Sayur Lemak Putih Kubis, Ikan Goreng, Sotong Goreng Kunyit dan Budu

Menu santapan tengahari kami. Simple saja :):)
Resepi seperti di bawah:

Ikan selayang/sardin goreng

Ikan selayang digaul dengan garam Kunyit dan digoreng garing

Sotong Goreng Kunyit

Bahan:
sotong-dipotong sukahati dan digaul dengan garam, Kunyit dan sedikit cuka
Tomato -potong dadu
Capsicum -potong dadu
Bawang merah-hiris
Bawang putih-hiris
Sedikit Minyak
Gula
Garam

Cara:
Panaskan Minyak, masukkan Sotong dan kacau sebentar hingga separuh masak
Masukkan bawang merah dan bawang putih, kacau hingga harum.
Masukkan sedikit air,jika mahu
Perasakan dengan gula dan garam
Akhir sekali masukkan tomato dan capsicum
Kacau sebentar dan tutup api

Budu dicampur dengan hirisan bawang merah, cili padi, limau nipis dan tempoyak

Sayur lemak kubis

Bahan:
Kubis
Bawang merah-mayang
Santan
Ikan bilis/udang kering- tumbuk kasar

Cara:
Masukkan sekali Santan, bawang dan ikan bilis/udang kering dlm periuk
Renehkan atas api perlahan hingga mendidih
Masukkan sayur kubis, masak hingga sayur lembut

0 comments:

Post a Comment