Seharusnya setiap ibubapa perlu menanamkan sikap suka membaca di kalangan anak-anak. Kerana semua orang maklum bahawa membaca itu adalah kunci ilmu. Dengan membaca kita dapat mengetahui banyak perkara, bergantung kepada apa bahan bacaan kita. Aku percaya semua ibubapa termasuk diriku mahu anak-anak mereka menjadi insan yang pandai dan berilmu.
Buku bukan untuk orang yang pandai membaca sahaja. Jangan tak tahu, bayi pun berminat pada buku juga tau.. kalau mahu anak kita berminat pada buku, apakata kita perkenalkan buku kepada mereka sejak di usia kecil mereka lagi. Aku sendiri sedang berusaha agar anak-anak menjadi insan yang mencintai buku dan ilmu. Aku dan suami, Alhamdulillah tidak lokek berbelanja untuk membeli buku. Kami memang peminat buku, tetapi sejak berumahtangga seperti agak mengambil masa untuk menghabiskan sebuah buku, disebabkan berbagai faktor (alasan!!)..InsyaAllah akan cuba menyemai sikap suka membaca di kalangan ahli keluarga ini.
Anas dan Mussaab telah kami perkenalkan buku kepada mereka sejak di usia bayi mereka, dengan harapan mereka akan berminat pada buku dan menjadi insan yang sarat dengan ilmu di dada melalui pembacaan mereka di masa yang akan datang.
Terdapat pelbagai jenis buku untuk kanak-kanak di pasaran. Ianya sangat menarik dan pasti anak-anak menyukainya. Antara expo buku yang menarik yang pernah kami pergi ialah Big Bad wolf yang diadakan di Seri Kembangan. Sudah tiga kali kami mengunjunginya, dan sekali pernah diadakan di Melaka, pun sempat juga kami pergi walaupun pilihannya tak banyak. Tapi seriously, memang sangat best... banyak sangat buku untuk kanak-kanak yang best yang boleh menarik minat anak-anak kecil pada buku. Banyak buku yang kami borong kat situ. Tak terhad pada buku kanak-kanak, ada pelbagai pilihan buku untuk pelbagai peringkat umur juga, seperti novel inggeris, buku masakan, dekorasi rumah, sains, dan sebagainya.
Kesan dari pendedahan buku kepada anak-anak sejak kecil, Alhamdulillah aku lihat Anas dan Mussaab suka pada buku. tanpa disuruh, mereka sendiri akan mengambil buku yang mereka berminat walau sekadar untuk membelek-belek dan melihat gambar sahaja. Malah, mereka akan lebih suka jika kita melayan mereka membaca bersama.Melalui buku (dan medium lain), anak-anak cepat mengenal huruf, nombor dan perkara-perkara lain di awal usia. Harapanku, anak-anak akan tetap mencintai buku di masa-masa yang akan datang meski sesibuk mana pun kehidupan mereka.
Antara tips yang boleh aku kongsikan dalam menghadirkan minat anak terhadap buku:
pertama: jangan berkira/kedekut untuk membeli buku pada anak-anak dan ajak anak bersama untuk 'shopping' buku
kedua: pupukkan minat ketika usia kecil mereka lagi, meskipun masih belum pandai membaca
ketiga: beli buku yang menarik seperti pop up book dan buku yang berwarna warni
keempat: ajak mereka buka buku SETIAP HARI, dan baca bersama mereka
kelima: bawa buku bersama kalau travel jauh seperti balik kampung atau pergi bercuti. sesekali, buka buku dan baca di dalam kereta ketika perjalanan jauh
keenam: ibubapa sendiri perlu rajin membaca buku, supaya anak-anak pun terikut sama :)
ketujuh: janganlah marah kalau rumah bersepah dengan buku, itu tanda anak dah berminat pada buku. jangan bunuh minat dia dengan kemarahan :)
Kelapan: jangan lupa puji anak selepas dia menghabiskan bacaan bukunya atau sekalipun dia sekadar membelek :)
Kelapan: jangan lupa puji anak selepas dia menghabiskan bacaan bukunya atau sekalipun dia sekadar membelek :)
Akhir kata, itu sedikit tips dari diriku yang serba kekurangan. Adakalanya aku juga abaikan perkara-perkara di atas tu. Seringkali melihat buku bersepah-sepah, aku jadi berang. Malah kesibukan menguruskan rumahtangga, kadang tak terbaca buku-buku yang banyak di rak tu. Dan kadang-kadang, balik kampung atau pergi bercuti, terlupa nak angkut sekali buku anak. Apapun aku harapkan segalanya dapat diperbaiki demi menjadikan anak pencinta buku dan menjadi manusia yang berilmu dan bermanfaat, insyaAllah...
baru-baru ini memberi cadangan pada suami untuk membuat jadual membaca, sekurang-kurangnya satu buku perlu dikhatamkan dalam satu minggu. tajuk buku yang dibaca akan ditulis dan ditanda pada jadual. mudah-mudahan diri akan termotivasi untuk membaca apabila ada jadual yang perlu dicatat dan dipatuhi. biarlah membaca itu menjadi perkara yang wajib buat diri, meskipun hanya bacaan ringan sahaja. Insya Allah...
Ayuhlah semua, kita pupuk sikap suka membaca di kalangan anak-anak, dan tak lupa diri kita sendiri yang paling utama kerana kita yang akan menajdi contoh dan ikutan anak-anak...insyaAllah...
Buku pertama Anas; dibeli ketika usianya 3 bulan. Kulit pun dah tertanggal :) |
Kempen membaca yang baru nak bermula, demi mengejutkan diri yang sedang teralpa..
0 comments:
Post a Comment