Wednesday, 23 February 2022 0 comments By: Naemah

SRAI PEKAN BERANANG: HARI KECERMERLANGAN MURID TAHUN 2021




Tahniah anakanda Anas Zaydan, tahun ni sekali lagi menerima anugerah kecemerlangan di sekolah. Alhamdulillah, syukur sesungguhnya kepada Allah, biarpun diuji dengan pandemik, tak dapat hadir ke sekolah, struggle dengan pdpr sepanjang tahun, masih lagi rezeki memihak kepada Anas dan rakan-rakan yang lain. 


Tahun ini Anas menerima 3 anugerah; Anugerah pdpr (kehadiran pdpr terbaik), pbd terbaik akademik (Bahasa Inggeris) dan pbd terbaik agama (jawi/khat/imlak). Alhamdulillah. 


Anugerah disampaikan pada 23/2/2022, di mana pada hari tersebut hanya anak-anak yang menerima anugerah (tahun 1,2,dan 3) sahaja yang hadir ke sekolah. Pada esoknya pula untuk murid tahap 2 dan hari seterusnya khas untuk murid tahun 6 sahaja. Sekolah juga sudah mula bercuti.


Pada hari anugerah kali ini, (oleh kerana masih di musim wabak) ibubapa tidak dijemput untuk meraikan anak-anak di sekolah. Tapi masih boleh menonton secara live di channel youtube sekolah. Alhamdulillah. Dapat juga la ummi tengok Anas naik pentas tahun ni. Di sekolah juga, sesuai dengan norma baru, anak-anak tak dikumpulkan di dalam dewan kesemuanya. Masih duduk berjarak dan mengikut SOP yang ketat. 


Dengan rasminya, tamat sudah pengajian Anas untuk tahun 3. Bulan Mac nanti akan kembali sebagai murid tahun 4. Sudah berada di tahap 2, maknanya sudah makin besar, akan makin mencabar juga dan perlu lebih fokus belajar. Insya Allah Anas boleh.


Moga anugerah kali ini akan menjadi motivasi buat Anas untuk terus maju dan berusaha lebih lagi di masa akan datang. Ummi bangga dengan Anas. Namun jangan pernah anggap Anas lebih baik dari yang lain. Semuanya rezeki dari Allah. Berada di atas atau di bawah, itu kerana Allah yang telah mengaturkan untuk kita. Namun kita tetap sentiasa perlu mencuba dan berusaha. Setiap usaha pasti dinilai Allah. Jangan rasa lebih hebat dari sesiapa, kerana setiap orang ada peluang untuk cemerlang. 


Alhamdulillah, syukur dan terima kasih sebanyaknya kepada warga pendidik SRAIPB terutama yang mengajar tahun 3 Bestari tahun 2021. Menempuhi pdpr, kemudian masuk sekolah secara bergilir pula, sudah tentunya ia agak mencabar juga buat guru-guru untuk memberikan yang terbaik untuk anak didik. Sungguh, jasa guru amat-amat dikenang dan dihargai. Allah saja mampu membalasnya.


Tahniah buat guru-guru, juga pada semua murid yang telah berusaha sebaiknya.










Saturday, 19 February 2022 0 comments By: Naemah

SURI LILYANA: 2 TAHUN SETENGAH




(15/8/2019-15/2/2022)


Alhamdulillah genap usia Suri 2 tahun setengah. Baru ummi berkesempatan untuk menulis tentang Suri yang dah semakin besar dan cerdik.


Sambungan dari entri lepas (ketika usia Suri genap 2 tahun). 6 bulan dah berlalu, sudah tentunya Suri yang kini lebih besar dan bijak pandai berbanding Suri yang dulu. Alhamdulillah perkembangan Suri positif saja.


Selepas usia 2 tahun, Suri tak ada lagi temujanji susulan di klinik. Cuma setiap 6  bulan Suri perlu diberikan ubat cacing (termasuk abang-abang Suri juga). Alhamdulillah semua dah makan ubat cacing bulan ni. Yang seterusnya ialah pada 6 bulan yang akan datang.


Bab bercakap, Alhamdulillah Suri memang  banyak ‘bunyi’. Masih banyak pelatnya, tapi selalunya difahami. Sudah boleh buat ayat panjang-panjang, walaupun tunggang terbalik lagi ayatnya. 


Paling ketara, semua benda dia nak buat sendiri. Paling cepat berdikari. Pilih baju sendiri, dah boleh pakai baju dan seluar sendiri (walaupun pakai terbalik, tak bagi dah orang tukar). Makan pun selalunya sendiri, tak nak ummi suapkan. 


Pada usia 2 tahun setengah ni, Suri masih pakai pampers dan masih menyusu badan (time nak tidur). Niatnya ummi nak try potty train dan cerai susu untuk Suri start bulan ni. Tapi entahlah.. belum diberi kekuatan untuk buat sedemikian. Ikut saja rentak dan kemahuan Suri. Suri masih yang paling kecil dan bongsu setakat ni.


Alhamdulillah setiap hari hidup Suri meriah dengan suara riuh rendah abang-abang. Sunyi hanya seketika, time semua pergi sekolah. 


Syukur Suri dikelilingi abang-abang, taklah Suri kesunyian. Banyak yang Suri belajar dari abang-abang Suri. Melasak pun ikut style abang-abang. Memang tak duduk diam. 


Alhamdulillah setiap hari Suri belajar sesuatu yang baru. Seronok main dan beraktiviti, sesekali balik kampung dan keluar jalan-jalan (sejak dah boleh rentas negeri ni). Suri dah kenal mek dan nenek, rapat dengan cik, ingat mak su, dan semua yang baik dengan Suri kat kampung. 


Ummi juga bersyukur Allah kurniakan Suri kesihatan dan kecerdikan. Tak ada sakit-sakit, jarang sekali demam atau tak sihat. Alhamdulillah. 


Suri yang ummi cintai, moga sentiasa dalam rahmat Allah dan kasihNya. Suri puteri satu-satunya ummi dan abi, hadirmu menambahkan seri hidup kita sekeluarga. Moga membesar dalam kasih sayang Allah dan keluarga. Ummi dan abi akan jaga, didik dan lindung Suri sebaiknya. Insya Allah.


Allah ada sentiasa untukmu. Jaga dirimu, jaga maruah dan peribadimu. Suri ummi yang cantik, cerdik dan solehah, ummi doakan hidupmu dilimpahi rezeki, kemuliaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Sayangi dan hormati juga abang-abangmu, yang juga menyayangimu.


Ummi sayang semua.



Suri with brothers 

Tuesday, 15 February 2022 0 comments By: Naemah

VIRUS YANG MASIH MEMBELENGGU KEHIDUPAN







Bermula sessi persekolahan di tahun baru (2022) pada 10/1/2022, dan kini sudah di minggu ke-6 anak-anak meneruskan pembelajaran mereka. Mereka masih di minggu-minggu terakhir sessi pengajian 2021 (kalau ikutkan silibus belajar pun dah habis). Tinggal seminggu saja lagi untuk mereka masuk ke sessi baru 2022.


Sudah 5 minggu, dan kini diuji dengan kes covid-19 yang kembali meningkat. Malahan kebimbangan yang dulu menjadi kenyataan bila banyak kes positif di sekolah-sekolah. 


Anas dan Mussaab (bermula last week) ‘dicutikan’ kerana ada kes di kalangan guru dan pelajar. Miqdad juga ‘dicuti’kan sementara untuk pantauan. Semua dah buat ujian RTK dan Alhamdulillah keputusannya negatif. 


Untuk sementara waktu anak-anak belajar seadanya di rumah. Belajar dan bermain, sudah tentunya. 


Pendek kata, ibubapa dalam situasi serba salah untuk hantar anak ke sekolah atau tidak. Nak hantar risau, tak nak hantar takut anak ketinggalan dalam pembelajaran mereka. Serba tak kena.


Kini dah bermula program vaksinasi untuk anak-anak. Anak-anak kami antara yang terawal menerimanya, dan Alhamdulillah semua dalam keadaan baik, meski ada banyak suara yang menentang program ini kerana ia dikatakan menzalimi kanak-kanak. Kami memilih untuk vaksin anak-anak kerana yakin pada ‘apa kata pakar’ dan sudah tentunya kerana mahu melindungi anak-anak kami. Ini adalah antara usaha dan ikhtiar kami sebagai ibubapa. Moga Allah lindungi mereka.


Kini anak-anak banyak spend masa di rumah. Kembali memeriahkan suasana rumah saban hari seperti zaman pkp dan pdpr. Cumanya tidak terkurung seperti dulu lagi. Tiada halangan untuk keluar menikmati dunia luar, namun pada kebanyakan masa, kami memilih untuk stay at home saja. Di luar sana, virus masih bertebar mencari mangsa.


Kini tunggu masa untuk balik kampung saja (cuti sekolah nanti, insya Allah). Itulah keseronokan anak-anak, dapat main dengan sepupu yang jarang dapat mereka jumpa.


Kini seakannya sedang kembali ke puncak di mana kes akan terus mencanak naik, namun harapannya situasinya tak akan sama seperti tahun-tahun yang lalu. Semoga kita akan terus dapat ‘menikmati’ hidup biarpun bersama virus yang entah bila akan lenyap ini. 

HUTAN LIPUR ULU BENDUL: BERKELAH BERSAMA JIRAN SEMPOI




Pada 12/2/2022 (Sabtu) kami sekeluarga ke Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah untuk tujuan berkelah dan of course lah, nak hiburkan hati anak-anak. 


Kami asalnya tak plan pun nak datang sini, semuanya kerana atas ajakan jiran (group jiran sempoi). Pada mulanya dalam 5 keluarga juga katanya nak join, lepas tu suami cakap 10 keluarga, wah ramainya. Last-last, 3 kelurga saja yang confirm (keluarga kami, keluarga Shah dan keluarga Abu). Hmm.. tapi ok jugalah. Itu pun sudah meriah. Kami dengan 4 anak, Shah dengan 2 anak, dan Abu dengan 5 anak. Lengkap satu family masing-masing.


Kami membahagikan makanan yang nak dibawa ke sana. Keluarga Shah bawa nasi lemak dan sandwich, keluarga Abu bawa laksa, dan keluarga kami bawa minuman (air mineral, air kota milo, kopi dan aiskrim). Alhamdulillah, meriah dah dengan makanan.


Kami bertolak dari rumah sekitar jam 7 pagi, dan yang pertama sampai di sana (perjalanan lebih kurang 45 minit sahaja). Ini kali pertama kami ke sini. Akhirnya kami memilih tempat yang agak strategik untuk keluarga kami berkelah (siap pasang kanopi, meja dan tikar). Di samping makanan yang sedia ada, kami juga goreng ayam dan sosej di sini. Alhamdulillah, anak-anak makan dan main sepuasnya.


Boleh dikatakan di sini tempatnya agak cantik dan terjaga. Banyak keluarga yang datang berkelah, tapi tidaklah sehingga sesak kerana kawasan di sini agak luas. Air sungai juga jernih dan sesuai untuk mandi dan main air sepuasnya. Di samping sungai, ada juga satu kawasan khas yang disediakan untuk anak-anak bermain air (ada kolam khas dan slide). Tandas di sini juga bersih (perlu bayar untuk masuk). 


Kami berada di sini selama lebih kurang 5 jam (8 pagi hingga 1 tengahari). Anak-anak pun sudah bermain dengan sepuasnya. Berganda keseronokan bila ada teman bermain yang lain. Makanan juga hampir nak habis dah, selebihnya dibawa pulang ke rumah masing-masing. 


Alhamdulillah atas nikmat kelapangan dan keseronokan yang kita dapat hari ini. Di samping berseronok, dapat bersilaturrahim juga (walaupun tak ramai yang join). Tenang dapat mendekati alam semulajadi, hutan dan sungai. Perut juga kenyang menikmati juadah yang ada. Alhamdulillah.


Sampai di rumah dah pukul 2 petang. Ummi, abi dan Suri tidur kepenatan. Anas, Mussaab dan Miqdad cergas macam biasa, sambung main game di rumah pula.


Insya Allah, ada rezeki lagi boleh kita berpiknik di sana lagi. 


Terkini: salah seorang yang menyertai perkelahan ini positif covid. Kami hanya ambil langkah berjaga-jaga dengan tidak menghantar anak ke sekolah dan tidak keluar rumah tanpa keperluan. Semoga Allah kurniakan kesembuhan dan semoga Allah jauhkan kami dari dijangkiti.

Ameen


Foto kenang-kenangan;



























































Sunday, 13 February 2022 0 comments By: Naemah

PICKids: VAKSIN DOS PERTAMA UNTUK ANAS, MUSSAAB, DAN MIQDAD

Seperti yang pernah diwar-warkan sebelum ini, akhirnya program vaksinasi untuk kanak-kanak (5-11 tahun) dilaksanakan juga akhirnya bermula Februari ini. 


Sebaik menerima masej untuk ‘book’ tarikh vaksinasi untuk anak-anak, suami (memang dialah yang selalunya pantas bertindak) terus memilih tarikh untuk vaksin anak-anak, Anas (10 tahun), Mussaab (8 tahun) dan Miqdad (6 tahun). Dia memilih tarikh 11/2/2022 untuk temujanji vaksin anak-anak.


Sebaik menempah tarikh, anak-anak diberitahu lebih awal dengan harapan mereka akan bersedia. Tapi bila dah tahu, macam biasa bunyilah suara ‘takut’ nak vaksin. Takut sakit…tugas ummi dan abilah pujuk dan bagi jaminan tak sakit semua. Lama kelamaan semua ok, tak takut sangat dah nak vaksin.


Tiba harinya, satu family berangkat ke The Mines 2 untuk temujanji vaksin Anas, Mussaab dan Miqdad. Agak ramai orang, majoriti (pada hari tersebut) dari kaum cina. Anak-anak beratur menunggu giliran dengan tenang. Sesekali terdengar suara menyatakan rasa takut dan gementar. Macam biasa la, ummi dan abi pujuk sampailah tiba masa untuk masuk ke tempat menunggu (bahagian dalam yang disusun ikut stesyen 1 hingga 4), sebelum masuk ke bilik suntikan. Kat dalam ni seorang penjaga saja dibenarkan masuk. Ummilah yang masuk dengan anak-anak, abi pula jaga Suri di luar. 


Kat dalam ni (nak sampai dari stesyen 1 sampai stesyen 4) pun lama jugak. Anas, Mussaab dan Miqdad kelihatannya baik dan tenang saja. Cuma dalam hati tu Allah saja yang tahu kan.


Hinggalah sampai ke stesyen 4 (paling hampir dengan bilik suntikan), dah start dengan suara budak menangis. Allah.. ini petanda tak baik. Ummi buat tak tahu, tapi ummi tahu anak-anak dah mula takut. 


Tiba giliran masuk bilik suntikan (tiga-tiga masuk sekali termasuk ummi). Bila diminta volunteer, semua saling menolak. Last-last ummi suruh Anas sebab paling besar kan, Anas ikut je. Doktor (atau nurse) yang cucuk vaksin tu tanya beberapa soalan, kira 123, baca bismillah, dah selesai. Tak sakit pun kan? 


Selesai sorang, tinggal 2 lagi. Disangkakan akan mudah saja bila tengok Anas ok je, especially Mussaab, dia paling senang selalunya. Tapi saling menolak pula Mussaab dan Miqdad. Ummi bisik pada Mussaab; ‘Mussaab kan paling berani’, eh masa tu jugakla berderai air mata dia. Meronta tak nak duduk. Ummi pujuk lagi dan lagi, tak nak juga. Akhirnya ummi paksa, tarik dan duduk riba dia dengan rangkulan erat. Lama-lama dah tak melawan. Sekejap saja, done cucuk! Baru tahu tak sakit kan? Buat penat je nangis tadi.


Selesai sudah dua. Tinggal seorang lagi. Yang ini paling mencabar. Dah tengok abangnya menangis tadi, terus takut dan tak nak cucuk. Menangis dan meronta juga. Dipujuk-pujuk tak jalan juga. Terpaksa ummi call abi, minta abi masuk tukar tempat dengan ummi. 


Abi datang, giliran abi pula memujuk. Hampir give up dah rasanya, bila Miqdad tetap tak nak vaksin. 20 minit juga la sessi memujuk, tetap tak nak. Sampai abi terpaksa guna helah, berjaya bawa masuk ke bilik suntikan tadi, pangku sekuatnya, dan berjaya cucuk! Lepas tu dah ok. Sebab tak sakit dan tak sedar pun bila kena cucuk tu kan!


Begitulah.. kisah vaksin 3 beradik ni. Ingatkan lancar saja, sebab masing-masing nampak seperti dah bersedia dari rumah. Sampai di sana, lain pulalah ceritanya. Apapun lega, bila settle semuanya. 


Sebenarnya bukan Mussaab dan Miqdad saja yang menangis. Bersilih ganti suara tangisan kanak-kanak yang lain juga. Itulah juga yang mempengaruhi emosi anak-anak yang lain, yang sedang menunggu giliran untuk dicucuk. Keadaan itu pastinya normal. Maklumlah, budak-budak. Tapi mak/ayah lah yang berpeluh nak memujuk. Jauh-jauh datang, rugilah nak cancel. 


Alhamdulillah, syukur akhirnya selesai juga. 2 bulan lagi (April) perlu datang untuk second dose pula. Harapnya dah tak ada drama seperti itu lagi. Dah rasa sendiri suntikan pertama (katanya tak sakit langsung), takkan nak takut lagi. Dan harap jugalah, abi akan ada pada tarikh temujanji kedua nanti. Kalau tak, tak tahulah nanti macam mana. Semoga Allah permudahkan. Oh ya, anak-anak menerima vaksin jenis pfizer.


Habis cerita sebelum vaksin. Sekarang cerita selepas vaksin. Dah lepas vaksin, macam biasa doktor nasihatkan untuk tidak terlalu aktif dan lasak selama seminggu. Kalau demam, ambil paracetamol (itu perkara biasa katanya) dan kalau serius seperti sakit dada, sukar bernafas, terus ke hospital.


Sebelum vaksin pun agak kurang perkongsian daripada orang lain yang dah ambil vaksin untuk anak mereka (sebab program vaksin untuk kanak-kanak baru bermula), dan tak ada cerita yang tak sedap didengar. Jadi kita tawakkal saja, dan harapkan akan baik-baik saja sebagai langkah usaha kita untuk melindungi mereka.


Dalam tempoh 24 jam selepas vaksin, semuanya baik-baik saja. Sekadar mengadu lenguh di tempat cucuk. Semua happy, ceria, aktif macam biasa. Apatah lagi abi ‘upah’ macam-macam sebab semua vaksin. 


Selepas 24 jam, still tak ada apa yang berubah. Kat bahu pun dah tak rasa sakit. Elok je semua, Alhamdulillah. Hari kedua dapat mandi sungai puas-puas, hari ketiga main macam biasa kat rumah.


Alhamdulillah dos pertama selesai, dan anak-anak dalam keadaan baik semuanya. Menanti dos kedua pula. Insya Allah akan dipermudahkan dan akan baik-baik juga.


Tiada lain yang ummi dan abi harapkan. Sebagai satu usaha untuk melindungi kalian dari wabak penyakit dan dari segala mudarat. Moga sentiasa sihat anak-anakku!


































BOOSTER DOSE DONE!




Selepas vaksin dos pertama dan kedua, kini perlu mengambil dos penggalak pula untuk melindungi dari virus covid-19.  Walaupbagaimanapun, ia masih belum di tahap ‘wajib’ untuk mengambilnya. 


Suamiku mendapat dos kedua pada bulan Ogos, aku pula pada bulan September. Kedua kami menerima vaksin jenis AstraZeneca. 


Suami mendapat temujanji dos penggalak pada 6/2/2022 (kemudian ditukar ke tarikh 8/2/2022). Dia mengajakku untuk pergi bersama dan dapatkan suntikan vaksin pada hari dan tempat yang sama dengan dia. Aku ikut saja, walaupun dalam hati belum bersedia. Dok fikirkan effect selepas vaksin, agaknya bagaimanalah. Sebab ramai orang share effectnya yang lebih teruk dari dos pertama dan kedua. Tak kurang dengan berita kematian mengejut (di mana vaksin dijadikan punca). Dah tentulah takut juga rasa hati ni. 


Tapi suami releks saja, dan cuba abaikan apa yang negatif, dan belajar untuk percaya pada yang lebih pakar, maka ikut saja ajakan suami. Nak tak nak, mungkin satu hari akan perlu juga. Manalah tahu.. kalau nanti diwajibkan juga untuk ambil dos penggalak.


Maka pada 8/2/2022, aku dan suami menerima suntikan dos penggalak (jenis AstraZeneca juga) sekitar jam 11.15 pagi bertempat di Dewan Orang Ramai, Taman Bukit Mewah, Kajang. Alhamdulillah selesai.


Kini sudah hari ke 5 selepas menerima vaksin. Alhamdulillah boleh dikatakan langsung tak ada kesan yang teruk. Dos pertama hari tu seram sejuk badan dan demam juga (sehari saja). Dos kedua sekadar lenguh dan sakit di tempat suntikan. Dan yang ketiga ini, hanya lenguh dan kebas ringan pada bahu hingga tangan. Itupun sehari saja. Suami pula, katanya sakit di tempat suntikan selama 2-3 hari. Itu saja. Alhamdulillah. Moga ini menjadi ikhtiar kita untuk melindungi diri dan komuniti.


Alhamdulillah tamat dulu cerita vaksin. Lebih 2 tahun covid-19 melanda, masih kita dalam usaha dan ikhtiar untuk menjaga diri dari dijangkitinya, kerana ia masih ‘ada’ di sekeliling kita hingga kini.


Kes kini meningkat naik lagi. Semalam mencatat angka tertinggi untuk tahun ini sebanyak 22,802 kes. Cuma ia (mungkin) kurang mencemaskan kerana peratusan yang dijangkiti majoritinya berada pada stage 1-2 (tak teruk sangat), asbab vaksin juga, Alhamdulillah.


Kini vaksin untuk kanak-kanak (5-11 tahun) juga sudah ada. Alhamdulillah Anas, Mussaab dan Miqdad antara yang terawal menerima suntikan vaksin (ummi akan tulis nanti).


Apapun kita masih perlu terus menjaga diri. Patuhi SOP, tidak perlu keluar jika tiada keperluan, jauhi tempat sesak, kerap cuci tangan dan pakai mask, dll.


Kini kita juga sudah ‘lali’ dengan kewujudan virus ini. Namun tetap jangan alpa, agar kita terlindung darinya sentiasa.



LITTLE DIAMOND ANNUAL CONCERT & GRADUATION 2021

Pada 29/1/2022 diadakan Little Diamond Annual concert & Graduation Day bertempat di Tenby International School (tak jauh dari rumah). Oleh kerana tak berkesempatan untuk diadakan pada tahun lepas (2021), ia dianjakkan ke tahun ini. Catatan serba ringkas ummi buat kenangan;


Majlis ini adalah untuk meraikan student LD-sessi pengajian 2021. Miqdad tak terkecuali, antara yang diraikan, dan terlibat bersama kawan-kawan untuk membuat persembahan di pentas. Kiranya ini performance pertama Miqdad di hadapan public. Ummi tak sabar nak tengok Miqdad perform :)


Kebetulan abi balik pada hari majlis tersebut, sempatlah abi juga hadir untuk meraikan bersama. Satu family hadir untuk support Miqdad. Anas dan Mussaab  (juga ex student LD) dah pernah rasa berada di pentas membuat persembahan :)


Tahun ini berbeza tempat, dan berbeza tema juga. Segalanya berjalan lancar dari awal hingga akhirnya. Persembahan anak-anak Little Diamond juga menghiburkan. Ummi bangga dengan Miqdad, sebab dah buat yang terbaik. 


Majlis berakhir dengan penyampaian ‘scroll’ pada pelajar 6 tahun (2021) dan nyanyian bersama pelajar Little Diamond Kindergarten. 


Tahniah Miqdad sebab dah buat yang terbaik. Setahun lagi Miqdad akan berada di Little Diamond Kindergarten, dan selepas itu akan melangkah ke tahun satu pula. Moga dapat mengumpul sebanyaknya kenangan di alam tadika ini. Miqdad masuk sekolah di zaman pandemik, pasti banyak yang berbeza berbanding Anas dan Mussaab ketika dulu. Namun insya Allah tetap ia baik untuk Miqdad dan kawan-kawan semua.


Moga Miqdad kan terus menikmati masa kanak-kanak ini dengan sebaiknya. Seronok belajar dan bermain bersama guru dan kawan. Dan seterusnya meninggalkan alam tadika dengan kenangan yang manis.


Setahun lagi. Dan akan terus melangkah ke hadapan. Pasti cemerlang, insya Allah!



Foto kenang-kenangan;