Kata orang, lumrah lelaki suka tengok perempuan cantik dan seksi. Sudah perangai lelaki suka menggatal, tak cukup dengan satu. Baik macam mana pun, lelaki semua sama je. Kata mereka..
Benarkah semua lelaki sama? Aku sukar untuk percaya, jika ia adalah suamiku, atau kelak anak-anakku. Tak cukup dengan satu? Mata keranjang, pantang melihat wanita cantik dan seksi? Menyimpan angan-angan untuk punya lebih dari satu isteri?
Ye, aku cemburu. Cemburu sejak mula mencintainya. Namun sepanjang hidup berdampingan dengannya, aku tak melihat ciri itu ada padanya. Hati aku lapang menyedari hakikat itu.
Mungkin benar, mungkin salah tanggapan itu. Namun aku percaya, selagi ada iman di hati, lelaki akan kuat mempertahan nafsu dan keinginan. Begitu juga aku meletakkan sepenuh kepercayaan kepada seorang suami. Aku takkan mampu menjaga dan mengawalnya. Apalagi mahu cemburu buta. Aku hanya serahkan pada imannya untuk melindunginya.
Cemburu itu pasti ada. Namun cukup hanya disimpan di hati. Selagi tak jelas terlihat, selagi dia ikhlas mencintai bersama tanggungjawab, aku percaya dia insan yang sedang bertarung menjaga iman dan cinta suci dari tercemar oleh keinginan nafsu.
Kesimpulan dariku; ya, lelaki sukakan wanita dan kecantikan. Yang membezakan adalah tahap iman yang menjaga lelaki itu, dari menurut keinginan nafsu atau tunduk menahan diri dari yang mengundang dosa.
Suamiku, padamu aku tak pernah sangsi, kerana percaya imanmu akan sentiasa menjagamu :)
0 comments:
Post a Comment