Tuesday, 17 May 2016 0 comments By: Naemah

UNPLANNED VACATION: TAMBUN-CAMERON HIGHLAND

Sebuah perjalanan yang panjang...

12/05/16
Alkisah kami sekeluarga bercadang untuk pulang ke kampung seperti biasa. Menghabiskan cuti suami yang masih panjang.


Suami menempah hotel di Lost World og Tambun tanpa memaklumkan padaku. Kami bertolak dari rumah jam 11 pagi dan tiba di Tambun jam 3 petang, selepas berhenti makan dan solat. Pertama kali kami menjejakkan kaki di situ.

Selesai check in hotel dan rehat sebentar di bilik, suamiku membawa anak anakku mandi di kolam. Aku yang kepenatan hanya menunggu di bilik. Rugi jugak rasanya, tak dapat sertai mereka. Tak dapat nak tangkap gambar anak anakku yang pastinya seronok bermain air.

Jam 6.30, suami dan anak anak balik ke hotel. Masing masing bercerita keriangan. Selepas solat maghrib, kami keluar ke Ipoh untuk dinner. Survey kedai yang menarik, dan akhirnya kami singgah di restoren nasi lemak ayam kampung. Kami 4 beranak kenyang makan nasi goreng dan sotong goreng tepung. Terus pulang ke rumah memandangkan masing masing sudah penat dan mengantuk. Balik ke hotel, dan tidur.....


hanya gambar ini yang sempat dirakam





13/05/16
Check out hotel jam 9pagi. Hajat mahu terus pulang ke kampung bertemu orang tua. Hingga sampai ke Kuala Kangsar untuk breakfast, mak mertuaku call dan mengajak kami ke Cameron Highland. Mak dan adik iparku sekeluarga sudah di dalam perjalanan. Kami selesaikan breakfast, dan kembali ke Ipoh dan seterusnya menuju ke Cameron Highland, tanpa dirancang.


Sempat suamiku menunaikan solat Jumaat di Masjid Brinchang, Cameron Highland. Selepas itu kami ke kedai berdekatan 'time tunnel' yang biasa kami singgah untuk menikmati minum kopi strawberry sementara menunggu mak dan adik iparku sampai. Kami memesan kopi dan roti bakar. Juga membeli jagung, strawberry coklat dan ubi rebus. Enak menikmatinya di dalam cuaca sejuk dan hujan.

Selepas itu kami ke homestay yang telah ditempah oleh adik iparku. Homestay yang terletak di tanah rata, berdekatan dengan Heritage Hotel. Oleh kerana kami yang sampai dulu, maka kami yang perlu mengambil kunci daripada tuan rumah tersebut. Apartment 3 bilik yang agak luas dan selesa. Rm230 untuk satu malam. Cukup untuk kami semua berkumpul dan berteduh.

Adik iparku Azim dan keluarganya sampai kemudian. Selepas itu mak dan adik iparku Nur. Kami berbual seketika. Menanti seorang lagi adik iparku Asma bersama suami dan anaknya yang bakal menyusul.

Selepas azan asar, keluargaku dan keluarga Azim beserta 3 anak saudara (anak abang dan kakak) keluar menuju ke Big Red Strawberry Farm yang terletak di Brinchang. Mak dan Nur tidak ikut serta kerana ingin berehat. Kami menaiki kereta suamiku.

Menikmati strawberry coklat, scones, teh dan smoothies di Big Red Strawberry Farm pula sambil menikmati keindahan di situ. Sempat bergambar bersama. Anak anak juga riang bermain dan berlari bersama sepupu yang ramai.

Selepas itu kami ke pasar malam Brinchang dan ke pasaraya jimat untuk membeli makanan dan keperluan. Sudah Maghrib, Asma juga sudah sampai. Kami sama sama menuju ke homestay.

Malam itu, kami makan stemaboat di homestay saja. Homade stemaboat, sedap juga. Malam itu tak ke mana mana kerana masing masing sudah kepenatan dan tidur awal.

























































14/05/16
Hari kedua kami di Cameron Highland. Puas dapat tidur malam tadi. Penat juga sudah hilang. Masing masing bertenaga semula.


Jam 7 pagi, semua orang kecuali aku dan anakku Mussaab dan juga anak saudara Aqila, menuju ke Taman berhampiran Taman Agrotek Mardi untuk menikmati udara pagi. Anas juga pergi bersama abinya. Aku menunggu Mussaab yang masih lena, dan memasak makaroni goreng di rumah. Masak sekadarnya.

Mereka pulang lebih kurang pukul 8.30 pagi. Menikmati breakfast nasi lemak sambal strawberry abang dan makaroni goreng. Alhamdulillah kenyang. Bersiap dan berkemas untuk meninggalkan rumah.

Kami keluar pukul 10 pagi. Siap membawa semua barang kepunyaan kerana akan terus pulang ke rumah. Kami singgah membeli jagung dan sayuran di pasar. Selepas itu ke ladang teh boh pula sebagai destinasi terakhir kami. Pertama kali keluargaku ke sini. Agak lama kami berada di sini. Menikmati pemandangan yang cantik, mnghirup teh dan menjamu kek di cafe, juga melawat kilang teh di situ.

Kami akhirnya meninggalkan tanah Cameron Highland sekitar jam 1 petang. Berhenti solat jamak zohor dan asar di masjid Lojing. Berpisah dengan mak dan adik adik ipar semuanya menuju ke destinasi masing masing. Kami menuju ke Jeli, Nur ke Gua Musang, Azim, Asma dan mak ke Kota Bharu.

Kami tiba di Jeli jam 6 petang. Singgah makan di kedai makan berdekatan stesyen petronas Jeli, seterusnya pulang rumah ibuku. Alhamdulillah, selamat sampai akhirnya. Penat dan puas hati. Dapat bersama keluarga walaupun bukan semuanya dapat berkumpul bersama. Maklum saja, suamiku mempunyai 10 adik beradik. Sukar untuk bersama semuanya. Last sekali berkumpul, masa kenduri adik iparku Asma pada bulan 6 tahun lepas. Entah bila lagi dapat berkumpul semua. Pastinya mak yang paling happy dan bahagia :)


Setakat ini saja coretan kisah percutian kami yang tidak dirancang. Alhamdulillah dipermudahkan segalanya buat kami. Masing masing happy, terutamanya anak anakku dan sepupu sepupunya. Percutian ini menjadi hiburan buat mereka, dan kenangan manis buat kami semua. Alhamdulillah :)






























Monday, 16 May 2016 0 comments By: Naemah

UPDATE HAFAZAN ANAS 2016

MAY 2016: ANAS 4 TAHUN 4 BULAN

Sudah sangat lama tak update tentang hafazan Anas yang telah dimulakan pada bulan Mac 2015. Alasan biasa, banyak kekangan demi kekangan yang menghalang diri untuk menulis tentang hafazannya.

the latest update: UPDATE HAFAZAN ANAS

Target utama ialah nak pastikan Anas sempurnakan hafazan juzuk amma (36 surah) pada Disember 2015.

Tetapi apakan daya, target tak mampu dicapai. Akhirnya, sehingga surah al Ghasyiah saja. Atas banyak sebab dan alasan :) Namun tetap bersyukur walau sehingga tahap itu.

Fokus pada hafazan terhenti sehingga bulan November 2015. Kenapa??

Antara sebabnya, ketika itu aku sedang mengandung ditambah pula dengan kandungan yang bermasalah dan membawa kepada keguguran. Ketika itu, hafazan Anas tak dipedulikan sangat. Tambahan pula sibuk dengan urusan mengemas rumah dan seterusnya berpindah rumah. Kesibukan membuatkan fokus pada pengajian anak juga lari. Faham faham sajalah bila sudah berhenti, terus tertangguh dan tertangguh.

Bulan Februari, aku ditakdirkan mengandung lagi. Kali ini mengalami alahan yang agak teruk, perlukan banyak rehat dan hampir tiada masa nak fikirkan tentang hafazan si anak. Masuk trimester kedua (April) barulah keadaanku semakin baik dan cergas. Masa ni baru nak kembali fokus pada hafazan Anas yang dah lama tertangguh. Bukan itu saja, hafazan yang dulu juga dah lama tak diperdengarkan semula. Akibatnya, banyak yang dia tertukar dan tak lancar. Sangat menyedihkan :(

Tetapi... Ia tak akan dibiarkan begitu saja. Hafazan lama perlu ditasmik semula. Hafazan baru perlu diteruskan.

Cabaran..dah tentu ada cabarannya. Kerana dah lama tak menghafaz, dan tak ditasmik, semangatnya untuk menghafaz juga tak seperti dulu. Sering memberi alasan bila diminta membaca surah. Maklumlah, dah besar dah :)

Tambahan pula di akhir akhir juzuk amma, surahnya makin panjang, terasa makin sukar untuk menghafaz.

Dan aku juga sedar, aku tak boleh memaksa si anak. Aku perlu mengikut rentaknya.
Hari ini, hafazan tidak aku tekankan sangat. Maksudnya, tidak memaksa atau meminta dia membaca jika dia tidak mahu.

Hari ini, aku pastikan bacaan juzuk amma diperdengarkan kepadanya setiap hari. Berulang ulang, ketika dia bermain, belajar, melukis dan ketika mahu tidur. Aku mahu dia mendengar dan mendengar, dan aku yakin hafazan akan menjadi lebih mudah untuknya. Di samping refresh surah lama, tanpa sedar surah baru juga akan lekat di ingatannya. Insya Allah. Buat masa ini, mungkin cara begini yang terbaik.

Di samping itu, aku akan membaca surah bersamanya pada setiap kali lepas waktu maghrib. Baca dengan melihat mashaf al Quran. Bermula dari surah yang terakhir (an naba'), beberapa ayat sahaja. Baca bersama, sehingga dia juga lancar, kemudian berpindah ke ayat ayat seterusnya. Alhamdulillah kini sedang membaca surah an nazi'at. Di samping membantu hafazan, dapat juga membiasakan diri membaca al Quran bermashaf, bukan sekadar di mulut.

Sesekali, jika berkesempatan aku akan cuba tasmik surah yang lama. Cuba juga, walaupun bukan selalu. Niat hati ingin dia membaca dengan selesa dan seronok, bukan dipaksa paksa. Aku juga, minta di saat aku rasa tenang mendengar dan menegur setiap kesalahan. Bukan dengan marah marah apabila dia tersilap.

 Ya, belajar dari kesilapan yang lepas, ummi juga tersilap. Hanya harapkan kesempurnaan dari si anak yang masih kecil.

Begitulah cerita Anas dan hafazannya. Masih belum mencapai target, namun akan tetap cuba yang terbaik. Pernah seseorang menyatakan, untuk seseorang itu menjadi ahli al Quran atau Hafiz al Quran, itu adalah urusan Allah. Allah yang memilihnya, bukan kita sebagai ibu bapa yang membuat keputusan ke atasnya apalagi memaksanya. Ada yang bergelar Hafiz ketika masih kecil, ada pula yang sudah meningkat dewasa, juga apabila dia sudah tua. Itu semua urusan Allah.

Sebagai ibubapa, apa yang perlu kita lakukan?? Ya, teruskan usaha mendekatkan anak anak dengan al Quran. Biasakan mereka dengan al Quran, mendengar dan mengajar. Malahan al Quran bukan sekadar dibaca, tapi juga diamalkan. Itu yang paling utama.

Aku menginsafi diri. Aku punya cita cita besar ingin anak anak hafaz al Quran. Namun banyak kekurangan diri dan sering pula tersilap cara. Semoga aku dapat memperbaiki diri, dan terus berusaha mendekatkan anak anak dengan AlQuran, baik dari kepada bacaan, hafazan dan amalan. Insya Allah.

Sama samalah kita...
Tuesday, 10 May 2016 1 comments By: Naemah

MELATIH ANAK MEMBACA


Anak anak kecil seusia Anas bukanlah masanya yang sesuai untuk dipaksa duduk belajar membaca atau menulis. Lagi dipaksa, lagi tak seronok dia nak belajar. Jadi, tak mengapalah kalau anak lebih suka bermain, atau asyik nak main je kerjanya :) Tak perlu risau dan tak perlu bandingkan anak kita dengana nak orang lain.

Tapi...kalau kena caranya, ada anak anak yang boleh membaca meskipun tanpa paksaan dari ibubapa.

Alhamdulillah ditakdirkan Anas boleh membaca (english) di usianya 4 tahun. Selepas melalui proses yang agak panjang, dan tanpa sedar pun sebenarnya :) Kemampuan membacanya masih di tahap beginner. Boleh membaca...tapi hanya words yang simple.

Ya, dia boleh membaca, tapi tidaklah sehingga membaca story books, atau newspaper, atau text books, atau magazines atau yang sewaktu dengannya. Dia boleh membaca, tapi sekadar buku buku bergambar yang ada caption pendek di bawahnya, tajuk tajuk buku atau cerita, sign board tertentu, dan seumpamanya. Means, the simple sentence with the simple words. Oklah tu kan..

Bila dia boleh membaca, meskipun merangkak, dia malah lebih berminat pada buku, dan lebih fokus pada bahan bacaannya. Insya Allah.

Sedikit perkongsian bagaimana Anas berlatih untuk membaca:


1) Kenalkan pada alphabets dan bunyi phonic nya. 
Sudah semestinya, untuk pandai membaca perlu mengenal ABC dulu. Kebanyakan ibubapa tentunya dah berjaya kenalkan anak anak mereka dengan ABC. Dari mereka bayi lagi, tentu kita dah selalu nyanyi dan tunjukkan huruf huruf tersebut. Jangan sekadar sebut, tapi kenalkan sekali pada hurufnya dan pada bunyinya. Budak budak akan cepat ingat. Insya Allah

image:google





2) video (education)
Video adalah antara alat yang dapat membantu anak anak kita belajar.
Dalam YouTube terlalu banyak video yang boleh kita download. Beratus hingga beribu. Kena rajin spend masa sikit untuk mencari dan mendownload. Tak cukup satu atau dua video, kerana anak anak akan cepat bosan. Cuba tukar tukar untuk kembalikan fokus mereka. Contoh video educational; dream english, super simple english, mother goose club, dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga cd education yang dijual di pasaran. Antara yang menjadi kesukaan Anas ialah Umizoomi team, Elmo dan Zaky and friends. 

image:google




3) Manfaatkan ipad dan handphone
Terdapat banyak aplikasi pendidikan yang boleh kita install ke dalam handphone dan ipad. Pastikan yang betul betul dapat membantu proses belajar anak anak. Segala games dan hiburan yang tak bermanfaat, lupakan saja. Kalaupun anak asyik dengan hp/ipad, biarlah yang dilekakan itu adalah baik dan bermanfaat untuk dia. Contoh aplikasi: Agnitus, Fun English, Read Me, Reader dll.


gambar:google


gambar:google






4) Subtitle itu penting. 
Tak kira video berbentuk lagu, short movies atau conversation, dan sebagainya, adalah lebih baik jika ia disertakan bersama subtitle di bawahnya. Sambil mendengar, anak anak akan dapat tangkap sebutan bersama ejaannya. Jadi proses membaca akan lebih cepat.

image:google





5) Games
 Banyak games yang boleh kita main bersama anak anak dalam masa yang sama, anak boleh belajar secara tak langsung. Boleh main teka bunyi, main sambung huruf bersama sebutan yang betul, dan banyak lagi. Boleh goggle :)

image:google

Antara yang pernah Anas main. Main macam flash card. Biar dia sebut setiap word, secepat mungkin.




6) Ambil kesempatan di saat rasa ingin tahunya.
Kebiasaannya anak anak banyak pertanyaan. Ia bermula dengan soalan apa/what?? Dari terus menjawab, terlebih dahulu kita minta dia meneka dan cuba mengeja sendiri jika ada perkataannya. Dia yang punya keinginan untuk tahu, akan cuba sedaya upayanya meskipun salah. Tugas kita, perbetulkan. Insya Allah dapat membantu proses membacanya.

gambar hiasan :)





7) Melabur pada buku.
Banyak buku yang menarik dan berwarna warni yang terdapat di pasaran khas untuk si kecil. Terdapat juga buku khas untuk melatih kanak kanak belajar membaca. Pada permulaannya, anak anak akan sekadar membelek, dan kita pula perlu rajin membacakan buku untuknya. Kemudian anak anak akan mula bertanya, dan bila dirangsang lagi akan mula merangkak membaca. Pada permulaannya mungkin fokusnya pada buku hanya seminit dua, lama kelamaan, terutamanya bila dah boleh membaca fokusnya akan menjadi lebih lama.

gambar:google






8) Berulangkali lebih baik.
Kerana proses belajar itu bukan hanya sehari dua. Nak pandai, kena selalu ulang. Begitu juga bila dah boleh merangkak membaca, kena latih dan latih lagi hingga bacaannya semakin lancar. Anas juga suatu ketika dulu bukanlah rajin sangat praktis. Perlahan lahan ajak dia membaca, itupun kalau dia nak. Tapi bila dia dah semakin boleh membaca, dia akan sendiri mencuba tanpa disuruh.

gambar:google




Itulah antara tips dan perkongsian. Pada mulanya tiada target yang diletakkan pada umur berapa anak perlu pandai membaca. Sekadar mendedahkan mereka dengan bahan bacaan dan buku buku yang menarik. Di samping gigih mendownload video yang menarik yang terdapat di youtube.  Minat itu datang darinya sendiri tanpa ada paksaan. Tak sangka pula lama kelamaan dia mula bertatih membaca.

Tapi setiap anak tak sama kan. Adiknya Mussaab tak tahu lagi bagaimana.