Wednesday, 21 February 2024 0 comments By: Naemah

CATATAN KEHAMILAN: MENGHITUNG DETIK



Satu minggu menuju hari ‘serah diri’ di hospital (untuk diinduce).


Di minggu yang ke-38 kehamilan. 

Segala rasa ada!


14/2/2024

(Genap kandungan 37 minggu)


Hari ni check-up di KK Kijang buat pertama kalinya lepas balik kampung. Alhamdulillah ok saja, kecuali bacaan Hb yang tak naik-naik, malahan menurun lagi (8.8). 

Tak tahu silapnya di mana, ubat tak pernah tinggal. Keadaan diri pun ok je, takde pening-pening nak pitam ke, takde. Penat tu biasa, kalau banyak berjalan. 


Lepas check-up spend masa berjalan di pantai PCB sekejap. Malamnya, sakit pinggang luar biasa menyerang. Luar biasa sebab sakit yang lebih kuat dari hari kebiasaan. Pulak tu, sakit yang tak hilang-hilang. Rasa ditekan sekuatnya. Nak bergerak dan bertukar posisi rasa sukar amat. 


Suami tolong urutkan dan sarankan aku mengambil panadol. Alhamdulillah semakin lega selepas itu. Dapat tidur dengan lena. 



15/2/2024

Syukur keadaan kembali seperti biasa. Tiada lagi sakit yang mencengkam seperti semalam. Sakit pinggang tetap ada. Datang dan pergi macam biasa. 


Sempat hadir kenduri sepupu di Tumpat. Segalanya baik. Rasa sihat-sihat saja.



16/2/2024

Hari ni pening dan rasa macam nak demam. Tambahan pula selesema sejak beberapa hari lepas. Ambik panadol 2 biji, legalah sikit. Tak melarat-larat. Sempat jalan-jalan di pasar pagi. Cuaca panas, rasa penat dan tak selesa. Balik rumah, rehat saja. Teruskan hari seperti biasa di rumah mak mertua. Takde buat apa pun. Rasa oklah, sakit pinggang jelah yang lebih. 



17/2/2024

Ke Kuala Krai, bawa anak-anak ke Mini Zoo Kuala Krai. Dan ke rumah adik ipar yang nak berpindah ke Wakaf Bahru. Banyak jalan, banyak gerak. Alhamdulillah rasanya ok saja. Penat berjalan dan mengusung perut jelah. Dan memang tak ada tanda-tanda nak bersalin dalam masa terdekat. 



18/2/2024

Di rumah saja hari ni. Makan tidur, rehat serehatnya. Keadaan diri yang sama. Sakit lenguh biasa. Baby still gerak ok, insya Allah sihat dan baik saja dia, walaupun ummi ni makan minum tak terkawal sangat dah. Moga Allah jaga dan lindungi sentiasa. 



19/2/2024

Temujanji kali terakhir di KK Kijang sebelum bersalin. Hari ni juga diberikan surat untuk masuk hospital pada tarikh 21/2/2024. 


Masih tiada tanda bersalin. Sesekali diserang rasa sakit di bahagian ‘bawah’ seakan kontraksi. Tapi tak lama. Beberapa saat saja, dan hilang. Keadaan kembali seperti biasa. Tapi rasa macam lebih ringan badan. Sakit belakang dan pinggang datang dan pergi. 


(Suami bertolak ke KL malam ni untuk hadiri meeting esok)



20/2/2024

Di rumah tak ke mana-mana. Ambik masa bertenang. Hanya satu hari ini saja. Esok perlu serah diri di hospital. Alhamdulillah memang terasa tenang saja hari ni. Tak ada overthinking, tak terlalu memikirkan. Berserah pada Allah. Percaya pda prosesnya. Jauh di sudut hati, debaran tetap ada tapi tidak terlalu dilayan. Hanya mahu tenang saja.


Baby still aktif gerakannya. Tiada tanda bersalin dan terasa sihat saja. Jauh lebih baik dari semalam dan sebelum ini. Macam biasa, hanya sakit-sakit pinggang bila bangkit dari tidur dan duduk yang lama. Langkah dan solat terasa ringan saja. Kontraksi manja ada juga rasa. Datang sekejap-sekejap dan tak terlalu mengganggu. 


(Suami on the way balik dari KL. Esok perlu bawa isterinya ke hospital. Kesian, penat memandu dari semalam).



21/2/2024

(Genap kandungan 38 minggu)


Telah tiba harinya. Hari perlu mendaftarkan diri di wad bersalin HRPZ. Keluar rumah jam 8.30 pagi, ditemani suami dan 2 anak; Miqdad dan Suri. Breakfast dulu kat kedai, then cari sedikit keperluan di Mydin KB, dan mendaftar di wad bersalin (wad 11).


Keadaan diri, biasa-biasa saja. Ada juga rasa baby mengeras. Ada juga rasa sakit yang tak melarat-larat. Setakat itu saja hari ni. Cek bukaan serviks (belum ada bukaan). Kepala masih belum masuk laluan. Ya, esok akan diinduce!


Menanti cerita esok pula. Tenang dalam debaran. Pada Allah jua aku bertawakkal. 



Sambungan: 

Sunday, 18 February 2024 0 comments By: Naemah

ANAS ZAYDAN: MYKID TO MYKAD



Alhamdulillah selesai urusan ic Anas. 12/1/2024 genap usia Anas 12 tahun. Tak sempat nak buat segera ic Anas sebab dalam bulan 1 sibuk dengan exam akhir tahun dan UPKK.  Lagipun abi juga banyak habiskan masa di laut. Decide nak buat kat kampung, dalam cuti sekolah. 


Tangguh punya tangguh, lebih juga sebulan dari tarikh lahir (kena bayar rm10). Pada 18/2/2024 Anas ke UTC Kota Bharu bersama abi untuk buat ic. Nak jadi cerita, system down pulak pada hari tersebut. Tak boleh buat kat situ. Abi terus ke Wisma Persekutuan Kota Bharu dan Alhamdulillah, dapatlah buat kat situ walaupun orang ramai. 


Alhamdulillah settle sudah urusan ic Anas. Seronok Anas dapat ic. Katanya dia yang ‘paling tua’ antara kawan sekelas (lelaki). Hari tu tak sabar ajak abi buat ic. Nak jadi yang pertama ada ic dalam kelas :D Alhamdulillah dah pegang ic biru macam ummi dan abi dah. Maknanya dah besar! Anak sulung ummi dah meningkat remaja. Masya Allah!


Tak lama je lagi nak melangkah masuk ke darjah 6. Setahun kemudian akan masuk sekolah menengah pula. Yang pasti, setahun tu tak lama. Anas nanti akan melangkah lebih jauh. Akan belajar berpisah dengan ummi, abi dan adik-adik. Akan bawa diri, jadi lebih berdikari.


Semoga Allah sentiasa bersamamu anakku. Menjaga dan melindungimu sentiap masa. Mengingatkanmu akan siapa dirimu. Dari mana asal usulmu. Moga kau takkan lupa. Walau di mana bumi kan kau berpijak. 


Yang pasti, ummi dan abi akan sentiasa merestui dan mendoakanmu. Akan sentiasa menyayangimu. 

Sunday, 11 February 2024 0 comments By: Naemah

CAMERON HIGHLAND: PERSINGGAHAN BALIK KAMPUNG


Catatan kenang-kenangan, percutian singkat (2 hari 1 malam) di Cameron Highland.


Anak-anak bercuti sekolah lebih awal (Mussaab awal 2 hari, Anas dan Miqdad awal sehari). Manakala Suri, terpaksa ambil cuti panjang untuk balik ke kampung (sebab sekolah Suri tak cuti). On the way balik kampung, singgah makan angin di Cameron Highland. Sekejap cuma, mungkin percutian terakhir sebelum ummi melahirkan si kecil ini.


Pada 7/2/2024, bertolak meninggalkan rumah sekitar jam 6 pagi. Singgah solat subuh di masjid Saujana Impian, Kajang dan meneruskan perjalanan. Singgah breakfast di R&R Rawang, singgah sekali lagi di kedai Eco Tapah dan terus naik ke Cameron Highland. Tempat pertama yang dituju ialah KHM Strawberry and Jam di Kampung Sedia, Cameron Highland untuk menikmati makan tengahari (sekitar jam 1 tengahari). Kat sini menikmati strawberry coklat, teh dan kopi strawberry, mi goreng, char kuew teow, dan nasi lemak. Alhamdulillah makan dengan berselera semua.


Lepas makan, menuju pula ke Animal Feeding Rainbow Garden atas permintaan anak-anak untuk melihat haiwan di sini. Lebih kurang 1 jam spend masa kat sini. Anak-anak seronok dapat sentuh dan bagi haiwan makan. Kat sini terdapat haiwan ternakan yang jinak seperti arnab, hamster, burung, ayam, alpaka, dan kambing. Di samping itu ada juga mesin permainan (menggunakan koin) di bahagian luar. Kat sini juga anak-anak bermain sepuasnya. Sebelum check in homestay, singgah sebentar di Taman Pertabalan (taman rekreasi dan permainan) untuk lepaskan anak-anak bermain. Tak lupa juga singgah di pasar membeli sedikit jagung dan ubi keledek.


Lebih kurang jam 4.30 petang, check in homestay (Barrington Square, Golden Hills, Brinchang), solat dan berehat sebentar. Anak-anak menikmati jagung rebus yang dimasak abi.


Masa untuk makan malam, menuju ke Restoren Nur Kasih Raihan. Kat sini anak-anak menikmati nasi goreng USA dan nasi goreng cili padi. Alhamdulillah, rasanya sedap dan tak mengecewakan. Semua makan habis dan kekenyangan sekali lagi. Singgah di Masjid Kayangan, Brinchang, di sini abi dan anak-anak lelaki menunaikan solat jamak qasar Maghrib dan Isyak. Untuk makan malam ummi pula (sebab tadi tak makan lagi), abi belikan nasi arab di kedai berdekatan dengan homestay.


Waktu malam stay kat homestay je. Habiskan masa dengan main game dan menonton tv. Jam 10 malam semua dah tidur. Alhamdulillah nyaman menikmati kesejukan di tanah tinggi Cameron. Rasa lapang dan tenang, dapat keluar sebentar dari rutin yang memenatkan. 


Hari kedua (8/2/2024), abi menunaikan solat Subuh di masjid dan ambil kesempatan mendengar kuliah subuh. Balik homestay, singgah beli nasi lemak untuk breakfast sekeluarga. Santai-santai saja pagi ini, tak berhajat untuk singgah banyak tempat. Hanya ingin menikmati nyaman dan sejuknya suasana di sini, sebelum balik ke kampung.


Jam 11 pagi, check out dari homestay dan menuju ke destinasi pertama pagi ini sebagaimana dirancang, iaitu Big Red Strawberry Farm. Kat sini makan lagi; scones, churros, strawberry, nasi lemak, kopi strawberry dan teh, dan fire crackers. Kat sini juga ada permainan untuk hiburan anak-anak. Main dulu kat sini sehingga puas. Dah tak berhajat nak singgah di mana-mana lagi memandangkan sudah tengahari.


Jam 12.30 meninggalkan Big Red Strawberry Farm dan menuju pulang ke Jeli. Hanya singgah membeli jagung untuk dibawa pulang. Singgah di Masjid Lojing untuk solat dan berehat (sambil makan-makan). Dah puas rehat, sambung perjalanan pulang. 


Alhamdulillah perjalanan hari ini lancar. Jam 7.30 malam sampai di rumah mek. 


Syukur pada Allah atas nikmat dan kurniaNya. Dapat sekali lagi mencipta kenangan manis bersama keluarga tercinta. Tak lupa, terima kasih suami tercinta yang merancang percutian keluarga. Biar sekejap cuma, ia tetap bermakna. Mungkin tiada lagi percutian jauh sehingga bersalin. Kita manfaatkan masa di kampung pula. Semoga Allah permudahkan segalanya. Ameen. 



Gambar kenang-kenangan

(Tak ikut turutan masa)