Ya impian seorang insan yg bergelar ibu sepertiku
Mewakili ibu ibu di luar sana...
Yang menyimpan 1001 harapan dari insan bergelar anak..
Aku si ibu yang telah melahirkan dua org cahayamata..
Dua putera juga hero yg menyerikan hidup kami suami isteri
Aku punya harapan dan impian tersendiri sepertimana ibu ibu lain..
Harapan untuk melihat mereka membesar dengan sihat dan cerdas..
Harapan untuk melihat mereka menjadi insan berjaya dan cemerlang...
Aku percaya ibu ibu lain dan ibu ibu kita juga meletakkan harapan yg sama...
Namun ada satu Impian yang lebih besar aku dambakan dari anak2 ku...
Aku mengharapkan mereka menjadi Hamba dan anak yg soleh...
Bagaimanakah yg soleh itu...
Aku mahu mereka menjadi pencinta Allah Dan Rasul mendahului cinta yg selainnya...
Aku mahu mereka mencintai Al Quran dan berakhlak dengan akhlak Al Quran..
Aku mahu mereka menjadi Pemburu akhirat, bukan pencinta duniawi...
Kerana aku percaya hanya semua ini yang akan menjadikan mereka kuat dan tabah..
Yang akan menjadikan mereka terus bertenaga meski pun Lelah..
Aku juga percaya, semua ini akan menjadi sumber kebahagiaan buat anak2ku...
Ibu ibu....tidakkah kalian menyimpan impian yang sama???
Tidakkah kita mahu melihat mereka menjadi calon syurga yg meraih kecintaan Allah?
Sungguh besar harapan ku buat anak2ku...
Takut sekali memikirkan cabaran dunia hari ini...
Banyak perkara dan maksiat yang membawa manusia jauh Dari Jalan Tuhan
Tidakkah ianya menakutkan wahai ibu ibu
Tidakkah ia menggerunkan...
Duhai ibu sekalian....
Didiklah anak anak kita sebaiknya...
Jangan biarkan pesona dunia membawa mereka pergi jauh dari kebenaran...
Sungguh..ilmu agama itu yang paling penting bukan sekadar sampingan...
Agama yang pertama Dan yg utama wahai ibu ibu...
Kenalkan mereka kepada Allah Dan Rasul...
Ajari mereka Al Quran Dan Al hadis Serta pengertiannya....
Mudah2an...Insya Allah...langkah mereka lebih lurus..
Hati mereka terang Dan jernih..dan akhlak Dan bicara mereka lebih indah tersusun...
Wahai ibu ibu sekalian...Apakah impian kita serupa??
Ayuhlah sama sama kita...Didik mereka Dan doakan mereka...
Bukan kah doa seorang ibu itu sangat mustajab...
Aku...aku...aku....
Menyimpan harapan yang menggunung tinggi...
Namun diri ini tetap insan tak sempurna Dan berdosa...
Kalian ibu2 mungkin lebih baik dariku...
Dan aku masih tak Jemu mencuba untuk menjadi ibu yang lebih baik...
Insya Allah...
Ayuhlah bina generasi cerdik pandai yang berteraskan Al Quran Dan Al Sunnah..
Mudah2an jadi Saham until akhirat kita...
JOM!!!