Wednesday 8 May 2019 By: Naemah

RAMADHAN 1440H: PUASA PERTAMA ANAS

Alhamdulillah. Bertemu Ramadhan sekali lagi. Kali ini dalam keadaan berbadan dua, di samping menguruskan 3 lagi anak yang kian membesar. Makin mencabar,  namun insya Allah masih di dalam kemampuan diri :)

Alhamdulillah, Anas juga sudah mula berpuasa tahun ini. Ya, tahun pertama Anas cuba berpuasa. Sudah masuk hari ke-3 Ramadan. Alhamdulillah, Anas berjaya menyempurnakan puasa pada 3 hari pertama ini. 

Hari pertama, biasalah banyak drama sikit. Baru nak try puasa kan :) ummi pun lesu semacam je pada hari pertama. Anas apatah lagi. Ummi dan abi hanya mampu memujuk sajalah, agar Anas terus kuat dan bertahan. Alhamdulillah, Anas kuat dan berjaya bertahan. 

Masuk hari kedua dan ketiga, Anas lebih cergas dan kurang merungut. Sudah boleh biasakan diri dengan lapar dan dahaga di bulan puasa. Lagipun dah kembali bersekolah, tengok kawan-kawan pun berpuasa, lagi semangat nak teruskan puasanya :)

Hopefully esok, dan hari-hari seterusnya Anas akan lebih bersemangat untuk teruskan puasanya. Insya Allah.

Walaupun ini tahun pertama Anas, insya Allah Anas mampu. Rakan sebaya Anas yang lain mungkin dah mula berpuasa pada usia yang lebih muda, dan mungkin tahun ni mereka pun dah rasa ‘biasa’ berpuasa di bulan Ramadhan. Tak mengapalah, di tahun pertama Anas juga Anas akan tetap mampu dan semakin boleh membiasakan diri dengan Ibadah yang satu ini.

Ummi pun tak target untuk Anas cukupkan sebulan puasa pada tahun ini. Namun jika Anas boleh, syukur ummi panjatkan kepada Allah. Ummi mahu Anas mencuba, belajar, dan memahami erti puasa. Insya Allah lama-kelamaan puasa itu bukan hal yang sukar untuk Anas. 

Untuk adik-adik Anas juga, insya Allah nanti akan belajar berpuasa juga. Mussaab berjaya puasa separuh hari pada hari kedua puasa. Itupun satu ‘kejayaan’ untuk Mussaab. Katanya nanti nak puasa lagi :) ummi Iyakan saja. Pada ummi, belum usianya lagi untuk Mussaab berpuasa. Tapi jika Mussaab nak cuba, apa salahnya :)

Masih berbaki 27 hari Ramadhan. Semoga akan dapat diteruskan dengan baik, diberi kesihatan dan kekuatan olehNya, insya Allah :)



Iftar hari ke-3 (tanpa abi)

Menu: nasi lemak dan ayam kfc 

Alhamdulillah

:)

0 comments:

Post a Comment