Thursday, 12 August 2021 By: Naemah

SAHABAT YANG DATANG DAN PERGI




Sejak kecil sehingga kini, boleh dikira dengan jari sahabat yang aku punya. Ya, tak ramai. Tapi syukur ditemukan yang baik-baik saja. 


Jelas, kerana perwatakanku yang sangat pendiam. Ya, sangat! 


Sahabat sekolah rendah; Norma, Hasmiza, Wan Norizan, Azliza, mereka teman bermain dan berseronok di waktu kecil ku. Tapi kini dah loss contact semuanya. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri, bahagia hendaknya kalian. 


Sahabat di MMP; Azah dan Fatin adalah yang paling akrab. Sering outing sama-sama (tapi aku seorang je yang duduk asrama). Seorang lagi, Nik Siti Fatimah, kawan sekolah rendah, tapi rapat bila sama-sama masuk MMP. Juga kini dah tak berhubung lagi. Sesekali update mereka muncul di social media. Moga kalian juga sedang hidup bahagia di samping yang tercinta.


Sahabat di SMAS; Rabiatul Adawiah, Sabariah, dan Nurul Zaini, mereka bertiga kemudiannya bersama aku sambung pengajian di UIA. Mereka teman yang sangat baik dan menyenangkan. Di samping sahabat yang lain; Nurul Hidayat, Wan Asma’, Norizan, dan beberapa yang lain, yang kurang rapat, tapi mereka semua baik. Juga kini dah tak berhubung. Ada juga sesekali bersapa di fb, dan whatsapp. Hanya sekadar itu. Semuanya juga dah ada kerjaya dan kehidupan sendiri. Moga kalian juga bahagia dan hidup dengan baik.


Sahabat di UIA; Fatimah AzZahra, Hafizah, Jamilah, Fairuz, Ahsanul Hayati (dah jadi adik ipar aku dah), Siti Salini, Shamsiah, dan hingga yang lain-lain yang kurang rapat tapi baik meyantuni seorang kawan sepertiku, aku tak lupa. Juga sudah tidak saling berhubung, hanya sesekali ‘sembang’ di dalam group whatsapp (group roomate dulu). Masing-masing sibuk dengan kerjaya dan rumahtangga. Alhamdulillah, aku doakan mereka juga diberikan kehidupan yang baik dan bahagia.


Sebaik berumahtangga, aku dah tak punya sahabat baru. Hidup bersama suami dan anak-anak, sesekali bertegur sapa dengan jiran, yang tak terlalu rapat. 


Semakin tahun hidupku juga semakin sibuk dengan hal rumahtangga. Tiada sahabat dekat yang sering dan kerap berhubung. Masuk alam rumahtangga, suami dan anak-anak adalah kehidupanku semata. Pahit perit, suka duka hanya bersama mereka. Tak terluah pada sesiapa. Tak pernah berkongsi cerita. Pendek kata, dah tak punya sahabat baik, tempat meluah segala rasa dan cerita. 


Beginilah aku. Aku yang tak punya banyak kenalan seperti orang lain. Dari dulu lagi, pada kebanyakan masa aku lebih banyak bersendiri. Sahabat yang datang menghulur tangan dan sudi berkawan, itulah yang aku anggap sahabat dan kekal dalam ingatan meskipun kini dah tak berhubung lagi. Ya, masing-masing sibuk dengan live sendiri. Sahabat datang dan pergi, namun kenangan kekal selamanya. 


Terima kasih sahabat yang pernah hadir dalam hidupku. Yang dulu banyak menceriakan hari-hariku. Adakalanya rindu datang menyapa, pada gelak tawa yang dulu. 


Moga kalian bahagia. Moga kita semua bahagia. Moga ikhlas dalam persahabat kan menyatukan kita lagi di sini dan di sana. Insya Allah. 

0 comments:

Post a Comment