November dah sampai ke penghujungnya. Entahlah, tiada kata nak menulis panjang-panjang. Menjalani hari-hari yang biasa saja. Sedar-sedar dah di akhir November. Bermakna sebulan saja lagi nak melangkah ke tahun baru.
Bulan ini tak kemana-mana. Lepas balik kampung hari tu, anak-anak meneruskan hari-hari persekolahan seperti biasa. Dan bulan ni juga UASA dilaksanakan. Semoga cemerlang lah semua ya! Insya Allah.
Abi ada di rumah di permulaan dan di akhir bulan ini. Di pertengahannya, sibuk dengan kerja seperti biasa.
Memang tak ada cerita menarik. Ulang alik rutin yang sama je. Anak-anak berpagian ke sekolah, petang baru berkumpul balik di rumah. Ummi dan Nuha, ulang alik ke sekolah juga, pagi sampai petang. Malam hari pun anak-anak akan tidur awal macam biasa
Hari minggu tak ke mana juga. Spend masa bersama di rumah dengan aktiviti biasa. Sempatlah ulangkaji sekejap, main, dan menonton video. Rumah pun bersepah-sepah juga la bila semua ada kat rumah. Dan semestinya suasana lebih meriah dari hari-hari biasa. Ummi pun dengan emosi turun naiknya, macam biasalah. Dan Alhamdulillah, makan minum cukup semua.
Begitulah di setiap harinya di bulan November ini. Hari yang biasa, namun penuh dengan kisah dan cerita. Ada suka duka, ada nikmat dan ujian, ada tenang dan ada gelombang.
Biar apa pun, syukur atas segalanya. Dapat terus melangkah hingga ke hari ini. Jatuh dan bangun lagi. Terkhilaf banyak, dan tetap berazam untuk memperbaiki diri. Pendek kata, takkan menyerah, walau rasa dah banyak kali jatuh tersungkur dan kalah dengan ujian.
Menutup November dengan penuh rasa kesyukuran. Di sisi masih dia, suami yang setia, anak-anak yang semakin membesar dewasa, rezeki yang sentiasa ada tersedia, dan kesihatan yang baik untuk terus melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba yang Esa.
Dan sudah tentu, bersama azam untuk membawa watak seorang isteri, ibu dan anak yang lebih baik. Moga Allah bantu hamba yang lemah dan sering kecundang ini.
Disember mendatangi. Moga dapat menjalani hari-hari yang lebih baik dan membahagiakan bersama yang tersayang. Ameen
NOVEMBER
0 comments:
Post a Comment