Sebagai mukaddimah dan permulaannya, Aku memperkenalkan diri sebagai Ummu anas ibu kepada dua cahayamata Anas Zaydan, 3tahun 1bulan (februari 2015) dan Abdullah Mussaab, 1tahun 1bulan (februari 2015). InsyaAllah akan dikongsikan cara mendidik anak anak mengikut caraku tersendiri dan hasil rujukan dari mereka yg lebih pakar di luar sana. Semoga dapat memberi manfaat kepada ibu bapa lain yg di luar sana juga. InsyaAllah.
Namun di sini juga aku ingin menegaskan bahawa perkongsian ini bukan bererti anak anakku lebih baik dari anak anak kalian. aku percaya pasti anak anak kalian Ada yg jauh lebih advance dari Anas dan Mussab. Dan kalau adapun yang merasa anak mereka kurang atau lambat sedikit, usahlah gusar dan bersedih hati kerana aku sendiri percaya setiap anak itu punya kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. tugas kita sebagai ibu bapa perlu mengenalpasti potensi anak anak kita dan mengembangkannya dengan cara yg bijaksana.
Untuk permulaannya, tanamkan di dalam diri kita bahawa anak anak kita adalah insan yg sangat istimewa. Kalau anda dapati kekurangannya di suatu sudut, jangan risau, pasti ada sudut lain yg lebih menyerlah dan tersedia untuk digilap. Jangan hanya meletakkan kepandaian anak anak itu apabila dia boleh membaca, mengira, dan mengaji... Banyak lagi perkara lain yang boleh diukur dan dibanggakan tentang anak anak kita...kerana manusia itu berbeza..Dan aku sendiri percaya, Anas dan Mussaab juga berbeza dan punya nilainya tersendiri...
Jadi ayuhlah ibubapa sekalian.. Anak2 kita adalah tugas kita untuk mendidiknya seawal usianya yg mungkin. Jauhi dari sikap suka membandingkan, dan usah berlepas tangan kerana anak anak adalah amanah Allah untuk kita untuk diberi pendidikan dengan sebaiknya, agar menjadi insan berguna dan bermanfaat, dan yang terutamanya menjadi Hamba Allah yang taat...
Maka berbahagialah mereka yang telah berjaya...sedang aku masih bertatih..

0 comments:
Post a Comment