Wednesday 25 October 2023 0 comments By: Naemah

CATATAN KEHAMILAN: 21 MINGGU

Pejam-celik pejam-celik. Sudah berusia 21 minggu kandungan ummi. Sudah kurang dari separuh perjalanan lagi untuk mengakhiri penantian ini.


Pertamanya syukur padaNya, sudah menempuh hari yang boleh dikatakan ‘amat mudah’ biarpun ada liku-likunya. 


21 minggu, tiada masalah besar yang perlu ditempuh, biarpun ada ketikanya sibuk dan penat dengan urusan anak-anak sendirian ketika abi bekerja. 


Berada di trimester kedua ini, badan masih bertenaga untuk menjalankan rutin walaupun ada ‘malas’nya. Alhamdulillah, yang perlu settle segera, masih boleh settlekan. Urusan makan minum anak-anak, persiapan sekolah semua, masih boleh diuruskan dengan baik. Alhamdulillah, tak ada yang terabai, biarpun mungkin ada banyak kekurangan dari ummi.


Kesihatan juga amat baik. Hanya sesekali diuji dengan sakit kepala, cramp kaki, sakit pinggang, tapi tidaklah teruk sangat. Tidaklah juga mengganggu aktiviti harian. Selera makan juga baik, tapi perlu control makan minum (maklumlah kencing manis).


Yang paling tak best sebenarnya ialah bila ada temujanji di klinik. Setiap 2 minggu, perlu hadir ke klinik untuk dipantau keadaan diri. Dah tak terkira berapa kali temujanji. KK Rinching Tengah, KK Beranang, dan Hospital Kajang, itulah 3 tempat yang perlu dikunjungi, dan tak pernah miss untuk hadir, demi untuk kebaikan diri dan baby. Bukan tak suka jumpa nurse dan doktor, tapi penat nak menunggu giliran. Tapi yelah, untuk kebaikan, sabar sajalah apa nak buat. Lagipun dah biasa. Bukan tak biasa. 


Gerakan baby semakin hari semakin terasa. Ujian ultrasound sudah dibuat beberapa kali. Alhamdulillah setakat ini tiada masalah dari segi pembesarannya, cuma belum dipastikan jantinanya. Masih rahsia :)


Cukup dulu catatan tentang kehamilan kali ini. Ya, dah tak sampai separuh perjalanan lagi. Bersabar, berdoa, bertenang. Insya Allah terus mudah melalui hari. Sebagaimana harapan dan doa dari awal kehamilan dulu; semoga Allah jadikan kehamilan ini paling mudah untuk dilalui. Paling mudah dari awal hingga akhirnya. Semoga begitulah yang Allah takdirkan dan kabulkan. Ameen. 




(4+1) Insya-Allah






Tuesday 17 October 2023 0 comments By: Naemah

SESSI BICARA AKADEMIK ANAK-ANAK


Anas Zaydan (Tahun 5, SRAI PEKAN BERANANG)


Berlaku sudah sessi pertemuan ibubapa dan guru kelas pada 27/9/2023 untuk menerima rekod prestasi pembelajaran Anas di sekolah. Keseluruhannya, Allahmdulillah TP5 untuk akademik dan Jayyid Jiddan untuk subjek agama. 


Untuk akademik, result untuk setiap subjek agak memuaskan, especially english yang selalu score A. Matematik pun improve banyak, tak sangka boleh dapat A untuk ujian lepas sebab sebelum ni dok merungut math susah. Subjek lain pun ok, tapi tetap perlu usaha lebih juga la untuk dapatkan yang lebih baik. 


Cuma problem mungkin kat subjek Bahasa Melayu (dapat B), jauh sangat beza dengan English. BM ni memang dia selalu merungut susah. Memang nak kena fokus lebih. Insya-Allah, masih ada banyak masa untuk improve. Anas kena usaha, tak boleh give up saja!


Untuk subjek agama pula, tak lain kena rajin menghafal di samping memahami apa yang dipelajari. Tahun ni nak menghadapi UPKK dah, dapat bolot semua A hendaknya. Ameen.


Dari segi perangai, ok saja. Good and smart student bak kata teacher Asmah. Harapnya begitulah. Lagipun pengawas sekolah, janganlah pulak nak buat perangai macam-macam. 


Kesimpulannya, Anas ok dan baik saja dari segi pencapaian akademik, agama dan akhlak. Melegakan hati ummi yang mendengar. 








Ilham Miqdad (Tahun 1, SRAI PEKAN BERANANG)


Terima rekod prestasi Miqdad pada hari yang sama dengan Anas. Tapi tak dapat jumpa sendiri dengan guru kelas iaitu Teacher Ain (ganti dengan ustazah Farhana). 


Miqdad pun ok, akademik TP6 dan agama jayyid jiddan. Semua yang dilaporkan dari ustazah juga yang baik-baik, baik dari segi belajar, dan juga aktif kat kelas. Pendek kata, takdelah komen yang negatif.


Cuma sebelum ni time jumpa dengan Teacher Ain untuk ambil wang bantuan awal persekolahan (bulan Julai) teacher ada complain pasal tulisan Miqdad yang agak tak kemas dan tunggang terbalik :D (yang ummi pun sedia maklum). Itu sajalah yang teacher ‘tegur’ pasal Miqdad time tu.


Dan baru-baru ni Miqdad balik rumah cakap, teacher Ain kata tulisan dia dah makin baik dan kemas. Hmm.. Alhamdulillah. Harap improve lagi, biar kemas sikit buku tulis tu ye!


Apapun untuk Miqdad, ummi berpuas hati pada pencapaian Miqdad untuk beberapa bulan pertama di sekolah baru ni. Dan ummi tahu Miqdad cepat tangkap bila belajar. Tambah dengan usaha dan kesungguhan, pasti akan lebih cemerlang. Insya Allah mana yang kurang boleh perbaiki lagi. 






Abdullah Mussaab (Tahun 3, SK KAMPUNG RINCHING dan SRI PERMATA NUSAYBAH)


Mussaab sedikiit berbeza, di mana sessi akademiknya adalah waktu petang di SK Kampung Rinching, dan sessi agama pada waktu pagi di SRI Permata Nusaybah. Keduanya juga dah buat hari terbuka, iaitu pada tarikh 10/6/2023 di sekolah agama dan pada 15/9/2023 di SK Kampung Rinching. Tapi tak berkesempatan untuk hadir sessi pertemuan di Sri Permata Nusaybah sebab ada urusan lain pada tarikh tersebut. Sekadar dapat tahu keseluruhan result sajalah.


Alhamdulillah untuk SK Kampung Rinching, berkesempatan untuk hadir dan berjumpa dengan guru kelas.


First, komen pasal result agama dululah. Untuk exam yang terdahulu (ujian penialainan 1) boleh la dikatakan memuaskan. Ada la 1A, yang lain semua B. Hmm.. memang nak kena usaha lebih lagi. Baru-baru ni ada exam pertengahan tahun, dan baru je bawa balik resultnya (belum update di sistem). Untuk 7 kertas/subjek agama Mussaab dapat 6A dan 1B. Agak baik juga resultnya. Katanya dapat no. 7 dari keseluruhan 33 pelajar. Alhamdulillah.  Berada dalam top 10 sudah dikira bagus :). Mudah-mudahan mampu bersaing dan terus ke depan lagi ye, Mussaab!


Dari segi perangai kat sekolah tu, entah la macam mana agaknya. Selagi tak terima aduan yang bukan-bukan dari ustazah, ummi kira Mussaab oklah kat sekolah tu. 


Seterusnya, untuk subjek akademik, juga memuaskan. Bukan yang terbaik, tapi tidak juga teruk pencapaiannya. Sama jugalah, nak kena usaha lebih dan lebih lagi. Kena kurangkan sikap main-main yang terlampau tu. Mussaab juga boleh, insya Allah!


Bab perangai, nakal-nakal biasa kata cikgunya. Takde masalah sangatlah. Ok, ummi puas hati. 




SKKR-Akademik




SRIPN- Ujian Penilaian 1



Result ujian pertengahan tahun yang baru dapat hari ni


*upadate (27/10/2023)*
Selepas perjumpaan dengan guru kelas Mussaab-Ustazah Ina





Melihat kepada pencapaian semua, ummi berlapang dada saja. Tak membandingkan, apatah lagi level tak sama, dan setiap orang ‘strong’ dia berbeza. Cumanya, ummi harap setiap anak ummi punya kesedaran sendiri untuk berusaha menjadi orang yang berjaya. Perlu sedar yang kejayaan tak hadir tanpa usaha yang gigih. Belajar bukan kerana terpaksa, tapi atas kesedaran sendiri, barulah tak rasa berat dan terbeban. Boleh ye, semua?


Ummi percaya, baik Anas, Mussaab dan Miqdad pasti akan berada di kalangan orang yang berjaya di masa akan datang, dengan izin Allah. Tak kisah di lapangan mana sekalipun kalian berada, semoga success sentiasa anakku! 


Insya Allah, ummi takkan jemu mendoakan. 


*untuk gambar yang lebih jelas kena tekan setiap gambar satu persatu*

Saturday 14 October 2023 0 comments By: Naemah

SELAMAT HARI LAHIR ILHAM MIQDAD



13-10-2023

Genap sudah usia Miqdad 7 tahun.

Miqdad yang kini  berada di sekolah rendah, bukan lagi seorang pelajar tadika. Miqdad yang sudah serasi dengan sekolah baru dan bersama kawan-kawan baru.  Tahun ni juga, Miqdad dah belajar di sekolah yang sama dengan Anas (tahun 5) di SRAI Pekan Beranang.


Alhamdulillah Allah kurniakan Miqdad kesihatan yang baik. Sakit demam biasa, jatuh luka yang bisa sembuh, untuk beberapa tahun kebelakangan ini (tak dilupakan kisah cemas yang lalu). Untuk keseluruhan hidup Miqdad ini, syukur pada Allah kerana banyak hal yang baik yang Allah kurniakan buat Miqdad dan keluarga kita.


Masuk bulan Oktober, Miqdad dah terlebih excited sebab tahu bulan ni birthday dia. Hampir setiap hari ingatkan ummi, sampai pening dibuatnya. Request macam-macam, ikut apa yang terlintas di kepala. 


Sampai harinya (Jumaat), semua tak bersekolah hari ni kecuali Suri. Anas dan Miqdad dicutikan kerana PSRA sedang berjalan di sekolah, manakala Mussaab sakit kaki tak dapat berjalan dengan baik. Pagi hari spend masa bertiga saja. Tak ada apa-apa yang berlaku kecuali ucapan hari lahir dan juga ambil gambar macam biasa :)


Tengahari, abi bawa gunting rambut dan ambik Suri di sekolah. Lepas tu abi bawa ke kedai ambik kek dan beli kfc (hidangan istimewa tengahari ini sempena hari lahir Miqdad). Seronok tak terkatanya dia. Dapat juga kek yang dia request dari abi iaitu kek Mechamato. Tengahari ini, menikmati hidangan istimewa bersama-sama. Alhamdulillah syukur padaNya. Masih Allah rezekikan semua ini buat kita menikmati bersama-sama.


Dan hari pun berlalu seperti kebiasaanya. Solat Jumaat, main sama-sama adik beradik, bergaduh berbaik hal biasa, namun semoga ikatan kasih sayang akan terus mekar dan tak luntur. Seminggu ini, menjalani kehidupan lengkap satu keluarga, sebab abi pun dah balik. Alhamdulillah.


Selamat hari lahir Miqdad, ummi tahu Miqdad seronok sangat diraikan. Semoga Miqdad juga belajar untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur. Masih Allah kurniakan usia, masih menjalani kehidupan kanak-kanak yang riang dan tanpa bebanan masalah, masih ada ummi abi dan adik beradik yang menyayangi, masih dicukupkan rezeki, masih bebas ke sana sini, masih tenang dan lapang kehidupan di sini. Bersyukurlah anakku, kerana tak semua anak-anak seperti Miqdad dapat menikmatinya.


Doa ummi akan sentiasa untuk Miqdad dan semua anak yang ummi sayangi. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama Miqdad. Semoga Miqdad menjadi hamba Allah yang soleh dan taat kepadaNya. Semoga sihat sentiasa, dan dapat menjalani kehidupan ini dengan tenang dan bahagia.


Semoga cemerlang dan bahagia Miqdad dunia dan akhirat.  


Ummi sayang Miqdad.





Miqdad 7 years old

 

Thursday 5 October 2023 0 comments By: Naemah

DIARI MINGGU INI



Sudah 2 minggu suami keluar bekerja. Yang asalnya seminggu saja, extend to 2 minggu atas alasan yang tak boleh dielakkan. Maklumlah, kerja makan gaji saja, wajib patuhlah pada arahan yang di atas.


Semakin lama pergi, kewangan isteri di rumah makin menyusut juga. Top up barang dapur, petrol, belanja anak sekolah, beli makan luar lagi (walaupun bukan hari-hari). Ya Allah, kos hidup terlalu tinggi. Alhamdulillah bila minta masih dikasi :) cukuplah untuk teruskan hari penantian yang berbaki. Dan semoga sentiasa cukuplah rezeki buat kita sekeluarga. 


Minggu lepas agak releks sebab ada hari cuti umum dan tambahan (sempena maulidurrasul). Tambahan ada anak yang tak sihat dan tak dapat ke sekolah, tak sibuk sangatlah minggu lepas.


Minggu ni berbeza sebab anak-anak dah tentu perlu ke sekolah setiap hari. Alhamdulillah, dah beransur sihat dan baik semua. Minggu ni juga ada 2 temujanji penting, satu di Hospital Kajang dan satu lagi di KK Rinching Tengah. Sangkanya minggu ni akan mudah sebab sepatutnya suami ada di rumah. Tapi nampaknya ketentuan Allah adalah yang sebaliknya. Kena hadap semua sendiri juga. Allah, aku reda dan pasrah. Insya Allah ada hikmah. Dan yang pasti, aku ada Allah.


Isnin, mudah, Alhamdulillah. Hari ni hanya Anas dan Miqdad ke sekolah. Ditakdirkan Mussaab jatuh basikal semalam (Ahad) dan agak teruk juga luka. Tak dapat ke sekolah sebab masih sakit-sakit badan katanya. Suri pun tak pergi sebab masih selesema (demam Jumaat lepas). So, hari ni hanya hantar dan ambil Anas dan Miqdad sajalah. 


Selasa juga mudah. Alhamdulillah. Semua sudah kembali ke sekolah. Macam biasa, berpagian ke sekolah. Selasa perlu lebih awal sebab Anas bertugas baca surah (al-Waqiah) di perhimpunan. Dalam awal, adalah juga yang tertinggal itu dan ini, dan kena patah balik rumah juga untuk ambil barang yang tertinggal (2 pusingan plak tu hari ni). Anak bertuah sungguh! Lepas tu ikut jadual macam biasa, ambik anak sekolah ikut waktu balik masing-masing. 


Rabu minggu ini sedikit berbeza. Ada temujanji di Hospital Kajang. Kalau ikutkan, 8 pagi dah patut ada kat sana. Tapi oleh kerana perlu settlekan anak-anak sekolah dulu (dah siap awal dari biasa dah), jam 8 pagi baru boleh ambik grab ke hospital. Menempuh sesaknya pagi, Alhamdulillah urusan dipermudahkan jua. Mussaab terpaksa bayar transit untuk hari ni, dan Suri terpaksa ambik lambat sikit. Anas dan Miqdad tak ada masalah sebab balik petang macam biasa. 


Jam 12 sampai rumah, ambik Suri, rehat dan ambik Miqdad. Lepas tu ambik Anas (ada aktiviti koko hari ni), dan akhir sekali ambik Mussaab. Seronok dia bercerita pengalaman pertama transit kat sekolah agama :) nak transit lagi katanya. Dan selesailah hal sekolah anak-anak hari ni. Malam sibuk siapkan apa yang perlu (esok kena bergerak awal sebab Mussaab dan Suri ikut lawatan sekolah). Anas pun tak boleh lewat ke sekolah (kena sampai sebelum 7.15).


The next day, Khamis. Hari ni pun semua kena bangun dan bersiap awal. 6.30 dah keluar rumah. Hantar dulu Anas dan Miqdad. Lepas tu Mussaab. Hari ni Mussaab ikut lawatan sekolah ke Kidzania. Paling lewat kena sampai 7.45. Alhamdulillah pukul 7 dah sampai sekolah. Dan yang terakhir hantar Suri. Suri pun nak ikut lawatan sekolah (Petrosains dan Muzium Polis). Kena sampai sebelum 7.30. Alhamdulillah dapat sampai awal juga. Legaa.. settle juga semuanya. Syukur padaMu ya Allah. 


Ingatkan boleh balik bersenang lenang di rumah. Tapi.. hari ni ada temujanji di klinik kesihatan pulakkk. Balik breakfast dan berehat sekejap,8.30 ke klinik. Setengah hari menjadi ‘penunggu’ di sini. Syukurlah, tak terkejar untuk ambik Mussaab dan Suri dan sediakan makan minum. Jadi releks sajalah menapak di klinik, hingga selesai pukul 11.20. Balik makan dan rehat. Kepala dah start pening dan terpaksa ambil panadol. Sampai masa, jemput anak-anak di sekolah masing-masing setelah seharian rumah ni sepi dari suara anak-anak. Kembalinya mereka, kembali meriah dan riuh rendah rumah jadinya. Alhamdulillah semua kembali ke pangkuan dalam keadaan yang baik, dan bersama kenangan hari ini yang tercipta.


Jumaat, last day sekolah untuk minggu ni. Teruskan rutin biasa mengejutkan anak-anak untuk ke sekolah, sediakan breakfast dan hantar ke sekolah masing-masing. Eh, ada lagi episod tertinggal barang. Memang sengaja nak menguji kesabaran ummi. Alhamdulillah semua sempat dihantar on time. Kecuali Suri, hari ni ummi tak hantar ke sekolah. Semalam dah seharian ikut lawatan kan. Hari ni rehat kat rumah je. Kurang sikit trip ummi hari ni :)


Seminggu dah pun berlalu. Alhamdulillah. Setiap hari ada ujian dan cabaran tersendiri. Namun syukurlah, semua dalam kemampuan untuk menghadapinya. Dan of courselah, pertolongan Allah itu yang memudahkan segalanya. 


Esok Sabtu, insya-Allah boleh rest lebih sikit. Tak perlu bergegas di pagi hari. Dan insya-Allah, suami juga akan kembali setelah hampir 2 minggu keluar mencari rezeki. Semoga Allah permudahkan urusanku dan urusannya. Bertemu dan berpisah keranaMu ya Allah.