Saturday, 15 February 2020 By: Naemah

WEEKEND: PERTANDINGAN MEWARNA DI SURAU ISTIQAMAH


Berhujung minggu lagi. Bulan ni 2 weekend berturut abi tidak ada bersama. Minggu lepas di Miri, minggu ni di Bintulu. Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri tak ke mana-manalah jawabnya. 


Kebetulan hari ni (15/2/20) diadakan program di surau istiqamah, Seksyen 6 Bandar Rinching ni (jalan belakang tu je), ummi daftarkan nama Anas dan Mussaab untuk masuk pertandingan mewarna. Anas masuk kategori B (8 dan 9 tahun), Mussaab pula masuk kategori A (6 dan 7 tahun)


Semuanya bangun awal hari ni. Miqdad bangun time abi bersiap nak ke airport jam 5.30 pagi, Mussaab dan Anas juga sempat bangun bersalam sebelum abi bertolak. Siap mandi dan bersiap semuanya. Tak sabar nak masuk pertandingan.


Jam 8.15 pagi ke Surau, daftar nama dan bermain di padang sementara tunggu nak mewarna. Sekitar jam 9.15, pertandingan mewarna bermula. Khusyuk lah semuanya mewarna hingga berakhir pertandingan sejam kemudiannya. Mussaab hantar lebih awal, Anas pula tak sempat color semua. Miqdad ulang alik ke meja tempat Anas mewarna, dan ke tempat ummi duduk bersama Suri. 


Dah habis semua, masa untuk penyampaian hadiah pula. Alhamdulillah, dapat saguhati :) takpelah, belum ada rezeki nak menang. Mana tahu lain kali boleh menang :D


Lepas ambil hadiah, main bubble di padang. Bubble yang dijual kat situ juga. Ubat hati yang sedikit ‘kecewa’ tu sebab tak menang :) kan ummi dah pesan color cantik-cantik. Ummi tahu Anas dan Mussaab dah usaha, tapi sebab orang lain buat lagi cantik, dialah yang menang. Praktis lagi ok!


Di perkarangan Masjid terdapat gerai jualan juga. Sempat beli nugget (rm 4), yakult (rm 9), buah (rm 2), pandan cheese cake (rm 5) dan bubble (rm 5). Itu sajalah. On the way balik, keluar sekejap beli untuk makan tengahari. Balik rumah, makan dan buat aktiviti sendiri semua. Miqdad dan Suri tidur di siang hari bersama ummi. Penat dan mengantuk sangat keduanya. 


Itu sajalah catatan di hujung minggu ini. Daripada tak keluar langsung, kira oklah dapat keluar sekejap join aktiviti. Next weekend pun kemungkinan abi tiada di rumah juga. Kena plan aktiviti di rumah jugalah nampaknya :)


Apapun Alhamdulillah dan syukur di atas segalanya. Sehari lagi menempuh kehidupan bersama. Moga masih diberi peluang untuk hari-hari yang mendatang. Untuk tetap bersama-sama. Insya Allah.



Di sekitar program;























0 comments:

Post a Comment