Friday, 31 July 2015 0 comments By: Naemah

DIARI ANAKKU: 29-310715

Hari ke 3 suami di Labuan. 3 hari juga agak kesunyian tanpa suaranya. Anas dah merindu... Termenung dan kurang selera makan (sekarang dah berselera balik :)). Katanya rindu abi... Dengar bunyi gril mesti ingatkan abi balik. Bukan abilah sayang... Rumah orang lain :'(

Aktiviti seharian seperti biasa saja. Masa dihabiskan di rumah saja. Seperti biasa, tiada keperluan untuk keluar... 

Namun aku juga mahu pastikan anak anak tak bosan di rumah. Puas mencari idea agar mereka dapat melakukan 'sesuatu' dan mendapat 'sesuatu' ... Agar hari hari yang berlalu takkan sia sia saja. Meskipun mereka masih kecil...

Menonton video sudah biasa, hingga anak anak pun barangkali sudah bosan. Membaca buku pun, sekejap sekejap boleh la. Lama lama kan boring juga si anak :) sesekali hulurkan juga pen dan kertas untuk mereka menconteng. Pun... fokusnya tak lama.

Anas... Minatnya menyusun kereta dan segala kenderaan mainannya. kalau dia start menyusun, memang dah tak peduli hal lain. Adik pun tak boleh nak sentuh. 





Akhir akhir ini juga asyik memerhatikan alam. Peka dengan perubahan cuaca dan musim. Belajar tentang seasons and weather , dan sangat berminat untuk memahaminya. Asyik memerhati pokok dan cuaca di luar. Asyik juga menekuni buku dan menonton video (download dari utube) yang berkaitan dengan tajuk tersebut... Belajarlah sayang. Ummi dan abi layan saja minat Anas.






Mussaab.. Teman setia ummi dan along di rumah. Sentiasa ceria dan menghiburkan. Adakala mengusik along, adakalanya pula diusik along hingga menangis. Hai anak :)



Apapun, aku tetap bahagia dan bersyukur menjadi ibu buat kedua anak syurga ini. Meskipun kadangkala karenah mereka begitu 'menguji', namun aku tetap menyayangi mereka sepenuh hati. Aku memohon agar Allah mengurniakan kesabaran buatku untuk menjaga mereka, mendidik mereka dan terus menyayangi mereka.. Insya Allah




MASEJ CINTA

Suamiku... Aku mencintaimu
Anas dan Mussaab... Ummi mencintaimu

Kalian hartaku yang tak ternilai harganya

Maaf... Belum mampu menjadi isteri dan ibu yang terbaik buat kalian, jarang pula menghargai apalagi membahagiakan...

Aku bukan yang terbaik... Pasti ada yang lebih baik..

Namun hati ini sangat mencintai... Sepenuh hati mencintai...

Doakan agar dapat terus mencuba dan menjadi yang terbaik buat kalian

Dan dapat membahagiakan...

Semoga Allah merahmati dan memberkati keluarga kita

Ameen


Tuesday, 28 July 2015 0 comments By: Naemah

11 SYAWAL 1436h

Sudah lama tidak update blog. 2 minggu di kampung, memang tak ada kesempatan untuk menulis di sini. 

Alhamdulillah kini di bulan syawal. Berlalu sudah bulan berkat Ramadan. Puasa sudah, raya juga sudah. Kini kembali ke rumah sewa di Kajang. Dah tentu tak sama dengan rumah di kampung. Namun Alhamdulillah di sinilah tempat kami 4 beranak berteduh.

Cuti suami sudah tamat. Esok kembali bertugas. Bakal berkelana ke Labuan esok pagi. Tinggalkan anak dan isteri buat sementara. Insya Allah bakal bersua lagi..

Sudah seminggu kembali ke kajang. Sempat berhari raya ke rumah abang ipar (abang man) dan adik ipar/ biras (Afif). Sempat juga ke klinik Kwan untuk suntikan 18 bulan Mussaab. 

Suami sudah 2 hari berpuasa enam. Aku pula masih belum mula. Kebetulan uzur, maka tangguh dululah jawabnya. Yang penting, sempurnakan dulu puasa ganti.. Insya Allah :)

Esok hanya tinggal bertiga.. Dah mula rasa sunyi. Bakal berkurung dan terperap saja di dalam rumah. Hmmm... 

Insya Allah hari esok akan tetap menjanjikan kebaikan buat kami sekeluarga... Aameen 




sekitar puasa dan raya
(tak sempat ambil gambar kami satu family)











Tuesday, 7 July 2015 0 comments By: Naemah

TUHAN MENDENGAR DAN MEMPERKENANKAN DOAKU

Nukilanku suatu ketika dulu
(NOVEMBER 2010)

semoga bermanfaat

-----------------------------------------------------------------------------




وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
"Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran". (al-Baqarah:186)

Setiap hari, bangun tidurku bersama 1001 harapan, ingin melakukan itu dan ini, ingin menggapai segala impian. Oh Tuhan..alangkah indahnya hidup ini andai segala yang aku inginkan menjadi kenyataan. Oh Tuhan.. bahagianya hatiku andai semua doaku didengar dan diperkenankan. Namun aku sedar, hakikatnya bukan begitu.. bukan semua yang aku inginkan, akan aku miliki, bukan semua impian akan menjadi kenyataan. Mengapakah begitu? Kadangkala hatiku sangat kecewa. Terasa doaku hanya sia2. Apakah silapku?
Setiap kali tidak dapat apa yang aku mahu, aku kecewa, terkadang meyalahkan takdir, terkadang terasa Allah tidak mempedulikan aku, hati terlalu sakit. Ya Allah, aku mencari jawapan, mencari punca, memuhasabah diri.. aku sedar, puncanya pasti aku.. Engkau yang Maha Pengasih dan Penyayang, tak pernah dan tak akan menzalimi hambaMu dan tidak sesekali mempersiakan doa hambaMu.. Dalam pencarian dan pengembaraanku mencari jawapan, terus aku menemui cintaMu, dan jawapan yang pasti.. Oh Tuhan, kau bukakan hatiku untuk menjadi hamba yang Berfikir, Berprasangka Baik dan Bersyukur… cukup semua itu, melahirkan ketenangan dalam hatiku dan dapat kurasakan bahawa semua doaku diperkenanMu…

Alhamdulillah… Tuhan mengajar aku untuk menjadi hamba yang berfikir. Dalam mencari jawapan, aku jauh berfikir, memandang diri dan setiap kejadian Tuhan. Aku bertanya pada diri, benarkah Tuhan tidak mendengar doaku? Benar2kah aku meminta padaNya? Sudah cukup ikhlaskah hati dalam merayu2 padaNya? Bila aku fikirkan lagi, sebenarnya aku sudah memilki hampir segala2nya apa yang diperlukan oleh setiap manusia sepertiku ini. Dalam banyak hal, tanpa aku meminta, tetap Tuhan memberinya padaku. Setiap hari aku boleh makan dan minum, tanpa aku menadah tangan berdoa untuk makan dan minum. Apakah makan dan minum itu perkara biasa? Oh Tidak! Itu sangat luar biasa, di saat aku enak menjamu perut yang lapar, saudara2 seagama yang lain, ada yang terpaksa menahan lapar berhari2 kerana sukarnya untuk mendapatkan sesuap makanan. Oh Tuhan… ini nikmatmu padaku yang selama ini aku lupakan. Namun, masih merasakan Engkau tidak menyayangiku disebabkan sesuatu yang aku inginkan,tidak aku miliki.

Dan jauh aku berfikir lagi, memandang kehidupanku hari ini, aku merasakan sesuatu yang luar biasa. Ada sesuatu yang aku gapai hari ini rupa2nya sesuatu yang pernah aku impikan dan doakan suatu masa dulu, hingga kini aku terlupa sehingga aku memikirkannya kembali. yaAllah, rupa2nya di kala aku sendiri telah melupakan apa yang aku mahukan, rupa2nya Engkau tetap memegang doaku itu dan memperkenankannya di saat Engkau rasakan ia perlu untuk aku. Oh Tuhan, benar sekali apa yang pernah dikatakan, Tuhan mendengar doa hambaNya, PASTI! Tuhan perkenankan doa hambaNya, juga PASTI! Namun dengan cara yang Dia inginkan, bukan dengan cara yang kita harapkan, dan pada masa yang Dia mahukan, bukan pada masa yang kita inginkan.. ye, jelas.. lantas aku merasakan Tuhan sangat menyayangiku… aku memiliki apa yang selama ini yang aku mahukan dalam hidupku..Alhamduliillah..

Tuhan juga mahu menjinakkan hatiku dengan satu perasaan, yakni berprasangka baik padaNya. Dalam apa jua keadaan sekalipun, aku harus berfikir positif. Dengan prasangka baik itu, aku merubah perasaan kecewa itu kepada perasaan redha, dan redha itu membuahkan ketenangan, InsyaAllah… aku berusaha keras untuk mendapat pointer 4.0 dalam peperiksaan, tapi yang aku dapat hanya 3.5, aku kecewa, namun aku yakin, usahaku sebenarnya bukan sia2, pasti ada hikmahnya, lalu Tuhan menganugerahkan nikmat ketenangan atas kejayaanku memujuk diri. Aku bercita2 untuk menjadi seorang doktor, namun hari ini, kerjayaku adalah soerang guru, yang selama ini tak pernah aku impikan. Namun, aku yakin ini yang terbaik untukku, dan Tuhan mahu mahu menilai bahawa keduanya adalah kerjaya yang mulia, namun yang berbezanya hanyalah pendapatan. Ya, duniawi semata2.. aku yakinkan diriku, bukan itu yang aku kejarkan.. redha dan pasrah.. lakukan yang terbaik, Tuhan akan menilai, hingga hati akan merasakan segalanya cukup.

Aku ingin hidup dalam sebuah kelurga yang bahagia, cukup kasih sayang, namun aku ditakdirkan hidup dalam sebuah keluarga yang pincang dan jauh dari sakinah, mawaddah dan rahmah, dan aku bertanya kepada Tuhan, MENGAPA? Tidak layakkah aku memilki bahagia? Namun akhirnya aku berjaya menemukan jawapan, rupa2nya aku insan terpilih. Tuhan memilihku kerana Dia tahu aku kuat untuk menghadapi semua ini. Kebahagiaan yang tidak sempat aku kecapi hari ini, akan aku ciptakan untuk diriku dan keuargaku suatu hari nanti, InsyaAllah. Yang mampu aku lakukan kini adalah untuk terus kuat dan bersabar, juga takkan jemu2 berdoa padanya. Oh Tuhan, andai segala2nya aku miliki hari ini, apakah aku punya masa untuk menadah tangan padaMu, dan merayu2 penuh pengharapan padaMu.. Ya Allah, aku tahu, Engkau rindu untuk mendengar suara rintihanku.. kerana itu, masa untuk memberi segalanya masih ditangguhkan….

Tuhan juga mahu aku menjadi hamba yang bersyukur padaNya. Apa yang aku punya hari ini, sudah sangat tidak terhitung dan tidak terkira, Cuma saja aku yang buta, hampir tidak nampak semuanya, hingga menjadi hamba yang lupa diri dan jarang bersyukur. Terkadang rasa diri tidak cantik, sedangkan firmannya jelas, bahawa dia telah menciptakan manusia itu dengan sebaik2 ciptaan, means, semuanya cantik. Mengapa mesti mengutuk ciptaan Tuhan. Alhamdulillah, mata boleh melihat, hidung boleh menghidu, telinga boleh mendengar. Oh, andai salah satu nikmat ini ditariknya, bagaimanalah keadaanku? Boleh saja Tuhan ingin lakukan begitu buat hamba yang tidak bersyukur, tapi rahmatNya mengatasi segala2nya. Terus diberi peluang untuk menggunakan segala nikmat kurniaanya itu, walau manusia sangan susah untuk bersyukur. Oh Tuhan, ampunkan aku, Alhamdulillah, aku manusia, sangat sempurna ciptaanMu terhadapku..cantik!

kadangkala juga terasa diri ini kekurangan kasih sayang, hingga keluar mencari cinta di luar yang aku sendiri tidak jelas, status keikhlasannya. Namun Engkau sedarkan aku bahawa aku telah memilki cinta yang luar biasa hebatnya. Ibubapa, keluarga, dan sahabat, telah setulus hati menyayangi diriku, cuma aku yang tidak menyedari dan jauh sekali menghargai.. Oh Tuhan, sebenarnya, cinta mereka semua telah kumiliki, tanpa sedar. Lebih2 lagi, aku punya cintaMu, cinta yang terlalu sempurna. Mendengar tanpa jemu, memberi tanpa syarat… aku terlupa semua itu, aku terlupa untuk bersyukur. Ya Allah..Alhamdulillah.. Aku punya segalanya….

RENUNGAN: Doa itu senjata mukmin. Berdoalah tanpa jemu hanya padaNya.. sesungguhnya, andai doa itu cepat dimakbulkan, maka yakinlah kita bahawa Dia menyayangi kita. andai doa itu lambat dimakbulkan, sebenarnya Dia hanya ingin menguji kita, dan andai doa kita tidak dimakbulkan, yakinilah bahawa Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita (rujukan: SOLUSI). Maka teruskan berprasangka baik pada Tuhan.
Akhir kalam, Mintalah pada Dia yang Memiliki, mintalah pada Dia yang tak jemu Mendengar, mintalah pada Dia yang sentiasa ingin Memberi….
Monday, 6 July 2015 0 comments By: Naemah

AKU MILIK-MU SELAMANYA

Nukilanku suatu ketika dulu
(NOVEMBER 2010)

semoga bermanfaat

------------------------------------------------------------------------------





هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ يُخْرِجُكُمْ طِفْلًا ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ ثُمَّ لِتَكُونُوا شُيُوخًا وَمِنكُم مَّن يُتَوَفَّى مِن قَبْلُ وَلِتَبْلُغُوا أَجَلًا مُّسَمًّى وَلَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari sebuku  darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian Dia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan) dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan). (al-Mu'min:67)


Saat dilahirkan, ibu dan ayah tersenyum bahagia. Telah lahir sekeping kain putih yang akan dicorakkan. Baik coraknya, cantiklah rupanya, begitu juga jika sebaliknya. Yang pastinya, kala dilahirkan anak itu benar2 bersih. Tiada dosa, tiada noda.

Masa berlalu, daripada bayi, kini bergelar pula kanak2. Alhamdulillah, daripada terbaring saja, kini boleh meniarap, merangkak dan berjalan. Mulut juga sudah petah bercakap. Gembira sungguh ibu dan ayah melihat anak membesar di depan mata. Sedikit demi sedikit anak itu belajar mengenal insan di sekeilingnya, juga objek2 di sekitarnya. Dia tersenyum, sangat manis. Dia menangis, hati ibu dan ayah menjadi gusar. Kala itu, dia belum benar2 mengenal dunia dalam bentuk yang sebenarnya. Apa yang dipandang di sekelilingnya, itulah dunianya.

Makin membesar dan cerdik, dia memasuki alam persekolahan pula. Belajar ABC, 123, dan seterusnya. Sehingga akhirnya, boleh mengeja, membaca dan mengira. Malah, dia sangat gembira belajar, bermain dan berkawan. Kala itu, yang dia mahukan hanyalah apa yang dapat menghiburkan hatinya saja. Yang pasti, saat itu tidak pernah terlintas di hatinya, apakah itu beban dan tanggungjawab. Dunianya riang tanpa sebarang masalah dan kesulitan. Hanya kadangkala, dia akan memberontak di saat hajatnya tidak tertunai. Apabila mendapatkannya, terus dilupakan segala kesedihan yang lalu. Bermain, bergaduh dengan kawan2, dan kemudian berbaik semula. Sangat mudah, sangat riang.. saat itu juga, tidak pernah hadir di fikirannya, apakah itu dosa dan pahala.

Menjangkau usia baligh, dia dikenalkan dengan dunia tanggungjawab dan pertanggungjawaban (responsibility and accountability) sebagai seorang hamba Allah. Dia tidak boleh suka2 hati lagi meninggalkan solat dan puasa. Kena menutup aurat pula. Segalanya akan dicatat dan dihitung. Sekarang terasa dirinya sudah besar. Dulu, masa kecik2 teringin untuk menjadi dewasa cepat. Sangat kagum, melihat orang dewasa yang boleh melakukan apa saja. Bila ibu kata dia dah dewasa sekarang, terasa sangat gembira.

 Namun, saat itu berlaku banyak perubahan pada diri dan perasaan. Perubahan fizikal, dan perasaan macam2 yang hadir. Tiada lagi dunia yang penuh keseronokan seperti dulu. Ada perasaan malu, memberontak, marah, dan sebagainya. Dalam tak sedar juga, hadir perasaan suka@cinta pada insan berlainan jantina. Jadi rindu, terbayang, teringat dan sebagainya. Diri juga sangat mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat memberi keseronokan. Melepak, melaram, mencari hiburan dan sebagainya.  Oh, begini rupanya dunia remaja. Jika tidak dipantau dengan iman, akan membawa diri jauh tersasar. Iman yang masih belum subur di hati terkadang membuat diri berbelah bagi. Mahu mendengar cakap kawankah, atau ingat pesan ibu bapa? Peringatan tentang dosa dan pahala pula sering timbul tenggelam. Dalam beringat, kadangkala tergelincir juga. Oh Tuhan, dunia ini menyesakkan…

Makin dewasa, seiring dengan pertambahan usia, pengalaman juga bertambah. Kini lebih mengerti makna kehidupan walaupun tidak sepenuhnya. Dan InsyaAllah, diri akan tetap terus mencari makna kehidupan yang sebenarnya. Pengalaman lalu banya mengajar erti hidup untuk lebih berhati2 dan berwaspada pada dunia yang sering menipu.
Tiba saat yang ditentukan Tuhan, jodoh pula sampai kerana manusia itu lumrahnya tak mampu hidup sendirian. Kerana itu, Tuhan menciptakan seorang teman untuknya. Setiap orang tidak terkecuali, pasti ada seorang teman yang tercatat untuknya. Memikirkan tentang jodoh, terasa keunikannya dan terserlah kegunganNya. Siapa jua dia, suka bersosial atau terperap di rumah, pendiam atau peramah, merasakan diri cantik atau tidak, mencari atau tidak mencari, tetap Tuhan menyediakan jodoh untuknya. Subhanallah.. walau diri mungkin pernah terfikir dan tertanya2, siapa yang akan menjadi teman hidup kelak, namun persoalan itu akan ada jawapan yang pasti, meskipun bukan sekarang.

Ya, kini usia dan waktu telah melayakkan diri untuk mempunyai teman hidup. Ibu dan ayah, anakmu telah dewasa, akan berumahtangga dan akan memikul tanggunjawab yang sangat besar, sebagai isteri, ibu, dan seterusnya, InsyaAllah andai dipanjangkan usia. Diharapkan akan lahir zuriat yang soleh-solehah yang mentaati agama dan mencintai Allah dan RasulNya. Semoga lahir sebuah keluarga dan masyarakat yang hidup dalam kehidupan yang penuh dengan sakinah, mawaddah dan rahmah, InsyaAllah.

Sebagaimana jodoh itu telah tercatat, begitu juga dengan ajal, tidak terkecuali. Usia bertambah, dari muda akhirnya akan menjadi tua juga. Bertambahnya usia, bererti juga semakin singkat hidupnya. Ya, kematian itu semakin hampir dan ianya sesuatu yang pasti terjadi. Dalam gembira perlu tetap beringat, dunia ini hanya sementara. Suatu hari nanti pasti kita akan dijemput pergi. Dijemput dengan penuh penghormatan atau sebaliknya, terserah sejauh mana amalan kita. Tiba saatnya, kita akan kembali pada pencipta, kekasih yang teragung. Dan sesungguhnya, KEMATIAN merupakan syarat untuk bertemu dengan KEKASIH. Selamat tinggal dunia…Innaalillahi wa innaa iliahi roojiu'n..

RENUNGAN: hidup di dunia hanya sementara. Bersyukurlah saat ini masih dipanjangkan umur dan masih dapat menjalani kehidupan dengan baik. Namun jangan dilupa, tiba saatnya kita akan pergi meninggalkan dunia ini. Di manapun kita, apapun jua yang kita sedang lakukan, pastikan Allah sentiasa di hati, agar diri sentiasa beringat dan segala perbuatan tidak mengundang dosa. Mudah2an dunia ini menjadi satu tempat untuk kita menanam segala benih kebaikan yang akan dituai di akhirat kelak.INSYAALLAH…

UJIAN DI 10 MALAM TERAKHIR



Masa terus berlalu pantas. Yang berlalu takkan kembali. Hari esok belum tentu masih ada untuk kita... Harapan semoga hari ini dapat menjadi hamba yang lebih baik di sisiNya

Tinggal 10 malam dan 10 hari terakhir Ramadhan. 10 yang terakhir yang ada padanya malam al qadar di salah satu malamnya. Malam yang lebih baik dari 1000 malam. Malah Semua diberi peluang untuk mendapatkan malam itu. 

Hati hamba ini teruji lagi di 10 malam terakhir ini. Teruji di saat suami tiada di sisi, dengan keadaan anak anak yang tidak sihat. Allah... Berhadapan dengan anak yang tidak sihat memang sangat meruntun jiwa. 

Lebih kurang pukul 6 petang, Mussaab dan Anas tiba tiba muntah muntah. Habis segala isi perut dikeluarkan. Agak hairan juga, kenapa sampai muntah muntah. Tadi elok je bermain. Salah makan ke... Risau jangan cakaplah. Dah macam tu, masing masing mula merengek dan melekat dengan ummi. Dah tak bermaya nak bermain lagi.

Dekat dekat nak berbuka puasa, hati bertambahlah sayunya. Tengok anak anak diam terkulai. Badan Mussaab dah panas, demam... Anas juga diam dan lentok ke badan ummi yang meriba Mussaab. Nak bangun berbuka puasa jadi serba salah. 

Akhirnya berbuka puasa dalam keadaan memangku si kecil, dan si abang dibiarkan di sofa. Malam itu, Anas dan Mussaab muntah berkali kali. Hati ibu mana tak sedih melihat keadaan anak yang lemah tak berdaya. 

Masa nak solat maghrib, Anas minta nak masuk bilik, katanya mengantuk nak tidur. Sesuatu yang jarang terjadi. Selalunya puas dipujuk untuk tidur....Mussaab pula masih merengek minta didukung. Selesai solat, bawa Mussaab masuk bilik untuk disusukan. Sayu melihat Anas yang sudah terlena. Mussab juga akhirnya lena. Masih di awal malam... Barangkali keduanya kepenatan, berhabis tenaga setelah muntah beberapa kali. Dan badan keduanya panas.... Deman :'(

Alhamdulillah selesai solat isyak dan terawih. Bersama hati yang sedih dan sayu melaksanakan ibadah. Hati menangis... Ya Allah... Sihatkan anak anakku, kerana tak daya aku melihat mereka begitu. Terkenang juga pada suamiku yang sudah 2 hari tidak dapat berhubung. Semoga dia juga di dalam lindungan dan rahmat Allah. Dan kerana dia juga sebelum itu menanggung sakit... Aku mengharapkan Allah memberikan kesembuhan padanya. Tak lupa mendoakan kesihatan dan kekuatan buat diriku agar dapat terus menjaga anak anakku dan rumahtanggaku.

Malam itu juga, anak anak bergilir gilir bangun.mussab bangun untuk menyusu, Anas pula meminta air, dan muntah juga. Sedih :'(

Pagi ini bersahur dengan Anas... Suapkan dia makan. Agak berselera kerana petang semalam tak menjamah makanan. Badan masih panas, namun harapanku agar dia tak muntah muntah lagi. Mussaab juga bangun setelah azan subuh. Terpaksa susukan dia dulu sebelum melaksanakan solat. Selepas itu sambung lagi susukan dia, kerana itu saja yang dia mahu. Tapi akhirnya muntah lagi... Muntah susu :'(

Anas sambung tidur. Mussaab sambung menyusu.....

Allahu akbar... Entah bagaimana mahu menggambarkan perasaan ini. Perasaan seorang ibu menjaga anak anak yang sakit/tidak sihat. Pertama, cuba menyelami hati ibu ibu yang terpaksa menjaga anak kecil yang sedang sakit terlantar. Anak anak yang tiada harapan sembuh... Ya Allah, bagaimana perasaan ibu itu. Cekalkan hatinya ya Alllah.

Kedua, sudah pasti hadir perasaan bersalah dan berdosa di atas layanan buat anak anak ketika sihat mereka. Adakalanya marah, adakalanya masam muka. Yalah, saat mereka sihat mereka sangat lincah dan lasak. Rumah pun boleh jadi tunggang langgang. Tapi... Hakikatnya begitulah rentak si kecil yang sedang membesar. Tengoklah bila mereka sakit... Disuruh bermain pun mereka tidak mahu. Segala barang di rumah tidak terusik. Saat ini, sangat mengharapkan mereka sihat kembali. Bermainlah apa saja semahunya...

Ketika ini juga kita menyedari bahawa kita cuba memberikan mereka layanan yang terbaik dan penuh kelembutan yang  selayaknya seorang ibu. Walau banyak masa terpaksa dihabiskan melayan mereka, dan walaupun banyak kerja yang terpaksa ditangguhkan, kita tetap tak marah. Biar rumah tak terurus, yang penting kita sentiasa ada untuk mereka. Sedaya upaya kita cuba tunaikan segala permintaan mereka, meskipun di jam 2-3 pagi. 

Ya Allah.. Seandainya memang beginilah sikap seorang ibu yang terbaik, maka aku mendoakan agar aku terus bersikap begini walau di kala sihat dan lasak mereka. Berikan sepenuhnya kesabaran padaku dalam melayani karenah anak anakku ya Allah...

Hari semalam sudah berlalu bersama ujiannya... Hari ini perlu diteruskan. Semoga hari ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik. Semoga anak anakku beransur sihat, semoga suamiku juga baik baik di sana. Semoga diriku dapat menyempurnakan amanah seorang isteri dan ibu dengan sebaiknya... Insya Allah:)


Tika ini.... Mereka masih asyik dan leka bermain

Sunday, 5 July 2015 0 comments By: Naemah

ANAS, MUSSAAB DAN CARSEAT

Alhamdulillah tercapai juga hasrat untuk memiliki carseat untuk kedua anakku Anas dan Mussaab. Carseat yang ada hanya sesuai untuk baby. Dah lama bercita cita nak beli untuk mereka berdua yang sedang membesar dengan sihat dan lasak ni :)

Hasrat dinyatakan pada suami, dan Alhamdulillah dia tiada masalah, meski kami juga arif, harga carseat bukanlah seringgit dua. Makan ratusan hingga ribuan juga.. Hmmm

Lebih kurang 2 minggu yang lepas kami ke Shah Alam membeli carseat yang dimaksudkan. Suami memilih kedai tersebut setelah membuat survey harga carseat di internet. 

Pilih punya pilih, akhirnya kami membeli 2 carseat jenama maxi cosy dan ..... Harga berbeza, tapi bukan bermakna kami pilih kasih :) harapannya, anak anak akan selesa dengan keduanya.

Kenapa nak beli carseat?? 
Baru baru ini diberi kesedaran akan betapa pentingnya carseat untuk anak anak kecil seperti Anas dan Mussaab terutamanya pada kami yang sering berjalan jauh, kl-kelantan.

Banyak kali membaca berita tentang kemalangan yang meragut nyawa kanak kanak hingga terpelanting jauh dari kereta akibat tidak menggunakan carseat. Dengan carseat, sekurang kurangnya kecederaan dapat diminimumkan, dan sekurang kurangnya kita telah berusaha melindungi anak anak kita dari ditimpa kecelakaan yang akan menghadirkan kekesalan berpanjangan. Insya Allah..

Kami juga sekurang kurangnya sekali dalam sebulan akan pulang ke kampung di kelantan. Perjalanan mengambil masa 7-8 jam. Agak memenatkan, bila terpaksa meriba anak kecil sepanjang perjalanan, dan dalam masa yang sama Anas juga perlu dikawal dan diperhatikan. Lagi susah bila keduanya tidur, kedua tangan nak kena pegang anak anak. Silap brek sikit, terjatuh. Belok sikit, terjatuh... Kesian pada anak anak.

Dengan adanya carseat, keadaan menjadi lebih baik dan selesa. Anas tiada masalah untuk duduk di carseatnya sepanjang perjalanan. Namun ada ketikanya juga dia meminta untuk ditanggalkan seat belt kerana sukar untuk bergerak. Tapi Alhamdulillah sepanjang balik kampung minggu lepas dia lebih selesa di atas carseatnya. 

Berbeza dengan Mussaab yang tak boleh dibiarkan dia lama lama di atas carseat. Sekejap sekejap kena angkat, tak bebas diikat begitu :) hanya waktu tidur saja dia akan berada lama di atas carseatnya. Tak mengapalah.. Kena train lagi. Insya Allah akan lebih baik nanti.

Kesimpulannya, kami merasakan carseat sangat penting untuk dimiliki setiap ibubapa yang mempunyai anak kecil, terutamanya untuk perjalanan jauh. Harganya agak mahal, namun ada juga yang mampu milik. Yelah, kena korbankan duit sikitlah... Demi untuk anak anak. Insya Allah berbaloi :):):)



beli carseat kat kedai ni:




tengok sapa lebih happy duduk di carseat??








DIARI ANAKKU: 050715


Hari ini tanpa abi lagi. Seperti biasa, Dan sudah biasa... Kerana tuntutan kerja, kita terpaksa berjauhan. Insya Allah ada hikmahnya...

Update aktiviti harian anak anak di rumah. Hari ke dua tanpa abi:

Hari ni bangun agak lewat, jam 8 pagi. Masing masing tidur lena semalam, mengantuk sangat mungkin kerana Anas tidak tidur di siang harinya, dan Mussaab pula tidurnya sekejap saja di waktu siang. 

Ummi masakkan nasi lemak dan mandikan Anas dan Mussaab. Anas sangat berselera menikmati nasi lemak kegemarannya. Tapi Mussaab makannya cuma sedikit. Seperti biasa, sangat jarang dia berselera makan nasi. Thats why lah berat badan pun susah nak naik. 

Sambil suap makan, dengarkan mereka juzuk amma dari awal hingga akhir. Selesai makan, sambung bermain permainan yang berbakul tu. ummi di dapur, kemas apa yang patut. Biarkan mereka asyik bermain sambil ayat al quran dibiarkan sebagai halwa telinga. 

Puas bermain, Anas request nak tengok movie 'syirin', movie dalam bahasa arab yang sudah menjadi kegemarannya sejak sekian lama. Ajak menulis dia tak mahu, so ikut sajalah. Buka video kegemarannya. 

Sambil menonton sambil bermain juga. Ummi keluar masuk bilik beberapa kali untuk tidurkan Mussaab. Akhirnya jam 12  tengahari baru terlena. Anas terus menonton dan bermain. Yang bestnya, Anas sangat fokus pada perbualan di dalam cerita tersebut dan memberi respon, serta banyak perkataan yang berjaya dia tangkap. 

Lebih kurang pukul 1, Mussaab pun dah bangun, semua keluar untuk tunggu pak teh di luar yang dalam perjalanan untuk ambik barang di rumah. Selesai urusan, masuk rumah semula. 

Makan tengahari, dan masuk ke bilik untuk tidur. Tapi nampaknya ummi seorang saja yang lena sekejap. Anas angkut buku masuk bilik. Share baca buku dengan adik. Alhamdulillah rajin anak anak ummi :)

Dah semua tak nak tidur, keluar dari bilik dan masing masing asyik semula dengan permainan yang masih bersepah. Malah makin bertambah sepahnya. Hai anak... 

Pukul 6 petang, goreng bihun dan mandikan keduanya dan suap makan. Sekali lagi perdengarkan bacaan juzuk amma dari awal hingga akhir. Kemudian repeat bacaan adduha berulangkali seperti biasa, untuk hafazan Anas (surah yang sedang dihafaz). Dalam masa yang sama, Anas, Mussaab dan ummi mengemas mainan yang bersepah. Tamat sudah waktu bermain.

Selepas maghrib sambung bacaan iqra' 4 untuk 2 ayat seterusnya. Alhamdulillah selesai. Mussaab juga turut belajar a ba ta dengan seronoknya :)

Tepat jam 9malam, mussaab akhirnya terlena. Anas pula masuk tidur jam 10 malam selepas ummi berterawih dan mengemas rumah (dengan bantuan anas)

Alhamdulillah untuk hari ini :)









Saturday, 4 July 2015 0 comments By: Naemah

AKU DAN DIA



Aku dan suami.. 4 tahun setengah sudah usia perkahwinan
Alhamdulillah di atas kurniaan cahayamata dan kerukunan di dalam rumahtangga

Kami bukan pasangan bercinta, malah tidak saling mengenali :)
Pertama kali bersua di hari merisik 
Kedua kali di hari pertunangan, dan seterusnya bernikah...

Merisik, bertunang dan bernikah di tahun yang sama. Alhamdulillah Allah permudahkan. Meskipun tanpa mengenali hati budi, aku dan dia redha untuk saling menerima dan untuk melayari bahtera rumahtangga bersama. Tentunya berbekalkan doa dan istikharah yang panjang, Insya Allah...

Dari bergelar pengantin baru, seterusnya bergelar ummi dan abi, banyak perkara dilalui bersama. Dari tidak mengenali kini semakin kenal meskipun bukan seluruhnya. Perkenalan yang manis, didoakan agar sentiasa dilimpahkan keberkatan bersama rahmah wa mawaddah.

Namun pelayaran bahtera  rumahtangga tidak selalunya tenang tanpa gelora. Adakala datang gelora, menguji kasih sayang dan cinta. Kerana aku dan dia pasti berbeza. Adakala tak sependapat, adakala tersalah faham dan tafsir, hubungan menjadi sedikit tegang dan keruh. 

Namun salah faham dan tidak sependapat bukanlah alasan untuk memanjangkan pertelingkahan dan terus bermasam muka. Pasti ada jalan keluarnya, pasti ada jalan penyesaiannya. Suami dan isteri..perlu sentiasa memaafkan, perlu banyak bersabar dan memberi peluang pada pasangan. Dan tak lupa untuk saling mendoakan...

Aku dan dia.. Hanya pasangan biasa yang belum layak menjadi pasangan contoh. Kami belajar dari kesilapan demi kesilapan. Dan dalam usaha memperbaiki diri untuk menjadikan hubungan lebih baik dan diredhai Allah. 

Namun tetap bersyukur kerana Allah mentakdirkan dia sebagai jodohku. Insan yang tidak kukenal rupa dan akhlaknya, menjadi insan yang paling kucintai serta tenang dan selamat berada di sampingnya. Alhamdulillah...takdir Allah tetap yang terbaik.

Sedikit coretan tentang aku dan dia.. Aku percaya setiap orang punya kisah manis bersama pasangan. Kita mengharapkan manis yang berpanjangan, diiringi keberkatan dan keredhaan Allah. Semoga bahagia selamanya bersama pasangan hingga ke syurga. Ameen...











RAMADHAN YANG BERBAKI


Hari ni dah masuk hari ke 17 ramadhan. Sudah lebih separuh ramadhan berlalu meninggalkan kita. Seperti biasa... Terasa  sangat kejap masa berlalu. Bulan yang penuh rahmat dan berkat ini bakal meninggalkan kita semua :'(

Seperti sebelum sebelum ini, mengharapkan segala amalan diterima, segala dosa diampuni, dan mengharapkan segala amalan baik dapat diteruskan ke bulan bulan yang lain bukan sekadar di bulan ramadhan sahaja.

Teringat tazkirah seorang ustaz yang mana katanya ramadhan hadir bersama pakej yang perlu direbut oleh setiap yang bergelar muslim dan mukmin. Tawaran hebat yang hanya ada pada bulan mulia ini sahaja. 

Apakah dia?? Itulah dia puasa, solat terawih, tahajud, al Quran, sedekah, dan malam alqadar (mungkin ada lg yang terlupa dicatat) ganjarannya berganda, sangat beruntung mereka yang berjaya mendapatkan pakej tersebut. Alhamdulillah...

13 hari ramadhan yang berbaki. Perlu lebih bertenaga dan bersemangat merebut peluang keemasan yang Allah tawarkan pada semua. Ruginya jika sudah rasa penat dan tak bertenaga. Ruginya jika sudah tiada minat untuk merebut ganjaran yang Allah sediakan... Sedangkan tahun depan belum tentu berjumpa ramadhan lagi. Belum pasti masihkah ada usia untuk hari esok...

Ayuhlah... Jangan biarkan ramadhan berlalu tanpa kita mendapat keampunan dari Allah. Jangan biarkan ramadhan pergi tanpa kita melakukan sesuatu yang istimewa dalam meraikan kehadirannya. 

Ramadhan bakal pergi. Jika umat terdahulu merasa sedih dan sayu ditinggalkan ramadhan, kita pula bagaimana... Tepuk dada tanyalah iman..

Semoga kita semua mampu menjadi Hamba Allah yang lebih baik dan bertaqwa di sisiNya..insya Allah

BAHAGIA MILIK SETIAP INSAN

Nukilanku suatu ketika dulu
(JANUARI 2011)

semoga bermanfaat

------------------------------------------------------------------------------------------


أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
“Ketahuilah dengan "zikrullah" (mengingati Allah) itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (13:28)

Semua insan mengharapkan kebahagiaan dan kesempurnaan dalam hidup. Kebahagiaan yang bagaimana? Kesempurnaan yang bagaimana? Definisinya pasti berbeza. Bahagia hanya mampu dirasa oleh hati. namun kesan bahagia, mungkin boleh diterjemah dengan sikap dan tingkahlaku..

Bahagia itu satu pencarian yang mungkin tiada akhirnya. Tidak mungkin dikatakan bahagia yang sebenarnya, andai singgahnya hanya sebentar. Andai terus mencari, pasti bertemu. Namun, tersilap wasilah, bahagia itu mungkin hanya sekadar mimpi. Tersilap langkah, bahagia itu sekadar angan-angan. Mencari dan terus mencari. Jangan berhenti, jangan berputus asa. Bahagia itu ada, dan sedang menanti insan yang sedang mencari.

Rasa tenang itu bahagia, rasa manis itu bahagia, rasa sejuk itu bahagia. Namun pahit, duka, perit, itu juga boleh menjadi satu rasa yang membahagiakan andai bahagia itu benar2 kita miliki. Itulah bahagia sebenar. Terus subur di hati, walau keperitan berganda datang menyerang, walau onak duri yang tajam datang menusuk. Sangat kebalnya bahagia ini. Di mana dia, andai benar ia sesuatu yang bukan mustahil untuk dimiliki?

Jiwa yang kosong perlu ada pengisiannya, hati yang sakit perlu ada penawarnya, hati yang resah, perlu dicari ubatnya, perasaan yang sering marah dan benci, perlu dicari puncanya. Semuanya itu pembunuh bahagia, penghapus damai. Andai terus bersarang di hati, menjadi nanah yang memustahilkan sebuah kebahagiaan..

Duhai diri yang sangat lemah, jauh diri Tuhan, bermuhasabahlah… kerana apa bahagia itu sukar dimiliki dan dirasai? Saat senang, di mana hati kita? Saat susah, baru terasa ingin kembali? Duhai hati yang kian dicemari, dari manakah titik2 hitam ini terkumpul? Semakin hari, semakin hitam. Putihnya tidak kelihatan lagi. Lalu bagaimana bahagia ingin menyapa?

Syaitan dan iblis begitu galak menggoda dan menipu daya. Segala yang menjijikkan, diwarnainya dengan kilauan warna yang indah, hingga hati manusia terlalu ingin mendekati dan merasai. Kita ketawa dengan ‘bahagia’ yang menipu ini, namun mereka bersorak dan bertepuk tampar dengan kejayaan yang diraih. Kita tertipu, kita mengundang murka.

Duhai hati, kembalilah pada Yang Memiliki, pada Yang Mencintai. Kiri dan kananmu pastinya ada lembah yang sering menjanjikan kemanisan. Namun sedarlah, terselindung di sebaliknya kesengsaraan Namun andai hati mampu bertahan untuk terus ke hadapan, walaupun ranjaunya berduri, pasti hati akan menemui satu lembah yang sangat luar biasa luasnya, hebatnya, manisnya. Berjalanlah bersama petunjukNya, panduanNya. Jalan yang berduri itu, tidak mendatangkan bisa, tapi mebuahkan rasa manis, andai hati benar2 ingin meyakini.

Milikilah hati yang merasai diri berTUHAN, lantas hati merasakan diri sentiasa dalam perhatianNya. Langkah kaki pasti akan menjadi lebih berwaspada. Andai pun memiliki sifat insan yang pelupa dan sering terjerumus dalam kemaksiatan, hati juga pasti akan cepat sedar bahawa ada kuasa yang memerhati, menghitung, dan menghukum… lalu hati akan cepat2 ingin kembali, kembali padaNya…BERTAUBAT….sungguh, dosa itu bukan mainan, bukan remeh, bukan perkara biasa…

Hati yang berTuhan, memiliki rasa bahagia. Hati yang mengingati Allah, memilki rasa bahagia..tidak sukar untuk memilikinya, namun sering disukarkan.. ayuh bermujahadah.. BAHAGIA itu, terlalu ingin kugapai!!