengan Anas, kemudian masuk ke rumah menonton video.


Jam 7 lebih, semua masuk ke dalam rumah. Ready untuk mandi, solat dan baca al-Quran. Anas cuti malam ni sebab batuk teruk. Dah 2-3 hari batuknya. Hari ni teruk sampai termuntah. Anas video call Umar di Sabah. Sekejap saja bercakap. Lepas isyak makan ubat dan bersedia untuk tidur. Anas, Mussaab dan Miqdad terus lena sebaik lampu ditutup. Malam ni Suri pula yang susah nak tidur. Berguling dan bergolek seorang diri di atas tilam. Ummi buat-buat tidur, sampailah Suri tidur sendiri akhirnya. Dah hampir jam 11 malam! Hmmm..


Alhamdulillah sudah lena pun semua. Boleh lah ummi turun ke bawah selesaikan apa yang patut.


Semoga lena semuanya. Mimpi indah semua ya. Semoga esok akan lebih baik untuk Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri. Semoga akan baik-baik segalanya. Maafkan atas kekurangan dan kekasaran ummi. Ummi sayang semua. Sayang sangat. 


Insya Allah bersua lagi esok :)



Ummi share gambar aktiviti dengan Mussaab jelah kat sini;










0 comments:

Post a Comment