Friday, 19 February 2021 By: Naemah

ANAS DAN MUSSAAB: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (pdpr)




Entri pembuka untuk bulan Februari :)


Kini masih di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang bermula sejak 13/1/2021. Kes harian covid-19 masih juga banyak, tak berkurang. Dah biasa dah dengan angka ‘ribuan’. Dah biasa dah dengan normal ‘stay at home’ dan dah biasa anak-anak ada bersama 24 jam sehari. Tahun ini, diteruskan sessi pembelajaran di rumah seperti tahun lepas juga.


Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (Pdpr) bermula sejak 20/1/2021. Anas (darjah 3) dan Mussaab (darjah 1) perlu mengkuti kelas online seperti yang dijadualkan oleh pihak sekolah. Alhamdulillah Miqdad (5 tahun) masuk kindergarten tahun ni dan syukur, ianya dibenarkan beroperasi di musim PKP ini. Kalau tak, haruslah Miqdad pun akan ikuti kelas online juga. 3 orang nak kena pantau pembelajaran di rumah, agak mencabar jugalah :)


Anas (SRAI Pekan Beranang), tahun ni dah masuk darjah 3. Mengikut jadual pdpr, satu hari ada 3 matapelajaran yang perlu untuk Anas ‘masuk kelas’ dan siapkan tugasan. Kelas berlangsung di ‘google meet’, ada juga cikgu hantar video, share link youtube, voice note, dan bermacam cara mengikut kesesuaian. Tugasan pula biasanya akan diberi tempoh selama seminggu untuk pelajar siapkan. Setakat ini Alhamdulillah tugasan complete dan tak ketinggalan. Guru-guru sangat membantu dan memberi komitmen yang sebaiknya.


Mussaab pula (SK Kampung Rinching), tahun ni melangkah ke tahun satu. Oleh sebab pandemik, tak boleh masuk sekolah baru lagi :) Pun begitu, pdpr dah bermula sama seperti Anas iaitu sejak 20/1. Setiap hari ada 2 matapelajaran, dan setiap hari juga ‘masuk kelas’ menggunakan aplikasi ‘google meet’. Awal-awal ni hanya perkenalan saja, tak ada subjek yang berat. Tugasan juga hanya di dalam buku transisi yang dibeli di sekolah. Alhamdulillah, Mussaab juga tak ketinggalan mengikuti kelas dan menyiapkan semua tugasan. Guru-guru sangat memberi komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. 


Alhamdulillah urusan buku teks Anas dan Mussaab juga selesai, semua cukup dan boleh belajar tanpa sebarang masalah. 


Tak lupa ‘gadget’ yang menjadi alat penting dalam pdpr ini, cukup dan lengkap juga, dan tak pernah ketinggalan mengikuti kelas. 


Pun begitu, Pdpr ada cabarannya yang tersendiri. Baik kepada ibu suri rumah, atau yang bekerja, lebih-lebih lagi (mungkin) yang perlu bekerja di rumah. Pada yang punya anak seorang, apatah lagi lebih, malah menjadi bebanan pada yang tak mampu menyediakan kelengkapan yang sepatutnya untuk mengikuti Pdpr. Ya, setiap orang mendepani cabaran yang tersendiri. 


Namun tiada guna mengeluh. Redha dan berusaha sekadar kemampuan. Dalam situasi seperti ini, ibubapa dan guru perlu saling memahami. Pada pihak guru, ada kelamahan mereka yang tersendiri, begitu juga dari pihak ibubapa yang perlu mengambil tugas mengajar dan memantau anak-anak belajar, sangat mencabar sebenarnya. 


Dan hari ini (19/2/2021), menteri pendidikan telah mengumumkan tarikh pembukaan sekolah. Dengan kata lain, anak-anak akan kembali belajar di sekolah dalam masa yang terdekat ini iaitu pada 1 Mac untuk anak-anak tahun 1 dan 2, dan 8 Mac untuk anak-anak tahun 3-6. (Juga sekolah menengah dan IPT).


Sekali fikir, memang seronok sebab anak-anak dah boleh kembali ke sekolah, belajar macam biasa, tapi sekali fikir, masih lagi takut dan risau, sebab pada hakikatnya kes harian covid-19 masih lagi tinggi. 


Ya  Allah, hanya padaMu kami bergantung. Tolong lindungi anak-anak kami. Jagakan mereka dengan jagaanMu yang paling sempurna. Tiada kemudaratan melainkan Kau menginginkannya terjadi. Kami mohon petunjuk dan pertolonganMu. 


Semoga kan berakhir riwayat covid-19 ini.

Aameen.





0 comments:

Post a Comment