Saturday, 19 October 2019 0 comments By: Naemah

DIARI ANAKKU: 191019




Hari Sabtu, hari kedua abi di Bintulu. Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri bangun pagi hampir serentak. Serentak ‘menghidupkan’ hari baru :)


Siap mandi dan berpakaian, terus turun ke bawah. Hari ni beli breakfast di luar. Ummi bawa semua ke gerai jual nasi lemak yang tak jauh dari rumah. Siap beli nasi lemak, pusing taman Seksyen 6 sekejap, barulah balik ke rumah dan breakfast sama-sama. Ummi makan sambil meriba Suri yang dah ‘puas’ duduk dalam carseat tadi.


Lepas breakfast menonton tv dan main iPad sekejap. Lepas tu sekitar jam 9.30 pagi, buat aktiviti ‘berkenalan dengan daun’ yang ada kat luar rumah tu. Anas ambil 5 jenis daun, dan Mussaab 5 jenis. Kenal rupa, bau dan namanya, tampal pada kertas dan tulis nama daun setiap satunya. Aktiviti simple, lama ummi tak plan aktiviti dengan anak-anak. Tak sempat... Miqdad sibuk melukis di kertas. Suri pula, sempat tidur sekejap, lepas tu bangun dan menangis, sambil memangku dia, sambil buat aktiviti lah jawabnya.


Dah siap aktiviti, naik ke atas. Semua minta nak mandi kolam. Ummi benarkan mandi, apalagi seronok dan riuh la suasana di balkoni. Risau juga mengganggu jiran yang nak berehat. Agak lama main air semuanya. Suri juga sempat tidur sekejap. Jam 11 turun semula ke bawah. Ummi masakkan nasi ayam. Suri asyik merengek. Anas tolong jagakan Suri sampai ummi siap masak. Alhamdulillah Anas pun dah boleh diharap untuk mengasuh adik. Boleh la ummi nak masak, mandi dan solat sekejap.


Jam 12.30 makan tengahari. Lepas tu menonton video dan iPad lagi. Solat zohor, dan ummi tidurkan Suri di bilik. Jam 2 petang, sekali lagi minta nak mandi kolam. Tak puas-puas. Ummi benarkan mandi dan minta jangan bising sangat, tapi sekejap jelah... kembali riuh rendah suasana dengan suara mereka.


Jam 3, ummi masakkan roti sosej. Bawa naik ke atas. Rehat sekejap main air dan makan. Lepas tu sambung balik. Suri yang tadi tidur juga dah bangun, join abang-abang di luar. 


Jam 5 barulah semua tinggalkan kolam. Solat  asar dan turun ke bawah. Ummi buka video omar dan Hana. Ummi sediakan makan malam, tapi semua dah kenyang katanya. Seorang pun tak makan. Ummi bawa Suri ambil angin di luar, abang-abang masih melekat depan tv.


Jam 6 naik ke atas. Ummi mandikan Suri, dan ajar Anas dan Mussaab mengaji dan praktis reading. Lepas tu solat Maghrib dan siapkan tempat tidur. Semuanya sudah penat dan mengantuk. Main air banyak sangat kan. Pukul 8 dah lena semuanya. Alhamdulillah.


Malam masih panjang. Ummi perlu settlekan banyak kerja lagi sebelum tidur. semoga dipermudahkan.


Alhamdulillah untuk hari ini. Alhamdulillah atas keriangan dan kesihatan anak-anak ummi. Alhamdulillah diberi keupayaan pada ummi untuk menguruskan semua.


Semoga bermimpi indah semua. Semoga esok menjanjikan yang lebih baik untuk Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri. Juga untuk kita semua. Semoga dipermudahkan urusan abi mencari rezeki. Moga bersatu kita selamanya di dalam rahmat Allah.

 آمين


Hari ini;















Sunday, 13 October 2019 0 comments By: Naemah

SELAMAT HARI LAHIR MIQDAD


Throwback (13/10/16)




13.10.19

Selamat hari lahir Miqdad :)


Alhamdulillah, genap sudah usia Miqdad 3 tahun. Sudah besar anak ummi. Syukur, Miqdad membesar sihat, cerdas dan ceria bersama abang-abang dan adik yang baru dilahirkan (Suri dilahirkan ketika Miqdad berusia 2 tahun 10 bulan)


Seiring meningkatnya usia, semakin banyak juga yang Miqdad belajar. Kini dah ‘sekaki’ dengan Anas dan Mussaab. Main sama-sama, belajar sama-sama (berkawan dan bergasak pun sama-sama juga).


Jika sebelum ini hanya tinggal Miqdad dengan ummi saja ketika abang-abang ke sekolah, kini tak lagi. Adik Suri dah jadi teman Miqdad saban hari, tiap masa. Tapi yelah, Suri masih kecil, tak dapat nak main sama-sama dengan Miqdad lagi. Dan ummi pun lebih banyak tumpukan perhatian pada Suri, Miqdad jangan rasa terpinggir dan tersisih ya! Bukan ummi tak sayang, cuma adik perlu lebih perhatian. Dia kan baby :)


Miqdad dah pandai ‘melukis’, baru pandai pegang pensel dengan betul, sebab hari-hari dok teman Angah melukis dan buat aktiviti. Miqdad pun dah jadi ‘hantu’ kertas. Kalau dulu obses dengan dinosaur (hari-hari request nak tengok video dinosaur) sekarang dah kurang sikit. Dah jarang usik toys dan buku dinosaur :) tapi sekarang (sebab kawan dengan angah dan along), dah tumpang minat menonton video ejen Ali, boboiboy dan Minecraft.


Ummi doakan Miqdad membesar dengan sihat, dilapangkan hati, dipermudahkan setiap urusan, ditunjukkan jalan yang benar, dan semoga Miqdad jadi hamba Allah yang taat, yang sentiasa berpegang teguh pada taliNya.

Moga syurga tempat kembalimu, nak.... berkumpul bersama ummi, abi, adik beradik, keluarga dan para mukmin yang bertaqwa. آمين


Selamat hari lahir, Miqdad. Ummi sayang Miqdad. Sayang sangat-sangat!




Ilham Miqdad 

(13/10/19)


Hari ini bangun pagi seperti biasa. Macam biasa, ummi yang pertama ucapkan selamat hari lahir (sudah tentu ummi yang paling ingat tarikh penting ni). Tak ada apa yang istimewa sangat, abi pun kurang sihat, kita sekeluarga jalani kehidupan seperti biasa. Tapi sempat abi belikan 2 slices kek (kek birthday lah kiranya) dan hari ni Miqdad habiskan masa bermain dengan Anas dan Mussaab dari pagi sampai ke malam (Hari Ahad tak ke mana-mana)



12/10/19

Dah berjalan makan angin di Pantai Pengkalan Balak




1/10/19

Dah terima hadiah birthday in advanced. Alhamdulillah. 


SURI MAKAN ANGIN DI PANTAI

Hari Sabtu (12/10/19), ke Melaka untuk kesekian kali. Ini ‘jalan-jalan’ pertama Suri :) abi bawa ke Pantai Pengkalan Balak, pantai yang sering dituju. Maklumlah dah lama tak berjalan, sejak ummi lahirkan Suri. Sudah hampir 2 bulan usia Suri. Hari ni berkesempatan ke Melaka. Cuti weekend saja, tak boleh nak pergi jauh. Cari pantai yang terdekat jelah :)


Bertolak dari rumah sekitar jam 8 pagi. Sebelum tu singgah breakfast nasi lemak di gerai kat tepi jalan besar tu, kemudian teruskan perjalanan sampai ke Pantai Pengkalan Balak. Bawa juga pakaian spare, kotlah nak bermalam kat sana. 


Tiba di pantai sekitar jam 9.30 pagi. Apalagi, seronok semua mandi laut. Pengunjung dah makin ramai, hari juga dah makin panas. Namun semua tak hirau. Yang penting seronok dapat main di pantai. Tinggal Suri dengan ummi jelah, berteman di bawah pokok yang redup. Alhamdulillah, Suri baik-baik  dan tenang saja, menikmati angin sepoi di tepian pantai. Dalam perjalanan tadi dah tidur banyak, di pantai segar dah matanya. 


Jam 11 pagi, sudah panas terik. Muka masing-masing pun dah dibakar mentari. Lepas diajak berkali-kali, barulah beransur tinggalkan laut semuanya. Abi cuba untuk booking chalet berdekatan, tapi tak ada yang kosong. Akhirnya, ambil keputusan untuk balik rumah saja. Tak bermalam di sini.


Hampir jam 12, sudah kelaparan semuanya. Beli air kelapa, pisang goreng dan keropok goreng untuk mengisi perut. Dalam perjalanan pulang, singgah di R&R untuk solat jamak zohor dan asar, dan singgah sekali lagi untuk menikmati makan tengahari. Burger King jadi pilihan, makan hingga kekenyangan. Alhamdulillah :) teruskan perjalanan balik. Sampai di rumah jam 3.30 petang. Sangat penat rasanya. 


Alhamdulillah untuk musafir hari ini, walau dekat dan sekejap saja. Yang penting anak-anak happy :) 


Sekian catatan ringkas tentang musafir ke Melaka hari ini. Dah lama tak keluar berjalan, Alhamdulillah dapat rasa angin luar hari ni :) dan Suri pun baik saja, tiada masalah. Good girl sangat :D













Saturday, 5 October 2019 0 comments By: Naemah

MUSSAAB DAN MIQDAD BALIK KAMPUNG




Hari ni Mussaab dan Miqdad ikut abi balik kampung. Kali terakhir balik kampung ialah pada cuti raya haji dan balik bersalin hari tu. Dah sebulan setengah pun umur Suri. Belum berpeluang untuk balik kampung lagi. Anas sekolah, abi pula kerja. Memang tak ada kesempatan.


Hari ni jadi juga abi balik kampung, selepas merancang sekian lama. Tapi malangnya, ummi tak dapat balik sekali sebab Anas sekolah. Maknanya terpaksa tinggal ummi bersama Anas dan Suri di rumah. Mussaab dan Miqdad pula ikut balik kampung dengan abi, menjenguk nenek yang kurang sihat.


Ini kali pertama Mussaab dan Miqdad berjauhan dengan ummi. Pernah berpisah, masa ummi kena masuk wad bersalin. Tapi kali ni berpisah jauh. Sikit sebanyak sebak juga ummi menanggung rindu. Anas, Mussaab dan Miqdad juga tak pernah berpisah adik beradik. Inilah kali pertama. 


Anas walau tak cakap, ummi tahu Anas dah mula rindukan adik-adik. Teman bermain, bergaduh, dan mengusik. Setiap hari riuh rendah dengan suara bertiga. Hari ni... sepi :,(


Ketika ummi menulis ni, Mussaab, Miqdad dan abi masih di dalam perjalanan. Belum terima update dari abi sama ada dah sampai atau belum. Ada abi kongsikan ‘live location’ di whatsapp, tapi tak dapat dikesan pula. Mungkin abi off Hp sebab ummi tahu Hp abi cepat habis bateri. Dan selagi ummi belum terima update yang abi, Mussaab dan Miqdad dah sampai rumah nenek, selagi tu la ummi tak dapat nak tidur.


Sudah jam 10 malam. Anas dan Suri sudah lena tidur. Sunyi dan sepi rumah ni. Ummi hanya mampu berdoa dari jauh. Moga Allah jaga abi, Mussaab dan Miqdad. Semoga dipermudahkan musafir, diselamatkan perjalanan hingga sampai ke rumah nenek. Selamat pergi dan selamat kembali juga ke pangkuan ummi, Anas dan Suri yang merindu. 


Semoga Allah menjaga kita. Dan menyatukan kita kembali. Insya Allah. 


~ Ummi rindu pada Mussaab dan Miqdad ~




Sebelum bertolak jam 2.30 pm



Teman ummi