HOMESCHOOLING: IQRA’, AL-QURAN DAN HAFAZAN

Antara subjek homeschooling yang ingin difokuskan pada tahun ini ialah subjek Al-Quran dan Hafazan untuk Anas, dan Iqra’ dan hafazan untuk Mussaab.

Sebenarnya sebelum ini pun sudah jadikan ia subjek utama dan penting untuk anak-anak. Cumanya, bab nak berdisiplin mengajar tu agak susah sikit. Kalau nak beri alasan, memang banyaklah alasannya :)

So, inilah progres setakat February 2018;

Anas: 6 tahun

Al-Quran

Seperti yang sudah dicatatkan dalam update yang lama dulu, Anas memulakan bacaaan al-Quran dengan juzuk Amma. Bulan 12 tahun lepas (2017) Anas mula membaca surah al-Baqarah. Sejak dari itu mula untuk lebih konsisten dan bertegas dalam bab membaca al-Quran. Tak banyak, cukup 1-2 ayat sehari. Alhamdulillah hingga hari ini, sudah berjaya membaca sehingga ayat 82- surah al-Baqarah.

Dari segi bacaaan, masih belum betul-betul lancar, tapi boleh melangkah dari kalimah ke satu kalimah dengan mengeja sendiri. Insya Allah, makin lama akan makin lancar. Lepas tu bolehlah tambah bilangan ayat untuk dibaca setiap hari :) target ummi, untuk bertadarus al-Quran bersama Anas pada bulan Ramadhan nanti. Insya Allah.


Al-Quran milik Anas 


Hafazan

Hafazan pula, seperti yang sudah maklum sebelum ini, Anas sudah menghafaz surah-surah juzuk amma hingga ke surah al-Ghasyiah, suatu masa dulu (dah agak lama). Oleh kerana tak diulang dan tak ditasmik dalam tempoh yang lama, Anas pun dah jadi ingat-ingat lupa. 

Tahun ini tekad nak mulakan semula hafazan Anas. Tapi, mula dengan surah yang paling akhir dari juzuk amma iaitu surah an-Naba’. Surah depan-depan tu insya Allah subjek hafazan di sekolah boleh tolong cover kan :D Ya, ummi gerak dari belakang, teacher gerak dari depan, nanti complete lah, insya Allah :) 

Sekarang hafazan berjalan baik. Sama juga, hafal satu ayat saja sehari. Kini dah sampai ayat ke 24/40, surah an-Naba’. Takpe, kita gerak perlahan-layan. Yang penting konsisten. Insya Allah :)


Mussaab: 4 tahun

Iqra’

Mussaab pula, tahun ini sudah perlu lebih bertegas dengan dia dalam bab membaca al-Quran. Permulaan untuk Mussaab ialah dengan membaca Iqra’, menggunakan buku iqra Genius. Sebuah buku yang complete dari iqra’ 1-6.

Sampai ke hari ni, Mussaab dah berjaya sampai ke iqra 2, page 41- bacaan huruf bersambung (fathah sahaja)

Mussaab kini dah faham bahawa setiap malam dia perlu spend masa untuk iqra dan hafazan. Maka sekarang tak perlu mengambil masa lama untuk memanggil dan memujuk dia. Alhamdulillah :)

Buku iqra yang digunakan untuk mengajar Mussaab. Sumber gambar dari google, sebab Mussaab punya dah koyak :)


Page yang Mussaab sedang baca


Hafazan

Bab hafazan pula, Mussaab ummi mulakan dengan surah al-fatihah, dan An-Naas. Selain di rumah, di sekolah juga dia ada subjek hafazan. Insya Allah akan membantu dia untuk lebih cepat ingat bacaan surah-surah lazim. Perlahan-lahan juga melangkah, yang penting konsisten :)


Al-Quran, Iqra’ dan Hafazan tracker

Ini pula Al-Quran, Iqra’ dan hafazan tracker yang Ummi print khas untuk tanda  progress Anas dan Mussaab dalam bab membaca al-Quran, iqra dan hafazan. Satu hari masing-masing akan dapat 2 stickers. Sedikit sebanyak membantu memberi motivasi pada Anas dan Mussaab yang memang obses dengan sticker :)





Setakat ini dulu update tentang bacaan al-Quran, iqra’ dan hafazan Anas dan Mussaab. Insya Allah di masa akan datang akan menulis lagi bab ini. Kita lihat progresnya macamana. Semoga segalanya baik dan berjalan lancar. Semoga al-Quran masuk ke dalam hati anak-anak ummi. Insya Allah :)

0 comments:

Post a Comment