Tuesday 11 May 2021 By: Naemah

DIARI RAMADAN 2021 (PART 2)




16 Ramadan 1442H

Masuk ke separuh kedua Ramadan. Alhamdulillah diberi kesihatan bersama anak-anak untuk teruskan puasa, dan menguruskan mereka semua. Abi ke laut hari ni, tugas sudah bermula. Makanya tak dapatlah video call abi dah hari ni. Doa mengiringi, moga dipermudahkan urusan abi di sana. Kita meneruskan rutin yang biasa, Alhamdulillah lancar semua. 






17 Ramadan 1442H

Cuti Nuzul Al-Quran. Habiskan masa di rumah sahaja. Tv dan game sentiasa jadi pilihan utama. Pagi bawa ke petang, di samping aktiviti sampingan yang lain. Ummi tak masak hari ni, lepas asar beli juadah berbuka di bazar dekat econsave. Nasi kerabu, nasi lemak, onde-onde, cakoi dan ayam madu jadi pilihan. Banyak juga habis hari ni. Sebelum berbuka main dengan kawan-kawan kat luar. Video call sekejap dengan abi yang baru balik dari laut dan selamat sampai ke hotel. Lepas berbuka dan solat maghrib, main bunga api di balkoni rumah. Lepas isyak tidur kepenatan semuanya. Alhamdulillah 






18 Ramadan 1442H

Hari terkahir sekolah untuk minggu ni. Hari ni juga abi balik (untuk beberapa hari). Alhamdulillah rindu terubat selepas 3 minggu berjauhan. Hari ni first day berbuka sama-sama. Malam hari main bubga api dengan abi, da mn berterawih bersama. Syukur Alhamdulillah. Sukarnya untuk mendapatkan ‘detik’ seperti ini. Tak mengapa walau untuk beberapa hari cuma. Insya Allah masa bersama yang hilang akan diganti dengan detik bersama yang lebih baik dan lebih manis. 






19 Ramadan 1442H

Weekend-First sahur dengan abi. Semua bangun sahur bersama (termasuk Miqdad dan Suri). Abi top up barang dapur, dan cukupkan apa yang tak cukup. Hari ni asyik dengan lego yang baru dibeli. Game dan tv juga tak dilupa. Begitulah masa berlalu seharian. Berbuka bersama dan berterawih sebelum masing-masing melelapkan mata kepenatan.







20 Ramadan 1442H

Alhamdulillah sudah hari ke-20 berpuasa. Abi masih ada bersama. Hari ni juga lakukan aktiviti yang lebih kurang sama macam semalam. Cumanya dah kurang main game sebab abi tak bagi main. Hari ni juga abi dah mula masuk dapur dan jadi chef (dah lama tak makan masakan abi). Menu berbuka hari ni; daging masak lemak, daging harimau menangis, sayur campur dan ayam goreng. Alhamdulillah menyelerakan. Tq abi.






21 Ramadan 1442H

Abi masak juga menu bersahur-kueteow goreng dan roti sosej. Hari ni juga abi hantar anak-anak ke sekolah (dah lama tak naik motor dengan abi). Di minggu terakhir sessi persekolahan sebelum cuti hari raya dan pdpr yang akan bermula selepas raya. Hari ni berbuka dengan menu siakap 3 rasa (untuk anak-anak) dan ayam percik (untuk ummi dan abi). Lepas maghrib rasa pusing sangat kepala ummi. Dah lama tak rasa macam ni. Semoat terawih dan tertidur bersama anak-anak. Bangun jam 11 Alhamdulillah dah ok sikit rasa. Moga esok kan lebih baik.





22 Ramadan 1442H 

Isnin, kembali ke sekolah. Abi pula ke KL buat swab test. Kebetulan pak cu ada di KL, abi ambik Uwais dan Urwah bawa balik ke rumah. Seronok semua main dengan sepupu yang dah lama tak bersua. Main, buka puasa dan malam hari main bunga api sama-sama. Lepas isyak semua tidur awal. Penat sangat agaknya. Alhamdulillah atas kegembiraan anak-anak hari ini. Oh ya, hari ni diumumkan tarikh PKP 3.0 yang berkuakuasa pada 6 Mei sehingga 17 Mei di negeri Selangor.





23 Ramadan 1442H

Abi siapkan dokumen untuk merentas negeri esok (dah masa untuk kembali ke Bintulu). Settle urusan di balai polis, menghala ke KL untuk hantar Uwais dan Urwah kepada ibubapa mereka. Anas, Mussaab dan Miqdad ‘cuti’ dari sekolah hari ni. Alhamdulillah berpeluang jumpa family Pak Cu. Balik Semenyih, singgah beli barang di Ninso Kajang dan terus balik ke rumah. Abi jadi chef masak hidangan istimewa berbuka. Syahdu rasanya, hari ni hari last dapat berbuka dengan abi. 





24 Ramadan 1442H

Sudah bermula pdpr (Khamis dan Jumaat) untuk Anas dan Mussaab. Miqdad sekolah macam biasa, hari ni pakai baju raya. Abi bertolak ke airport jam 11 pagi. Bersalaman dan dapat duit raya dari abi. Kembali tinggal ummi dan anak-anak sahaja di rumah. Abi memulakan kuarantin di hotel, dan insya Allah bakal bersua lagi selepas raya. Rindu pada abi. Namun apakan daya, melepas dengan penuh redha. Takdir Allah pastinya terbaik. 







25 Ramadan 1442H

Hari ke-2 pdpr juga hari terakhir sebelum cuti raya. Hari terakhir juga Miqdad sekolah. Hari ni bawa duit raya untuk kawan-kawan. Perodua Ativa selamat sampai di rumah (time abi takde la pula). Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas rezeki, moga dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. 






26 Ramadan 1442H

Hari ni terlepas sahur (sebab malam tadi kerap terjaga tenangkan Suri yang demam dan tak lena tidur). Sempatlah minum air semua (itupun bangun sebab abi call). Anas dan ummi meneruskan puasa, Mussaab tak puasa. Agak mencabar, dengan tak sahurnya, dengan Suri yang meragam tak sihat, segalanya tak terurus. Menu berbuka just order foodpanda untuk anak-anak, ummi pula panaskan lauk yang ada dalam peti. Malam hari, Alhamdulillah Suri dah tak panas badan lagi. Just batuk dan selesema. Moga lena tidur Suri malam ni dan kembali sihat dan cergas esok hari. Insya Allah.





27 Ramadan 1442H

Hari ni bersahur dan berpuasa seperti biasa. Anas katanya tak sihat dan tak ada selera makan. Just minum air dan berpuasa. Suri dah tak demam lagi Alhamdulillah. Tapi semuanya dalam keadaan batuk dan selesema. Aktiviti sendiri-sendiri saja, banyak spend masa dengan game dan video. 





28 Ramadan 1442H

Meneruskan hari-hari terakhir Ramadan. Anas sakit perut sejak beberapa hari. Bangun sahur tadi muntah dan menjamah nasi sikit, Alhamdulillah dapat berpuasa seperti biasa. Anak-anak request KFC untuk berbuka, tapi malangnya order tak dihantar ke rumah. Terpaksa la ummi bersegera ke bazar membeli juadah berbuka. Alhamdulillah ada juga orang berniaga walaupun tak ramai. Ummi belikan nasi ayam dan chicken chop sebagai ganti. Alhamdulillah untuk rezeki hari ini. Anas masih sakit perut dan lemah. Risau dibuatnya. Seperti biasa, semua tidur awal malam ni.





29 Ramadan 1442H

Ramadan semakin ke penghujungnya. Hari ni habiskan masa di rumah sahaja. PKP ni nak ke manalah kan? Habiskan masa dengan aktiviti sesama sendiri. Berbuka dengan juada KFC. Alhamdulillah dapat juga makan KFC hari ni, walaupun lama menunggu delivery. Puas hatilah semua, teringin sangat nak makan KFC kan? 






30 Ramadan 1442H

Pejam celik-pejam celik sudah pun berada di hari terakhir Ramadan. Ambil feel raya dengan mengemas rumah bersama-sama, walaupun raya hanya sesama kita sahaja. Kemudian kembali ke aktiviti seperti biasa. Ummi masak untuk hari terakhir berbuka ini. Masak simple saja. Untuk hidangan hari raya, just prepare untuk masak nasi beriani, dan order lemang, rendang dan sate sebagai tambahan. Tidur awal malam ni, bersedia untuk menyambut Syawal esok hari. Alhamdulillah.

0 comments:

Post a Comment