Saturday 29 May 2021 0 comments By: Naemah

CATATAN PDPR DAN SEKOLAH ANAK-ANAK (2021)




Sedar tak sedar, kini anak-anak sudah berada di musim cuti sekolah -cuti pertengahan tahun. Rasa baru saja masuk sekolah awal Mac yang lalu. Kini dah kembali semula ber’pdpr’ (sebab kes covid-19 yang terlalu banyak), dan kini cuti sekolah pun menjelang tiba. 


Serba ringkas tentang perjalanan sessi persekolahan anak-anak pada tahun ini (2021).



Anas Zaydan (SRAI Pekan Beranang)


Anas memulakan sessi persekolahan secara bersemuka pada 8 Mac 2021. Kembali ke sekolah dengan normal baru (dah biasa sebab tahun lepas dah mula dengan normal baru). Tapi tahun ni dah tak menyewa van sebab risaukan kes yang masih banyak. So, ulang alik ummi hantar dan ambil Anas dan adik-adik sekolah time abi takde. Bulan puasa, boleh dikatakan setiap hari ummi yang hantar dan ambil, sebab abi banyak habis masa dengan berkuarantin. 


Sepanjang hampir 3 bulan bersekolah, Alhamdulillah tiada masalah. Hanya 2 hari tak dapat hadir ke sekolah kerana tidak sihat dan ada urusan lain. Tapi dari komen Anas, nampaknya belajar di sekolah dah tak seronok seperti dulu. Dengan pergerakan yang terhad (duduk dalam kelas tak boleh ke mana kecuali tandas) SOP yang ketat (bagus la sebenarnya), saat bersama kawan tak semesra dulu lagi dah. 


Tahun ni Anas beruniform pengawas, tapi katanya tak ada yang berbeza. Sama seperti sebelum ni juga, belum diberikan tugas dan tanggungjawab yang selayaknya sebagai seorang pengawas.


Kini kembali ke pdpr, oleh kerana dah ada pengalaman, pdpr berjalan dengan baik, Alhamdulillah. Lagipun tak ada banyak tugasan sangat. Belajar santai-santai saja. 



Abdullah Mussaab (SRI Permata Nusaybah dan SK Kampung Rinching)


Mussaab masuk ke SRIPN dan SKKR pada 1 Mac 2021. Mula melangkah ke sekolah baru (darjah 1) dan baru nak mula kenal sekolah, guru dan kawan-kawan baru. 


Alhamdulillah Mussaab suka sekolah baru, walaupun jadual agak padat dari pagi sampai ke petang hari. Pagi di SRIPN, petangnya di SKKR. Sesekali mengadu penat juga, tapi lama-kelamaan dah biasa. Tiada masalah untuk ke sekolah setiap hari, cuma macam biasa, nak bersiap tu bukan main lama! 


Alhamdulillah ummi bersyukur Mussaab dah makin ‘serasi’ dengan sekolah baru, guru baru, kawan-kawan baru, dan persekitaran baru. Lepas ujian kelayakan hari tu Mussaab kekal di kelas 1 Orkid (kumpulan 1). 


Kini kembali ke pdpr, Mussaab kembali belajar menggunakan google meet mengikut jadual yang telah diberikan. Berbanding Anas, jadual Mussaab lebih padat (1-3 kelas sehari secara onilne dan offline pun ada juga). Agak banyak tugasan yang diterima setiap hari. Sabar jelah, setakat ni masih berjaya siapkan semua tugasan, Alhamdulillah.



Ilham Miqdad (Little Diamond Kindergarten)


Miqdad lain pula kisahnya. Alhamdulillah Miqdad dah masuk sekolah dari bulan Januari, sampailah ke hari terakhir sebelum bermulanya cuti pertengahan tahun. Kehadiran boleh dikatakan cemerlang (hanya beberapa hari tak dapat datang atas alasan tertentu). 


Awal masuk dulu agak ‘drama’ di minggu pertama. Masuk minggu kedua dan seterusnya dah tak ada masalah. Dah tahu tugasnya sebagai pelajar, dan perlu hadir ke sekolah setiap hari. Mudah bangun pagi, mudah disiapkan. Adalah sesekali ber’drama’ tak nak ke sekolah, especially time abang-abang cuti. 


Tak pasti apa cerita Miqdad di sekolah, ummi harap baik-baik saja dan seronok belajar. Momen di tadika mungkin dah tak sama macam Anas dan Mussaab dulu oleh sebab perlu patuh pada normal baru, tapi ummi harap Miqdad enjoy saja di sekolah dengan aktiviti-aktiviti yang teacher sediakan khas untuk semua. 


Sering juga Miqdad bercerita tentang apa yang dipelajari di sekolah, dan ‘kenalkan’ kawan-kawan pada ummi. Alhamdulillah Miqdad juga dah makin ‘serasi’ dengan sekolah pertamanya. 


2 minggu akan bercuti. Seterusnya belum pasti Miqdad akan masuk sekolah atau ber’pdpr’ seperti Anas dan Mussaab sebab pada 1 Jun akan bermula ‘total lockdown’ di seluruh negara. 


Mengharapkan yang terbaik untuk perjalanan anak-anak dalam proses menimba ilmu di saat yang genting dan mencabar ini. Situasi kini dah berbeza. Jauh berbeza dengan dulu. Namun perjalanan tetap perlu diteruskan.


Baik guru, ibubapa dan anak-anak, ini adalah saat-saat yang mencabar buat semua. Namun sehabis baik kita perlu mencuba untuk tempuh semua ini dengan tabah dan sabar.


Terima kasih pada guru-guru di SRAI Pekan Beranang, SRI Permata Nusaybah, SK Kampung Rinching dan Little Diamond Kindergarten atas komitmen yang tinggi dan tak jemu mendidik anak-anak meski di saat-saat yang mencabar ini. Baik melalui Pdpr, juga secara bersemuka, semoga segala ilmu yang dicurahkan dapat memberi manfaat kepada anak-anak. 


Belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU. Hanya Allah yang layak menilai dan membalas segala jasa guru.





Thursday 13 May 2021 0 comments By: Naemah

AIDILFITRI 2021 SEADANYA





Alhamdulillah berlalu sudah sebulan Ramadan. Alhamdulillah dapat sempurnakan puasa bersama anak-anak biarpun tanpa suami di sisi. Teringat momen-momen di sepanjang Ramadan menyediakan juadah sahur dan berbuka, kejutkan anak-anak sahur, angkut anak-anak pergi dan balik sekolah, dan lain-lain, berseorangan tanpa suami  (kecuali dalam tempoh beberapa hari dia di rumah).


Kini semua itu berlalu. Kembali ke kehidupan normal. 


1 Syawal menjelang tiba. Tapi tahun ini meraikan Aidilfitri dalam suasana berbeza lagi. Kini di dalam tempoh PKP 3.0. Biarpun lebih setahun berlalu, kita rakyat Malaysia masih dibelenggu wabak Covid-19. Bahkan kes makin mencanak naik, tak berkurang. Allah saja mengerti apa rasanya hati ini bila sekali lagi tak dapat balik beraya di kampung, dan ditambah pula dengan suami yang juga terpaksa jauh kerana perlu berkuarantin di Sarawak.


Namun semuanya diterima dengan lapang hati. Selagi namanya ujian, hati akan cuba menerima dan akan sentiasa bersangka baik dengan Dia. 


Pagi ini sekadarnya menyediakan juadah hari raya. Masak nasi beriani atas permintaan Anas, tempah lemang, rendang dan sate (nak meriahkan meja makan), dan itu jelah untuk kami anak beranak. Alhamdulillah ‘istimewa’ juga la juadah hari raya kita :)


Mulakan dengan menikmati juadah hari raya, video call dengan suami, bergambar, dan bersalaman, itu jelah. Nak ziarah menziarahi memang dah tak boleh. Anak-anak pagi lagi dah start bosan dan cari game. Beberapa kali ‘melawat’ meja makan, bergaduh dan berbaik sesama sendiri, dan video call dengan family di kampung. Tak lupa bertukar-tukar gambar dengan family yang jauh. ‘Meriah’ dalam whatsapp sajalah seperti tahun lepas :)


Suamiku pula, whatsapp gambar juadah hari raya yang diterima dari seseorang di sana. Wah, lagi sedap nampaknya berbanding juadah di rumah :D Alhamdulilah tumpang bersyukur, kalau tak rasa kesian sangat kat dia, terpaksa beraya sorang-sorang, makan pun seadanya. Syukurlah ada yang sudi memberi dan menggembirakan suamiku di sana :)


Dan haripun berlalu dengan begitunya. Kembali ke rutin biasa. Tengok youtube, main game, dan lain-lain. Anak-anak merungut  raya tak best. Sabarlah duhai anak. Apa yang mampu kita buat? Terima dan bersyukur sajalah. Hakikatnya kat luar sana lebih ramai yang lagi ‘tak best’ berbanding kita. Tapi dalam situasi macam mana pun, jika kita ajarkan hati redha dan terima, akan ada juga rasa kemanisannya. Insya Allah. 


Ummi pun hakikatnya rasa suram sangat hati pada hari raya kali ini. Berharap sangat ini raya terakhir kita bersama covid-19, dan tak ada lagi yang lain yang menjadi halangan untuk kita kembali memeriahkan Syawal bersama keluarga. Rindu sangat pada kemeriahan Syawal yang lalu.


Malam harinya, anak-anak tidur awal seperti biasa. Ummi kemaskan rumah, pastikan dalam keadaan rapi untuk esok pula menempuh hari bersama anak-anak.  


Ya, esok akan kembali ke hari ‘biasa’. Tiada lagi keistimewaan Ramadan. Namun tetap juga kita perlu melangkah. 


Doa ummi, moga esok akan menjanjikan yang lebih baik buat kita sekeluarga. 


Oh ya tahniah Anas, cukup sebulan puasa tahun ni. Dan tahniah juga Mussaab, untuk 27/30 hari puasa. Alhamdulillah semua dah cuba yang terbaik. Semoga kita kan bertemu Ramadan yang akan datang. Semoga kita dapat usahakan untuk jadi hambaNya yang lebih baik.


Selamat hari raya Aidilfitri buat semua 

Semoga diterima segala amalan kita 

Ameen.



‘Gambar raya’ family



Family Wan Fatimah (mak mertua)



Family Mek



Tuesday 11 May 2021 0 comments By: Naemah

DIARI RAMADAN 2021 (PART 2)




16 Ramadan 1442H

Masuk ke separuh kedua Ramadan. Alhamdulillah diberi kesihatan bersama anak-anak untuk teruskan puasa, dan menguruskan mereka semua. Abi ke laut hari ni, tugas sudah bermula. Makanya tak dapatlah video call abi dah hari ni. Doa mengiringi, moga dipermudahkan urusan abi di sana. Kita meneruskan rutin yang biasa, Alhamdulillah lancar semua. 






17 Ramadan 1442H

Cuti Nuzul Al-Quran. Habiskan masa di rumah sahaja. Tv dan game sentiasa jadi pilihan utama. Pagi bawa ke petang, di samping aktiviti sampingan yang lain. Ummi tak masak hari ni, lepas asar beli juadah berbuka di bazar dekat econsave. Nasi kerabu, nasi lemak, onde-onde, cakoi dan ayam madu jadi pilihan. Banyak juga habis hari ni. Sebelum berbuka main dengan kawan-kawan kat luar. Video call sekejap dengan abi yang baru balik dari laut dan selamat sampai ke hotel. Lepas berbuka dan solat maghrib, main bunga api di balkoni rumah. Lepas isyak tidur kepenatan semuanya. Alhamdulillah 






18 Ramadan 1442H

Hari terkahir sekolah untuk minggu ni. Hari ni juga abi balik (untuk beberapa hari). Alhamdulillah rindu terubat selepas 3 minggu berjauhan. Hari ni first day berbuka sama-sama. Malam hari main bubga api dengan abi, da mn berterawih bersama. Syukur Alhamdulillah. Sukarnya untuk mendapatkan ‘detik’ seperti ini. Tak mengapa walau untuk beberapa hari cuma. Insya Allah masa bersama yang hilang akan diganti dengan detik bersama yang lebih baik dan lebih manis. 






19 Ramadan 1442H

Weekend-First sahur dengan abi. Semua bangun sahur bersama (termasuk Miqdad dan Suri). Abi top up barang dapur, dan cukupkan apa yang tak cukup. Hari ni asyik dengan lego yang baru dibeli. Game dan tv juga tak dilupa. Begitulah masa berlalu seharian. Berbuka bersama dan berterawih sebelum masing-masing melelapkan mata kepenatan.







20 Ramadan 1442H

Alhamdulillah sudah hari ke-20 berpuasa. Abi masih ada bersama. Hari ni juga lakukan aktiviti yang lebih kurang sama macam semalam. Cumanya dah kurang main game sebab abi tak bagi main. Hari ni juga abi dah mula masuk dapur dan jadi chef (dah lama tak makan masakan abi). Menu berbuka hari ni; daging masak lemak, daging harimau menangis, sayur campur dan ayam goreng. Alhamdulillah menyelerakan. Tq abi.






21 Ramadan 1442H

Abi masak juga menu bersahur-kueteow goreng dan roti sosej. Hari ni juga abi hantar anak-anak ke sekolah (dah lama tak naik motor dengan abi). Di minggu terakhir sessi persekolahan sebelum cuti hari raya dan pdpr yang akan bermula selepas raya. Hari ni berbuka dengan menu siakap 3 rasa (untuk anak-anak) dan ayam percik (untuk ummi dan abi). Lepas maghrib rasa pusing sangat kepala ummi. Dah lama tak rasa macam ni. Semoat terawih dan tertidur bersama anak-anak. Bangun jam 11 Alhamdulillah dah ok sikit rasa. Moga esok kan lebih baik.





22 Ramadan 1442H 

Isnin, kembali ke sekolah. Abi pula ke KL buat swab test. Kebetulan pak cu ada di KL, abi ambik Uwais dan Urwah bawa balik ke rumah. Seronok semua main dengan sepupu yang dah lama tak bersua. Main, buka puasa dan malam hari main bunga api sama-sama. Lepas isyak semua tidur awal. Penat sangat agaknya. Alhamdulillah atas kegembiraan anak-anak hari ini. Oh ya, hari ni diumumkan tarikh PKP 3.0 yang berkuakuasa pada 6 Mei sehingga 17 Mei di negeri Selangor.





23 Ramadan 1442H

Abi siapkan dokumen untuk merentas negeri esok (dah masa untuk kembali ke Bintulu). Settle urusan di balai polis, menghala ke KL untuk hantar Uwais dan Urwah kepada ibubapa mereka. Anas, Mussaab dan Miqdad ‘cuti’ dari sekolah hari ni. Alhamdulillah berpeluang jumpa family Pak Cu. Balik Semenyih, singgah beli barang di Ninso Kajang dan terus balik ke rumah. Abi jadi chef masak hidangan istimewa berbuka. Syahdu rasanya, hari ni hari last dapat berbuka dengan abi. 





24 Ramadan 1442H

Sudah bermula pdpr (Khamis dan Jumaat) untuk Anas dan Mussaab. Miqdad sekolah macam biasa, hari ni pakai baju raya. Abi bertolak ke airport jam 11 pagi. Bersalaman dan dapat duit raya dari abi. Kembali tinggal ummi dan anak-anak sahaja di rumah. Abi memulakan kuarantin di hotel, dan insya Allah bakal bersua lagi selepas raya. Rindu pada abi. Namun apakan daya, melepas dengan penuh redha. Takdir Allah pastinya terbaik. 







25 Ramadan 1442H

Hari ke-2 pdpr juga hari terakhir sebelum cuti raya. Hari terakhir juga Miqdad sekolah. Hari ni bawa duit raya untuk kawan-kawan. Perodua Ativa selamat sampai di rumah (time abi takde la pula). Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas rezeki, moga dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. 






26 Ramadan 1442H

Hari ni terlepas sahur (sebab malam tadi kerap terjaga tenangkan Suri yang demam dan tak lena tidur). Sempatlah minum air semua (itupun bangun sebab abi call). Anas dan ummi meneruskan puasa, Mussaab tak puasa. Agak mencabar, dengan tak sahurnya, dengan Suri yang meragam tak sihat, segalanya tak terurus. Menu berbuka just order foodpanda untuk anak-anak, ummi pula panaskan lauk yang ada dalam peti. Malam hari, Alhamdulillah Suri dah tak panas badan lagi. Just batuk dan selesema. Moga lena tidur Suri malam ni dan kembali sihat dan cergas esok hari. Insya Allah.





27 Ramadan 1442H

Hari ni bersahur dan berpuasa seperti biasa. Anas katanya tak sihat dan tak ada selera makan. Just minum air dan berpuasa. Suri dah tak demam lagi Alhamdulillah. Tapi semuanya dalam keadaan batuk dan selesema. Aktiviti sendiri-sendiri saja, banyak spend masa dengan game dan video. 





28 Ramadan 1442H

Meneruskan hari-hari terakhir Ramadan. Anas sakit perut sejak beberapa hari. Bangun sahur tadi muntah dan menjamah nasi sikit, Alhamdulillah dapat berpuasa seperti biasa. Anak-anak request KFC untuk berbuka, tapi malangnya order tak dihantar ke rumah. Terpaksa la ummi bersegera ke bazar membeli juadah berbuka. Alhamdulillah ada juga orang berniaga walaupun tak ramai. Ummi belikan nasi ayam dan chicken chop sebagai ganti. Alhamdulillah untuk rezeki hari ini. Anas masih sakit perut dan lemah. Risau dibuatnya. Seperti biasa, semua tidur awal malam ni.





29 Ramadan 1442H

Ramadan semakin ke penghujungnya. Hari ni habiskan masa di rumah sahaja. PKP ni nak ke manalah kan? Habiskan masa dengan aktiviti sesama sendiri. Berbuka dengan juada KFC. Alhamdulillah dapat juga makan KFC hari ni, walaupun lama menunggu delivery. Puas hatilah semua, teringin sangat nak makan KFC kan? 






30 Ramadan 1442H

Pejam celik-pejam celik sudah pun berada di hari terakhir Ramadan. Ambil feel raya dengan mengemas rumah bersama-sama, walaupun raya hanya sesama kita sahaja. Kemudian kembali ke aktiviti seperti biasa. Ummi masak untuk hari terakhir berbuka ini. Masak simple saja. Untuk hidangan hari raya, just prepare untuk masak nasi beriani, dan order lemang, rendang dan sate sebagai tambahan. Tidur awal malam ni, bersedia untuk menyambut Syawal esok hari. Alhamdulillah.

Saturday 8 May 2021 0 comments By: Naemah

6 HARI YANG PENUH BERHARGA DAN BERMAKNA


Sudah hari ke-27 Ramadan. Suamiku sudah kembali ke Bintulu pada 24Ramadan. Berkuarantin seperti biasa sebelum bertugas. Dan untuk kami, penantian yang panjang lagi.


Alhamdulillah, dari asalnya ingatkan tak berpeluang bersahur dan berbuka bersama tahun ni, Allah izinkan untuk suamiku balik dan berpuasa bersama anak isteri. Biarpun untuk seketika cuma (tak sampai seminggu pun), tetap aku syukuri nikmat yang sangat berharga ini. 


Suamiku balik pada 18 Ramadan, berbuka pertama kali bersama-sama pada hari tersebut. Kemudian dia kembali ke Bintulu pada 24 Ramadan, hari terakhir dapat bersahur bersama. Kini dia di dalam ‘kurungan’ hotel, dan aku dan anak-anak meneruskan hari tanpanya di sini, menanti penuh setia saat diizinkan Allah untuk bertemu lagi.


Masih terkenangkan puasa tahun lepas yang full sebulan dapat bersama (Alhamdulillah), tahun ni Allah uji sebaliknya pula. 


6 hari suamiku di rumah, sudah tentu memberi erti yang sangat besar padaku dan anak-anak. Diberi kesempatan untuk bersahur dan berbuka bersama, berjemaah setiap waktu solat dan berterawih, dan diberi kesempatan untuknya melayan anak-anak yang perlukan perhatian seorang ayah.


Walau untuk seketika, dapatlah juga merasa masakan air tangannya. Dah lama dia tak masuk dapur, balik hari tu sempatlah hidangkan beberapa menu istimewa untuk keluarga. Sempat mencukupkan keperluan dapur, dan membeli permainan untuk anak-anak isi masa lapang mereka. 


Sempat juga dia bawa kami sekeluarga ke KL jumpa family adiknya (yang balik dari Sabah). Seronoklah anak-anak semua dapat jumpa sepupu yang dah lama tak jumpa.


Alhamdulillah. Tiada sebab untukku mengeluh dan meratapi nasib, walaupun tak dapat melalui Ramadan ini bersama suami tercinta. Aku faham akan kerjanya yang sebegitu. Aku redha ujian covid ini-  yang menjadi penyebab  perpisahan menjadi lebih lama. Semua ini ujian dariNya. Barangkali kerana ujian ini, Allah dah sediakan kehidupan yang lebih baik dan indah di depan hari buat kita semua. Aku yakin pada kasih sayang Allah.


Dan Raya kali ini, kali ke-2 tak dapat beraya bersama (kali pertama tahun 2013 kalau tak silap).  Pula tu, tak dapat balik kampung dek PKP. Ya, aku redha. Aku percaya ada hikmahnya.


Di hari-hari terakhir Ramadan ini, moga kita dapat melipatgandakan lagi kebaikan untuk meraih pahala yang berganda dari Allah. Terus berusaha menjadi hambaNya yang lebih taat. Moga syurga tempat kembali kita semua. 



آمين




Seketika abi di rumah