Aku seorang ibu kepada dua cahaya mata yang sangat comel,cerdik dan soleh...insya Allah :):):)
Anas Zaydan, 3tahun dan Abdullah Mussaab, 1tahun..
Anas dan Mussaab permata hatiku dan suami tercinta. Seperti ibu ibu dan bapa bapa yang lain, kami juga mengharapkan anak anak kami membesar menjadi manusia yang berguna, berjaya dan cemerlang...insya Allah..
Kerana itu, seawal mungkin kami cuba mendedahkan mereka dengan ilmu. Mudah Mudahan mereka membesar menjadi seorang yang cintakan ilmu dan tak jemu untuk belajar...
Kami mahu mereka pintar, kami mahu mereka belajar banyak meskipun masih di usia kecil. Kami belikan buku buku, belikan pen dan pencil, pensel warna dan krayon, dan segalanya yang dapat membantu anak anak untuk belajar. Tak pernah berkira, tak pernah kedekut...demi untuk melihat anak anak pandai dan bijak...
Aku pasti bukan hanya kami yang punya keinginan begitu,dan sunggup berhabis untuk pendidikan anak anak. Siapa tak seronok dan gembira melihat anak anak di usia kecil sudah mengenal ABC,123,ALIF BA TA, dan segalanya... Ibubapa mana yang tidak bangga dengan pencapaian anak anaknya kan....
Ya...begitu jugalah aku...pencapaian demi pencapaian anakku, terutamanya Anas sebagai anak sulung, membuat aku rasa gembira, seronok, teruja....Membuatkan aku mahu dia belajar dan belajar lagi...pandai dan pandai lagi...Sepertinya, aku mahu dia pandai dan tahu segalanya...hingga kadangkala terlupa...dia masih anak kecil....
Selepas dia mengenal dan tahu ABC, aku mahu dia pandai membaca, seterusnya menulis...setelah dia mengenal nombor, mahu pula dia pandai mengira...begitu juga setelah dia mengenal dan berjaya menyebut huruf hijaiyyah dengan betul, teringin pula melihat dia pandai mengeja dan membaca Al Quran...begitulah... Betapa tinggi dan besarnya harapan untuk melihat anak menjadi pandai dan sangat pandai...sakali lagi terlupa...dia hanya lah anak kecil...
Adakalanya...kerana impian yang besar itu, aku seakan memaksa si anak untuk patuh pada jadual belajar...Dan seringkali pula diiingatkan hati yang baru tersedar... Dia hanya anak kecil...jika dia mahu bermain, biarkan dia bebas bermain...jangan lah disekat semata mata ingin dia membaca buku. Jangan dipaksa paksa si anak kecil itu, semata mata mahu melihat dia pandai membaca dan menulis...semata mahu dia pandai mengira dan mewarna... Lagi ditekan, bimbang hatinya lagi terdera... Dan hilang minat untuk belajar melahirkan hanya kerana terpaksa....
Begitu jugalah yang sering aku ingatkan pada diriku...Anas baru berusia 3 tahun. Biarkan lah dia bermain semahunya, kerana dengan bermain juga dia banyak belajar sebenarnya... Dia berimaginasi dengan permainannya, Dan sering hadir banyak persoalan di saat bermainnya...yang penting aku perlu respon dengan sebaiknya, dan cuba jadikan permainan itu sebagai medium untuk dia belajar dengan lebih seronok...Dan Sungguh...ia benar benar terjadi....sesekali, mungkin dalam 5-10 Minit sehari, boleh diajak si anak belajar secara lebih formal dengan menghadap buku, memegang pencil, Dan menghadap kita sebagai gurunya...cubalah cari masa yang sesuai dengan cara memujuk dan segala cara yang boleh menarik minatnya...insya Allah anak akan terpujuk Dan minat untuk belajar bersama...
Percayalah ia berhasil.. Walaupun sedikit masa yang diperuntukkan untuk belajar, anak anak tetap dapat belajar cepat dan banyakkkk...kerana dia bukan hanya belajar dari kertas dan buku.... Bukan hanya pada pensel dan pen...bukan...bukan...setiap masa dan saat anak anak akan belajar sesuatu yang baru. Sambil bermain, Sambil makan dan minum, melompat dan berlari, menonton tv dan video, hatta melihat perlakuan dan percakapan ibu dan ayah....anak anak tetap belajar sesuatu meskipun tanpa kita menyedarinya....
Atas kesedaran itu juga...kita sebagai ibubapa perlu memastikan segala pendekatan yang membantu proses pelajaran anak anak perlu benar benar membantu dan mendorong dia belajar. Pilih permainan yang baik, Pilih video yang bermanfaat, juga contohi dengan akhlak dan tutur kata yang baik...demi anak anak memperoleh ilmu pelajaran yang terbaik dalam segala aspek...insya Allah... Aku sndiri masih berusaha keras untuk menjadi model yang terbaik untuk anak anak.meskipun aku tahu belum cukup baik...
Sekali lagi ingin aku ingatkan pada diriku dan semua ibubapa, biarkan anak menjalani hidup selayak usianya. Jika di usianya seperti Anas dan Mussaab, maka tak perlu dipaksanya untuk ke sekolah, jangan dipaksa untuk dia pandai menulis,mengira dan membaca. Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk anak sekecil ini. Kita tak nafikan, wujudnya anak anak genius yang boleh menguasai ilmu yang di luar batas usianya.. Itu anugerah Allah pada hamba yang dikehendakinya. Tak mustahil juga salah seorangnya anak kita. Kalau benar, akan terlihat juga...tanpa perlu kita paksa paksa mereka untuk belajar dan mencuri masa bermain mereka...tak perlu...
Ingat...dia hanyalah seorang anak kecil..
Biarkan dia bermain dan meneroka dunia kanak kanaknya :):):)

0 comments:
Post a Comment