Alhamdulillah sesekali suami ada di rumah dan dapat meluangkan masa melakukan aktiviti bersama anak anak. Selalunya, suami akan bawa anak untuk aktiviti di luar seperti jogging, berbasikal, mandi laut/kolam, atau sekadar Jalan Jalan melihat alam dan segala ciptaan Allah.
Memandangkan cuti suami tak lama, dan cuaca pula hari hari hujan, kami banyak habiskan masa di rumah sahaja. Kesian juga tengok anak anak terkurung saja di rumah. Selain mengajak anak menulis,membaca dan menonton, aku terfikirkan aktiviti menarik yang mampu menghibur dan melekakan anak anak.
Maka terhasillah aktiviti di bawah: membuat tree and fruits, ladybird, butterfly, dll menggunakan kertas berwarna, dan bahan lain yang ada kat rumah. Anas begitu excited dan asyik dengan hasil kraf tersebut. Yang paling dia sayang ialah pokok :):):)
Kat bawah ni pula projek tertangguh abu Anas;car track dan laluan bola ping pong. Tak sempat nak sudahkan sebelum kembali travel ke tempat kerja untuk beberapa hari. Tapi nampaknya dah habis dikerjakan Mussaab. Buat yang lain lah abi :):):)
0 comments:
Post a Comment