Wednesday, 23 August 2017 0 comments By: Naemah

UMMI PROFAZZ: IDOLAKU




Bukan senang untukku meng'idola'kan seseorang. Meski ramai manusia hebat di luar sana, dan banyak sebab untuk aku kagum pada mereka, namun tidak sehingga menjadikan mereka sebagai idola. 

Idola maknanya kita sangat terinspirasi dengan dia, dan berharap menjadi seperti dia :)

Aku seorang ibu dan isteri, yang sangat mengkagumi seorang ibu dan isteri juga, yang kulihat hebat dalam dunia pendidikan anak-anak. Dia tampil di dalam masyarakat, dengan bukti yang dia telah berjaya hasil dari doa dan usahanya sejak dulu.

Dialah Puan Siti Nadzrah Sheh Omar yang dikenal sebagai ummi profazz. Bukan calang orang, anak-anaknya (5orang-lelaki)  semua hafiz al-quran dan bekerjaya hebat. Jika sekadar bekerjaya hebat, mungkin dah biasa sangat kita mendengarnya. Tapi bila siap dengan pakej hafiz al-quran, hati mana yang tidak kagum? Masya Allah.

Lebih membuatkan aku terinspirasi, ialah kerana dia juga mendidik anak-anak dengan tangan dan usaha sendiri, iaitu dengan memilih untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa meskipun ada kelayakan untuk memiliki kerjaya hebat di luar. 

Baru setahun lebih kurang, aku mengenali wanita hebat ini. Itu pun hanya follow di fb. Banyak update status dari ummi profazz yang mendidik jiwa seorang ibu sepertiku. Banyak yang aku setuju, dan banyak pula apa yang di highlight kan itu, mewakili suara hatiku. 

Ummi profazz dan anak-anaknya juga ada terbitkan beberapa buah buku, namun hanya satu yang baru sempat aku beli. Sudah khatam buku tersebut (Membina Keluarga Profazz 2). Buku yang sangat berbaloi untuk dibaca, padat dengan ilmu dan rujukan. Tak sabar nak dapatkan buku yang lain juga. Tapi masih belum ada kesempatan nak menyinggah kedai buku :) boleh juga beli online, tapi lebih berminat menjejak kaki ke kedai buku. Boleh sambil-sambil cuci mata dan jeling-jeling buku lain juga :D

Itulah, serba sedikit coretan tentang 'idola'. Walaupun pasti tak sehebat ummi profazz, namun akan aku jadikan kisah, cerita dan nasihat darinya sebagai inspirasi untuk bangkit dan terus gagah melangkah, sebagai isteri dan ibu. Yang pastinya bukan terbaik, tetapi ingin menjadi lebih baik :)

Aku juga menyimpan cita-cita, untuk melahirkan anak-anak profazz. Insya Allah. Doakan ya! :)


Monday, 21 August 2017 0 comments By: Naemah

RUMAH TERSUSUN VS RUMAH BERSEPAH

Kalau ditanya, semua orang mahukan rumah kemas, cantik dan tersusun indah. Tapi nak rumah cantik dan kemas, dah tentulah kena rajin, bukan kerja nak lepak dan releks je kan??

Especially mak-mak yang ada anak kecil. Alahai. Susah nak tengok rumah kemas. Lepas kemas sekejap sepah balik. Kemas lagi, sepah lagi. Non stop aktiviti berkemas ,:)

Tapi, mak-mak ni bukan robot. Ada masa penat juga, sebab bukan kerja kat rumah tu nak berkemas je kan. Nak masak lagi, nak jemur kain lagi, nak clearkan sampah sarap lagi, dan macam-macam. 

Sebenarnya paling senang nak diamkan anak, agar tak membuat sepah ialah dengan membiarkan mereka leka dengan tv atau gadjet. Dapat 2 benda tu memang tak ingat dunia dah. Fokus dan asyik sekali. Rumah pun tak bersepah-sepah, sebab anak-anak dah jadi kurang berminat untuk bermain dan explore perkara di sekelilingnya. Nampak tak betapa tv dan gedjet tu dapat memukau perhatian anak-anak kita?

Tapi demi memikirkan kebaikan anak-anak, takkan setiap masa kita nak biarkan mereka asyik menatap skrin? Agak tidak normal bagi seorang kanak-kanak untuk duduk diam tanpa aktiviti fizikal. Kalau tak aktif, bukan budak-budak namanya kan?

adalah lebih baik jika kita hadkan masa menonton dan masa mereka bersama gadjet. Padaku, bukan langsung tak boleh. Kerana teknologi juga, jika betul caranya akan sangat bermanfaat.

Bila mana kita memilih untuk menjauhkan anak-anak dari tv dan gadjet, maka kita perlu bersedia merelakan mereka bebas bergerak, melakukan aktiviti, berimaginasi, selongkar sana sini, dan sebagainya. Atau mungkin kita sediakan ruang untuk mereka berkreativiti. Kalau bolehlah :D

Bila mereka mula 'bekerja', maka kita faham rumah yang kemas akan jadi kelam-kabut. Kadang tak terjangka oleh kita, apa yang mereka ingin lakukan. Mereka sibuk, kita juga sibuk. Akhirnya, pemandangan rumah kita dah jadi pemandangan yang menyakitkan mata. 

Sesekali boleh join mereka membuat aktiviti bersama, alangkah lebih baik. Tetapi kita ada komitmen yang lain juga kan. 

Dalam situasi seperti ini, ibu-ibu memang perlu banyak bersabar dan bertenang. Mungkin ada masanya kita penat, kita rasa tak larat nak kemas dan uruskan semua.

Ya, kalau tak boleh, biarkan dulu. jangan paksa diri melakukannya, nanti buat badan lebih penat dan hati kian panas. Adakala kita hanya perlu membiarkan sahaja. Bila hati kembali tenang, letih pun dah kurang, sama-sama kita ajak anak-anak kita mengemas apa yang mereka sepahkan. Ajakan tak semestinya bersambut positif. Namun, teruskan sabar, dan teruskan memohon kesabaran dariNya. Ini semua hanya di ketika usia kecil mereka. 

Muhasabah ini tak lain, adalah untuk diriku sendiri yang kadang-kadang tak mampu bersabar dengan sikap anak-anak yang aktif dan gemar explorasi sana sini. Ada ketika marah-marah, paksa diri dan mereka berkemas sambil membentak. Allah. Betapa sukar menjaga sabar bila diasak dengan kepenatan dan masa yang tak terkejar.

Kesimpulannya, rumah kemas dan rumah bersepah memberi gambaran yang berbeza, dan bermacam. Namun jika rumah kita bersepah kerana anak-anak sedang aktif mengexplore dunia, maka ibu-ibu perlu banyak bersabar dan bertenang.  Insya Allah satu hari mereka akan mengerti dan tak sepahkan rumah lagi. Dan itu juga tugas kita untuk disiplinkan mereka dan sentiasa ingatkan mereka. 

Insya Allah. Sama-sama kita doakan. 




NASI BERLAUK CARAKU

Bila duduk di negeri orang, rindu nak makan masakan tempat kita. Orang kelantan, dah tentu rindu masakan kelantan :) antaranya ialah nasi berlauk. Dan kerana jarang beli makanan kat luar, maka tak tahu kat mana ada jual. Lagipun susah nak cari yang betul-betul sedap seperti yang dijual di tempat kita.

Kalau dah teringin sangat tu, masaklah kan :) kat sini nak share resepi gulai ikan aya/tongkol untuk nasi berlauk caraku. Senang dan simple sangat.

Selamat mencuba :)






Friday, 18 August 2017 0 comments By: Naemah

MERINDUIMU

18/08/17

Baru pergi dah terasa rindu.
Mungkin kerana semalam kita kurang berbicara.
Mungkin kerana melepaskanmu pergi dalam keadaan tidak sihat badan.
Mungkin kerana aku tak sempat hantarmu ke muka pintu.
Mungkin terkenangkanmu yang sangat penyabar dan berlemah lembut dengan anak dan isteri.
Mungkin teringatkan sikap ringan tulangmu membantu urusan rumah yang tak pernah sudah.

Dan pastinya,
Kerana kehidupan kami tak sempurna tanpa kehadiranmu.

Sesungguhnya kami, isteri dan anak-anakmu, sangat merinduimu, dan menanti kepulanganmu.

Semoga dipermudahkan urusanmu di sana, sayang :)




Tuesday, 15 August 2017 0 comments By: Naemah

DIARI ANAKKU: 160817




Hari ini Miqdad bangun awal seperti biasa. Bangun sekali dengan ummi. Kemudian Mussaab, dan akhir sekali Anas. 

Ummi suapkan Miqdad nasi goreng. Tapi mungkin pedas, Miqdad cuma makan sedikit. Mussaab pula, ada saja yang tidak kena pagi ni. Menangis dan membuat hal yang menguji kesabaran ummi. Abi sabar melayan Mussaab. Mungkin Mussaab masih kurang sihat. Berselera makan disuap abi. Maafkan ummi. Ummi sedar, Mussaab juga mahukan perhatian dan mahu dimanja. 

Anas pula tak menjamah makan sejak bangun. Asyik di depan tv. Ajak makan juga menolak. Jam 9, masih tak makan breakfast. Ummi tidurkan Miqdad yang dah berjaga dari awal pagi tadi. Anas dan Mussaab melayan tv, channel cbeebies. Abi bersiap untuk ke Klang kerana ada urusan di sana.

Jam 10, abi bertolak pergi. Miqdad juga dah bangun dari tidur (tidur sekejap sangat). Anas dan Mussaab makan donat sambil menonton lagi. Miqdad juga main sendiri. Mussaab menangis terjatuh dari meja ketika main lompat-lompat. Menangis sekejap. 

Lepas makan donat, Anas dan Mussaab mandi. Lama di bilik air. Apa lagi, main air lah kerjanya. Miqdad asyik mendengar alunan al-quran di tv sambil tunggu abang siap mandi. 

Dah siap mandi, menonton tv dan main. Ummi cuba tidurkan Miqdad lagi, tapi tak berjaya. Miqdad masih cergas dan tak mengantuk. Ummi cuba masuk ke dapur untuk memasak. Hanya sempat kopek bawang. Miqdad menangis mahu ummi. Abang-abang pun sekejap layan, sekejap tak layan :)

Akhirnya Miqdad tidur juga jam 11.30. Ummi cepat-cepat memasak. Masak sardin je hari ni :D Sebab stok lauk dah habis. Lepas masak, cuba suapkan Anas dan Mussaab makan, tapi keduanya tak nak makan. Frust ummi dibuatnya :(

Jam 1, abi balik. Siap dengan lauk dan keperluan yang dibeli di Tesco. Miqdad juga dah bangun dari tidur. Anas dan Mussaab seronok dapat air susu coklat dan strawberry. Anas isi perut dengan susu sebelum ke sekolah. Jam 1.15, bertolak ke sekolah Anas. Mussaab dan Miqdad tinggal di rumah bersama abi.

Lepas hantar Anas, ummi balik. Mussaab dan Miqdad tengah main air di bilik mandi dengan abi. Ummi ambil Miqdad dan pakaikan baju. Semua naik ke atas. Abi solat zohor. Kemudian, bersedia untuk tidur. Miqdad dah tak mengantuk. Riang bermain bersama Mussaab. Ummi cuba lelapkan mata. Dapat juga tidur sekejap. Lepas tu terjaga bila Miqdad menangis. Ummi susukan Miqdad dan Miqdad tertidur akhirnya, jam 3.30.

Bila ummi bangun, Miqdad juga bangun. Mussaab langsung tak tidur. Leka dengan mainannya. Semua turun ke bawah. Miqdad dah mula meragam entah apa sebabnya. Hanya mahu didukung. Suap makan juga tak nak. 

Abi ajak ke Nilai untuk beli kerepek. Jam 4.30, ambil Anas di sekolah dan terus ke Nilai. Miqdad masih dalam keadaan serba tak kena. Ummi dan abi dah mula risaukan Miqdad. Mussaab pula ceria, berlawak jenaka di dalam kereta. Anas mengadu lapar. Mahu segera balik untuk minum air susunya. Lepas solat asar dan beli kerepek, abi beli lagi susu coklat dan strawberry untuk Anas dan Mussaab yang tak berhenti meminta dari tadi. 

Selesai urusan, bertolak balik ke rumah. Miqdad masih seperti tadi. Sekejap tidur di pangkuan ummi dan bangun menangis lagi. Ummi agak, Miqdad sakit perut memandangkan dah beberapa hari Miqdad cirit-birit (tak teruk sangat). Ummi risau juga, mungkin makanan yang disuap tak sesuai untuk Miqdad. Ummi rasa bersalah :( 

Abi nak singgah makan di kedai tomyam beranang, tapi keadaan tak mengizinkan. Tambahan Miqdad nampaknya masih begitu, abi batalkan niat untuk makan di situ. Terus balik dan makan di rumah saja. 

Jam 7, abi potong rambut Anas dan Mussaab menggunakan mesin yang baru dibeli. Agak mencabar, masing-masing tak beri kerjasama :) 

Lepas mandikan Miqdad, ummi sapukan minyak di perut Miqdad dan di celah paha yang kemerahan. Mungkin kerana sakit dan tak selesa di situ, buat Miqdad menangis. Kesian Miqdad :( lepas mandi, keadaan Miqdad dah semakin baik. Dah tak menangis dan merengek lagi. Miqdad layan lagu a ba ta di komputer bersama Mussaab. Anas pula melukis.

Lepas isyak, ummi tidurkan Miqdad. Kemudian Anas dan Mussaab. Badan Anas panas, dan mengadu sakit perut. Mussaab pula asyik menggaru di badan. Ada bintik-bintik halus di badan. Kata abi, mungkin campak. Allah. Kesiannya anak-anak ummi. Hati ummi dah tentu risau dan hilang semangat bila anak-anak sakit. Ummi jadi takut. Syukur esok abi masih ada. Lusa abi akan ke Bintulu. Ummi harapkan anak-anak ummi akan kembali sihat dan ceria seperti biasa.

Jam 11.30 malam, Anas menangis panggil ummi. Segera ummi naik. Alhamdulillah kerja di dapur dah selesai. Tinggal abi seorang melayan bola di depan tv. Abi juga sibuk berkemas di bawah. Ummi temankan Anas tidur sekali lagi. Badan masih panas, cuma tak terlalu panas. Anas mengadu sakit perut. Ummi sapukan minyak dan tak lupa nasihatkan dia untuk makan makanan berkhasiat. Yelah, Anas langsung tak nak makan sayur dan buah. Nasi juga langsung tak makan hari ni. Yang ummi fikirkan, ini semua salah ummi. Ummi tak berjaya buat anak-anak ummi gemarkan makanan berkhasiat :(

Jam 12, Anas, Mussaab dan Miqdad sedang hanyut dibuai mimpi. Semoga bermimpi yang indah semuanya. Jangan menangis lagi ya sayang. Semoga lena hingga esok pagi. Semoga sihat, semoga sentiasa dalam rahmat Allah. Ummi sayangkan anak-anak ummi semuanya. Sangat sayang. Maafkan segala kekhilafan ummi.

Semoga esok menjanjikan yang lebih baik untuk Anas, Mussaab, Miqdad dan kita semua. Insya Allah :')







Sunday, 6 August 2017 0 comments By: Naemah

ONLINE SHOPPING : TREND MASA KINI

Online shopping memang dah jadi trend zaman kini :) ianya mudah, cepat dan tak perlu habiskan masa tenaga nak singgah dari satu kedai ke kedai yang lain, dan tak perlu keluarkan cash. Yang penting dalam bank tu ada duitlah kan :)

Boleh dikatakan majoriti orang sekarang, dan di mana saja pelusuk negeri, mereka sering atau pernah melakukan transaksi atas talian. Atau untuk membeli barang-barang tertentu sahaja.

Aku juga sudah seringkali membeli di atas talian. Antara barang yang pernah dibeli secara online ialah tudung, baju, buku, dan supplement. Tapi tak banyak dan tak kerap lah seperti orang lain. Maklumlah aku kan hanya suri rumah :) duit dalam bank tak banyak macam orang yang bekerja. Nak beli pun kadang-kadang tanya suami dulu, kadang-kadang senyap-senyap je :)

Berbeza dengan suamiku, dia yang lebih kerap membeli barangan secara online. Dari barang keperluan rumah, accessories kereta, mainan dan pakaian anak-anak, dan keperluan dirinya. 

Dari sudut baiknya, membeli secara online ni akan menjimatkan masa kita kerana tak perlu bergerak dari kedai ke kedai. Klik-klik, kita dah masuk banyak kedai :) Tak perlu juga nak keluarkan duit dari mesin atm, mungkin lebih selamat bila tak perlu pegang cash di tangan.

Tapi dari sudut kurang baiknya pula, kita cenderung untuk berbelanja lebih, meskipun bukan keperluan kita. Maklumlah, membeli belah kini hanya di hujung jari sahaja. Tak perlu penat-penat keluar. Iklan di internet pula, terlalu banyak tak terkira. Bisnes online meningkat hari ke hari. Sesuai dengan permintaan pelanggan yang lebih selesa membuat order dari rumah. 

Malah, online shopping boleh juga mengakibatkan kita tertipu. Pembayaran dibuat, barang tak dapat-dapat. Dalam bab ni, kita perlu sangat berhati-hati. Pastikan kita membeli dari peniaga yang boleh diyakini. 

Apapun, kesimpulannya zaman teknologi serba canggih ni, banyak urusan manusia dapat dipermudahkan. Segalanya ada di hujung jari :) dan online shopping adalah salah satunya. Teknologi juga, jika dimanfaatkan dengan sebaiknya, ia sangat membantu urusan kita seharian. Tapi jika disalahguna, buruk padahnya. Oleh itu, beringatlah sentiasa, dan jangan berlebih-lebihan :)



Saturday, 5 August 2017 0 comments By: Naemah

GENIUS AULAD: ANAS'S PERFORMANCE



Alhamdulillah di atas pencapaian Anas di sekolah. Bab membaca  memang semakin improve. Cuma satu je, masih nak kena hantar ke pintu kelas setiap hari :) 

Selain membaca, Anas juga belajar perkara yang lain. Belajar solat dan bacaan solat, belajar doa-doa, maths, craft, dll.

Anas memang jenis tak bercerita sangat hal sekolahnya. Tanya sikit jawab sikit. Tapi ada juga ketikanya dia ringan mulut nak bercerita :)

Ada satu perkara lagi, Anas kurang berminat sebenarnya nak ke sekolah. Memang setiap hari akan ada drama. Susah nak masuk kelas, kadang menangis, kadang masam muka, mengadu itu dan ini. Ummi keraskan hati, tinggalkan juga Anas di sekolah walau bagaimana keadaan Anas. Ummi tahu, Anas ok je sebenarnya.

Next week akan diadakan minggu 'read it right challenge'. Tak pasti macamana ia berjalan. Semoga dipermudahkan semuanya. Semoga Anas seronok belajar dan berkawan di sekolah :)