HAFAZAN YANG TERTANGGUH-2

Episod  kedua berkenaan hafazan yang tertangguh :)
episod yang lalu : HAFAZAN YANG TERTANGGUH



Mengapa hafazan yang tertangguh?
 Sebenarnya bukan tertangguh pun. hafazan Anas tetap diteruskan, namun dalam kadar kekerapan (mendengar dan mengulang bacaan) yang lebih perlahan. sehinggakan, tidak mencapai target untuk bulan yang tersebut. 

Untuk bulan Julai lepas, targetnya hafazan sehingga surah Al balad (26 surah). Tapi yang berjaya dicapai ialah sehingga surah al layl (24 surah). namun bukan ingin meluahkan kekecewaan, kerana ia tetap pencapaian yang membahagiakan hati seorang ibu. maklum saja, kini sudah sampai ke surah yang lebih panjang dalam juzuk amma. ummi dan abi sendiri belum tentu hafal, nak paksa anak hafal pula... ada baiknya ummu, abi dan Anas sama sama menghafaz :):):)

sekadar ingin menganalisis punca :)
kenapa lambat dan tak mencapai target?
kenapa mengambil masa yang lebih lama?

mudah mudahan ia tetap menjadi pedoman yang membantu :)
target sekadar target. kita usahakan untuk mencapainya, namun ketentuan tetap di tangan Allah

Surah yang lebih panjang
Seperti yang disedia maklum, selepas surah ad dhuha adalah surah al layl, surah yang lebih panjang berbanding surah surah sebelum ini. Jika sebelum ini Anas mengambil masa kurang seminggu untuk menghafaz setiap surah, surah yang ini tidak lagi. Malah sebelum ini juga pernah menghafaz surah al bayyinah dan al alaq yang agak panjang juga, dan masa yang diambil juga lebih lama. Maka tak dapat tidak, untuk surah surah selepas ini perlu diperuntukkan lebih lama masa untuk Anas menghafaz setiap surah. 3 minggu mungkin :)

Kekerapan pulang ke kampung dan bercuti
Ini juga salah satu sebab mengapa proses hafazan menjadi agak perlahan. Sebelum ini pernah balik kampung seminggu, dan jadual hafazan lari sedikit. Dan puasa sehingga raya hari tu pula berada di kampung selama 2 minggu. Maka terpaksa berdepan dengan situasi yang sama. Kebetulan pula hafazan untuk surah al layl, surah yang panjang. Maklum sajalah bila di kampung. Anas asyik bermain dengan sepupu dan banyak benda yang nak diterokai di rumah mek dan nenek :) maka hafazan menjadi lebih perlahan. Begitu juga sekiranya keluar bercuti di mana mana. Tiada fokus lagi pada hafazan :)

Masa emas bersama
Sehingga usia 3 tahun 6 bulan, Anas sudah tidak menyusu lagi. Jika sebelum ini banyak masa diperdengarkan surah ketika sedang menyusukan dia, dan menguji hafazan sebelum menyusukan dia, kini tidak lagi. Masa bersama semakin kurang bila dia dah tak menyusu lagi. Nak minta dia baca pun kena cari masa yang sesuai. Maklum sajalah budak budak, lebih banyak mainnya. Kena pandai pujuk dan  puji, baru dia akan sudi untuk diajar bacaan dan diuji hafazan :) itu juga menjadi punca hafazan lebih perlahan.

Pun begitu, insya Allah hafazan tetap akan diteruskan. Tapi bukan dengan paksaan dan kekerasan hanya semata untuk mencapai target. Kalau boleh, biarlah dia sendiri yang rasa seronok untuk menghafal al Quran. 

Kami juga sering menjanjikan hadiah atau reward untuk setiap surah yang berjaya dihafalnya. Meskipun hadiah biasa biasa saja, yang penting dia suka dan tambah bersemangat untuk menghafal. Bukanlah hadiah apa sangat, selain sticker fruits untuk pokoknya dan bintang, adakalanya kami menjanjikan hadiah permainan, percutian, balik kampung, dan sekadarnya yang di dalam kemampuan.

Saat paling membahagiakan adalah ketika anak berjaya menghafaz satu satu surah dengan baik, dan saat mengurniakan 'hadiah' di atas kejayaannya. Si anak pastinya sangat gembira dan excited, malah bersemangat untuk menghafal surah seterusnya. Tapi agaknya siapa yang lebih gembira dan bahagia?? Tentulah si ibu ini :')

Anas dan Mussaab... Ummi doakan kalian membesar dengan petunjuk al Quran dan suatu hari bergelar al hafiz

Insya Allah



0 comments:

Post a Comment