Monday, 29 July 2019 By: Naemah

MELAKA: UNTUK KESEKIAN KALINYA


Pada 27-28/7/19 kami sekeluarga ke Melaka untuk kesekian kalinya. Pada asalnya hanya mahu membeli car seat baby di kedai yang menjual barangan preloved di sini. Tanpa pengetahuanku, suami menempah chalet di Tanjung Bidara beberapa hari sebelumnya.

Hampir tak jadi pergi, kerana Anas demam pada hari Khamis selepas 3 hari menerima suntikan vaksin di sekolah. Entah, mungkin juga kesan tindakbalas dari suntikan itu, agak teruk juga demamnya. Petang balik dari sekolah abinya bawa ke klinik, Jumaat esoknya tak hadir ke sekolah. Demam masih tak kebah juga selepas 24 jam.

Hari Sabtu, keadaaan Anas lebih baik. Masih demam, tapi dah kurang panas badannya. Batuk dan selesema ada juga. Kami ambil keputusan untuk tetap dengan plan untuk ke Melaka. Dengan harapan keadaan Anas akan lebih baik, apalagi dijanjikan untuk mandi pantai, ambil angin pantai yang semulajadi. Moga jadi ‘ubat’ untuk Anas :)

2 hari 1 malam di Melaka, just nak highlight beberapa tempat kat entri ni :)


Mutiara Chalet

Suamiku menempah chalet ini di booking.com dengan kadar bayaran sebanyak Rm 140 untuk semalaman. Kata suamiku, hampir semua chalet di sekitar pantai di sana sudah penuh. Ini saja antara yang masih ada dengan harga yang lebih murah. Maklumlah, hari minggu.

Lokasi chalet ini ialah di Tanjung Bidara, berdekatan dengan kompleks falak Al-Khawarizmi (dekat dengan rumah sewa kami dulu tahun 2012). Biliknya tak besar, tapi sudah cukup selesa untuk kami 5 beranak untuk tumpang tidur dan rehatkan badan (lagipun anak-anak pun masih kecil, kalau dah besar agak kurang sesuai). Chalet ini menghadap ke pantai, tapi perlu seberang jalan juga jika mahu ke pantai.

Boleh juga bermain pantai di sini, tapi masa lepaskan anak-anak bermain pantai, kami dipesan agar berhati-hati kerana terdapat obor-obor di sini. Anas yang masih belum sepenuhnya sihat, tak berminat untuk mandi pantai. Dia hanya berehat di bilik. Suamiku mengawasi Mussaab dan Miqdad yang sangat teruja dan seronok dapat bermain di pantai.











Mimiedrina preloved baby shop

Tujuan asal ke Melaka sebenarnya adalah untuk ke sini (kali yang kedua). Pada bulan Mac lepas kami pernah datang membeli 2 buah stroller, slide dan mainan anak-anak di sini . Ya, semua preloved item tapi boleh kata semua barang branded dan dalam kondisi yang sangat baik. Harga pun sangat berpatutan dan mampu milik :) 

Kali ini kami datang untuk membeli car seat untuk baby yang bakal lahir ini. Yang Miqdad punya dulu dah rosak, terpaksalah cari yang lain. Yang kami dapat kali ini adalah car seat jenama Kiddy, masih baru, dengan harga rm 380. Kalau beli yang baru makan ‘ribu’ juga harganya. Suamiku juga membeli bag Quinny (stroller) dengan harga rm 100. Anak-anak siap dapat saguhati mainan aeroplane sorang satu. Datang dulu pun ada juga hadiah yang diberikan :) 

Terima kasih pada pemilik mimiedrina preloved baby shop (pasangan suami isteri) yang baik hati, peramah dan sangat mesra melayan customer. Kalau ada lagi yang mungkin teringin untuk dimiliki, kami akan datang lagi, insya Allah :)

Dan ya, recommended untuk ibubapa yang mencari keperluan atau mainan untuk anak-anak mereka dengan harga mampu milik (tapi barangan elok dan berjenama), insya Allah berbaloi :)


Mac 2019











Car seat yang baru dibeli


Pantai Pengkalan Balak

Jika datang ke Melaka, tak sah kalau tak singgah di pantai. Dari zaman menetap di Melaka dulu lagi (2012-2014) Pantai Pengkalan Balak sering menjadi pilihan. Pantainya boleh dikatakan ‘masih cantik’ dan bersih, menjadi pilihan ramai pengunjung untuk luangkan masa, duduk santai mengambil angin atau mandi di pantai. Kalau ikutkan suamiku nak booking chalet dekat-dekat sini, tapi katanya semua dah penuh. 

Pada hari ke-2, kami berkesempatan untuk singgah di pantai ini. Selepas menikmati sarapan, kami terus ke pantai. Anak-anak meminta untuk mandi pantai sekali lagi, termasuk Anas yang sudah kelihatan aktif dan ceria. Suamiku memberi kebenaran untuk mandi pantai. Dengan udara pagi yang segar, pengunjung pun masih belum ramai, seronok semua dapat main pantai sekali lagi. 

Selepas satu jam (9 pagi-10 pagi), kami beransur meninggalkan pantai. Pengunjung sudah makin bertambah. Yang buat ‘family day’ pun ada juga. Semerbak bau ayam bakar dan makanan yang lain :)  Cuaca juga semakin panas. Kami perlu segera untuk bersiap balik ke Semenyih. Sudah tiada apa-apa urusan di sini. Puas hati dapat memberikan keseronokan bermain pantai pada anak-anak. Cukuplah dulu untuk kali ini. 





















Kedai Makan Mai Salai 

Lokasinya hanya beberapa km dari exit tol Pedas-Linggi. Kedai makan ini antara perhentian kami, jika pergi atau kembali dari Melaka. Di sini dijual masakan masak lemak cili api original Negeri Sembilan, cukup rasa pedas, sedap, enak dan lazat. Antara masakan lemak cili padi yang dijual seperti daging salai, ayam kampung salai, itik salai, Keli salai, dan banyak lagi. Selain masakan gulai lemak cili api, terdapat juga pilihan masakan yang lain seperti gulai tempoyak, masak kicap, ayam goreng, paru sambal, dan banyak lagilah...

Anas dan Mussaab juga suka makan di sini. Walaupun masakan agak pedas, semua boleh ‘tahan’ sebab sedap :) tak percaya? Cuba singgah dulu sekali dan rasa sendiri :D

Mungkin juga kerana kami bukan dalam kategori ‘food hunter’, tak tahu sangat tentang tempat makan yang sedap-sedap. Mana yang kami pernah rasa makanannya sedap, maka kami akan setia di situ (padahal banyak je kedai makan di sekitar dia tu). Dan kalau ke manapun tempat yang kami tak biasa, kami akan singgah je mana-mana kedai yang dirasakan sesuai. Kadang dapat yang sedap, kadang kurang. Tak de masa dah nak google kedai mana yang sedap bila anak dah mengadu lapar :D

Tapi untuk peminat masakan lemak cili padi, Mai Salai adalah antara yang terbaik untuk anda cuba singgah dan rasa sendiri keenakan masakannya. Tapi timing perlu betul, sebab pernah sekali bila kami sampai, tengah berderet orang beratur nak beli nasi dan tempat duduk pun dah penuh. Sekitar jam 11-12 itu adalah waktu yang sesuai, tak ramai sangat lagi orang :)

Kami singgah makan tengahari di sini (dalam perjalanan ke Melaka) jam 11 pagi, dan sekali lagi singgah dalam perjalanan balik jam 12 lebih, Alhamdulillah walaupun dah ramai yang singgah untuk makan masih ada meja yang kosong dan tak beratur panjang untuk mengambil nasi dan lauk :)

Saja jelah, highlight kat sini kedai makan Mai Salai sebab dah banyak kali makan di sini, dan selalunya ia memberi kepuasan pada kami sekeluarga :)







Selepas menikmati makan tengahari kami di Mai Salai, kami meneruskan perjalanan pulang. Sampai di Semenyih, masuk waktu zohor. Balik solat, dan berehat. Aku dan suami tidur kepenatan. Anak-anak pula, langsung menghadap tv dan buat aktiviti sendiri. Macam biasa, susah nak mereka nak tidur waktu siang. 

Alhamdulillah berakhir sudah perjalanan pergi dan balik Melaka. Alhamdulillah tetap dipermudahkan semua urusan di sana :)


0 comments:

Post a Comment