Hari ini genap seminggu abi di Bintulu. Hari ini juga tak dapat berhubung dengan abi yang jauh di lautan. Insya Allah akan dapat whatsapp abi semula esok hari. Semoga abi baik baik di sana, dan semoga urusan abi dipermudahkan. Anas, Mussaab dan ummi masih di rumah mek.
Hari ini Anas bangun sekitar jam 8.30 pagi. Semalam tidur agak lewat, bangun juga lewat. Mussaab juga sama. Anas bangun dengan tangisan dan mood yang kurang baik. Lepas mandikan Anas, Mussaab pula bangun. Mussaab happy dan ceria saja :) ummi suapkan Anas dan Mussaab makan nasi lemak yang dimasak tadi. Anas masih dalam keadaan mood yang kurang baik. Ada saja yang tidak kena. Tapi makan agak berselera. Mussaab pula hanya makan sedikit. Lepas makan Anas keluar mencari ipad, dan leka dengan ipad. Mussaab sekejap keluar dan sekejap masuk ke dapur.
Jam 9.30 pagi, ummi rebus jagung yang cik bagi semalam. Jagung memang kesukaan Anas dan Mussaab. Dah masak, bagi Anas dan Mussaab makan. Mussaab makan agak banyak. Mungkin kerana tadi makan sikit saja nasi lemak. Anas yang dah kenyang hanya makan sedikit. Lepas tu keluar semula dan asyik dengan ipad lagi. Mana taknya, ummi dah download apps baru untuk Anas dan Mussaab belajar. Dari semalam, ipad menjadi pilihan sampai berebut dibuatnya.
10 pagi, ipad berpindah ke tangan Mussaab pula. Anas menonton video 'chuggington' dan 'heroes of the city'. Bosan menonton, Anas berbasikal di dalam rumah. Ummi keluar menjemur kain, Anas juga keluar dari rumah dan cuba memanjat pokok. Sekejap saja, lepas tu Anas mundar mandir di luar tak tahu nak buat aktiviti apa lagi. Kesian.. Mussaab masih bersama ipad.
Pukul 11, Anas meminta pen dan kertas untuk melukis. Sambil lukis, ada saja yang tak kena. Last last, tak nak melukis dah. Pen dan kertas berpindah ke tangan Mussaab. Mussaab pula leka menconteng di kertas. Anas ambil ipad sekejap, lepas tu menampal sticker di almari. Ummi sorokkan ipad. Tak nak biarkan Anas dan Mussaab terus leka dengan ipad saja.
Jam 11.30, ummi buatkan jagung butter, ingatkan ummi nak makan sorang je. Rupanya Anas dan Mussaab juga berminat, dan bertambah makannya. Ummi pula yang kena makan sikit je. Itupun masih minta nak tambah lagi. Ummi janji nak buat lain kali pula. Sambil makan, Anas belajar membaca menggunakan buku 'siri buku pantas membaca'. Belajar membaca bahasa melayu pula, memandangkan bahasa inggeris Anas dah boleh. Alhamdulillah dah habis bab 3. Itupun belajar perlahan lahan, ketika Anas mudah diajak belajar. Anas dah boleh baca perkataan yang simple. Alhamdulillah :)
Jam 12, sambung menonton video lagi. Menonton 'Maya the bee' pula. Anas yang buka sendiri. Maklumlah dah pandai baca folder, dah boleh tekan sendiri. Itupun mengamuk juga bila tersalah tekan. Sabar ajelah..Ummi tak berapa suka sebenarnya bila Anas dah pandai guna komputer, takut tak terkawal pula nanti. Ummi perlu lebih memantau dalam bab menonton video sekarang ni. Maklumlah bila menonton video kesukaan, masa berlalu pun tak sedar. Melekat saja di kerusi. Mata pun menatap di skrin saja. Mussaab setia menonton bersama. Tengok saja video apa yang Anas buka.
Jam 12.30, ummi suapkan makan. Nasi lemak lagi untuk lunch Anas dan Mussaab. Sambil makan, sambil main dan bergurau. Mujurlah tak ada yang menangis. Selesai makan, basuh tangan dan mulut, berlarian dan berkejaran pula hingga ke luar rumah. Penuh keriangan. Lepas tu bermain salotape pula. Tampal sana sini.
Sementara menunggu untuk solat zohor, ummi online sekejap. Anas dan Mussaab masih bermain dan bergurau. Gamat suara ketawa dan menjerit. Macam macam aksi dan watak dilakonkan bersama.
Azan zohor, semua masuk ke bilik. Anas dan Mussaab mandi. Ummi juga bersiap dan solat. Lepas solat, ummi ajar Anas baca al quran. Alhamdulillah Anas baca dengan baik. Masih surah 'abasa (ayat1-28). Lepas tu, Anas mula mencari ipad yang tadi sudah dilupakan. Jumpa juga walaupun ummi dah sorok. Mussaab nak juga, tapi tak dapatlah. Mussaab jalan ke sana ke mari. Barang di almari juga dicampak ke bawah. Puas ajak tidur, akhirnya tertidur juga bersama ummi.
Ummi bangun jam 4 petang. Anas langsung tak tidur. Tak pasti Anas buat apa selain bermain ipad. Ummi tunggu azan asar. Anas bermain kereta permainan pula. Mussaab masih lena.
Lepas solat ummi ke dapur, masak nasi dan perap ayam untuk makan malam. Anas juga ikut. P. Long datang rumah mek. Mussaab bangun tidur, menangis mencari ummi. Semua masuk ke dapur. Tak lama kemudian cik datang. Ummi goreng ayam dan suapkan Anas dan Mussaab makan. Lepas tu Anas dan Mussaab keluar tolong cik dan mek kutip buah cermai. Kemudian makan colek cermai. Mussaab makan, Anas tak suka asam.
6.30, abe Loh pula datang ajak Anas dan Mussaab ke rumah p. Long. Anas dan Mussaab mandi dan bersiap untuk ikut abe Loh. Hampir masuk waktu Maghrib, menuju ke rumah p. Long. Tiba tiba dapat masej dari abi yang berada di lautan. Kata abi, kapal yang dia naik ada internet. So, dapatlah whatsapp. Alhamdulillah. Rindu pada abi.
Di rumah p. Long, ummi dan mek solat maghrib dan isyak. Anas dan Mussaab ulang alik rumah p. Long dan rumah p. Ngah, main dengan abg Faris dan kak Zana.
Selesai solat, makan jagung rebus dan minum air teh di rumah p. Long. Lepas tu abe Loh hantar balik ke rumah mek. Mussaab yang masih belum mengantuk, membuat aktiviti sendiri, menconteng di kertas. Ummi siapkan tempat tidur dan kemudian tutup lampu. Anas yang dah mengantuk, terlena jam 10.30. Tinggal Mussaab masih berguling dan tak tahu nak buat apa dalam gelap. Akhirnya terlena juga jam 11 malam.
Alhamdulillah, hari ini sudah berlalu. Anas dan Mussaab menjalani hidup dengan baik. Kesihatan juga baik. Syukur pada Allah yang Maha Kuasa. Terlalu rindu pada abi yang jauh. Semoga Allah menjaga abi dan menjaga kita semua. Semoga hari esok akan lebih baik buat kita. Insya Allah :)
0 comments:
Post a Comment