For the first time, untuk tahun 2017 ummi update aktivit harian anak-anak ummi. Nampak tak betapa sibuk dan tak sempatnya ummi nak blogging :)
Hari ini tanpa abi lagi. Hari kedua abi di Bintulu. Semoga dipermudahkan urusan abi. Dan semalam juga nenek, dan saudara mara yang datang berkunjung dah kembali ke rumah. Hari ini hanya tinggal ummi dan anak-anak ummi yang tercinta.
Miqdad seperti biasa jadi yang pertama bangun pagi berbanding abang-abang. Kemudian Mussaab dan diikuti Anas. Bangun pagi, menonton 'Dora the Explorer'. Kemudian breakfast. Miqdad juga sangat baik di waktu pagi. Ummi buat kerja apa yang patut, sambil Miqdad melihat gelagat abang-abang yang tak duduk diam.
Ummi masak nasi ayam untuk lunch. Bergiliran memasak dan menyusu Miqdad yang dah mula menangis tak boleh ditinggal lama. Tidur sekejap, bangun menangis lagi. Anas dan Miqdad menonton cerita Barney, bermain dan melukis. Rumah semakin bersepah.
Ada drama antara Anas dan ummi. Drama air mata, namun apa pun tetap ummi yang salah dan berdosa :,( maafkan ummi sayang. Semoga Anas semakin mengerti dan belajar untuk bertingkah lebih baik. Ummi love u very much. Akhir drama ini, Anas dan ummi bersalaman, dan berpelukan. Penuh kasih sayang :,)
Jam 11.30, Anas lunch bersama Mussaab. Ummi memangku Miqdad yang tak mahu diletakkan. Lepas Miqdad dah ok, ummi juga makan. Tak sempat nak kemas meja makan dan menyapu segala yang tertumpah, perlu melayan Miqdad lagi yang sudah menangis. Anas dan Mussaab mandi di bilik air. Bermain air dan sabun, basah hingga ke ruang dapur. Sabar jelah.
12.30, bersiap untuk hantar Anas ke sekolah. Sampai di sekolah jam 12.50. Masih terlalu awal. Sempat bergambar dan menasihati Anas apa yang patut. Jam 1, ummi dan adik-adik hantar Anas ke kelas.
Di rumah, Mussaab, Miqdad dan ummi lena di bilik. Jam 3.30 baru terjaga dari tidur. Miqdad juga bangun menangis. 4.15, ke sekolah mengambil Anas. Mussaab masih melayan lena walaupun ummi dah angkut naik kereta. Anas balik dengan senyuman seperti biasa, dan mengadu lapar. Ummi belikan keropok lekor dan pisang goreng. Mussaab juga bangun makan bersama Anas. Miqdad ceria dengan senyuman di dalam car seatnya :)
Balik rumah, makan dan main. Kemudian menonton movie cars. Ummi masak nasi goreng dan nuget, makan lagi. Miqdad sesekali merengek dan lena seketika.
Maghrib, naik ke atas dan melayan buku dan mainan pula. Miqdad di pangkuan ummi mendengar ummi membaca al Quran dan melihat gelagat abang-abang yang happy bermain dan membaca. Jam 8.30, ummi tidurkan Miqdad. Selepas solat isyak, turun ke bawah semula. Ummi basuh pinggan mangkuk dan mengemas rumah. Sesekali terdengar Miqdad menangis, naik semula ke atas dan susukan Miqdad. Anas dan Mussaab buat hal sendiri.
Ummi buka video cars sekali lagi. Ummi kemaskan rumah dan biarkan Anas dan Mussaab diam menonton di sofa. Jam 11, selesai kerja ummi. Anas dan Mussaab seperti biasa menunggu untuk tidur bersama ummi. Naik ke atas, dan bersiap untuk tidur. Jam 11.30, semua dah lena. Agak lewat, esok pun 'mungkin ' lewat juga bangunnya ':)
Alhamdulillah untuk kehidupan hari ini. Semoga lena anak-anak ummi. Ummi redha pada Anas, Mussaab dan Miqdad seluruhnya. Ummi sayangkan anak-anak ummi. Semoga hari esok menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kalian. InsyaAllah.