Hari kedua abi di Labuan. Kembali bekerja setelah 2 minggu bercuti. Alhamdulillah cuti yang panjang, dapat menghabiskan masa bersama anak anak.
Hari ini tanpa abi. Anas dan Mussaab bangun sekitar jam 8.30 pagi. Agak lewat, kerana tidur semalam juga lewat. Bangun mandi dan breakfast bersama. Makan nasi lauk ikan gulai yang ummi panaskan. Selepas itu buat aktiviti sendiri. Sambil ummi pasangkan video juzuk amma untuk Anas dan Mussaab dengar dan hafal. Insya Allah.
Pukul 10 pagi, buka buku dan membuat aktiviti. Anas membuat aktiviti pattern, Mussaab pula buku aktiviti Umizoomi. Lama juga dapat fokus pada buku aktiviti masing masing sambil ummi teman. Akhirnya complete sudah buku pattern Anas yang dah mula hujung tahun lepas lagi. Mussaab banyak conteng, dan bertanya gambar.
Pukul 11 pagi, ummi keluar jemur kain dibantu Anas dan Mussaab. Selepas itu, kutip sampah dalam kereta abi. Masuk semula ke dalam rumah. Ummi buka video Elmo (rainbow) untuk Anas dan Mussaab. Sambil menonton, sambil Anas makan roti butter dan Mussaab makan pepero. Ummi jahit tudung yang baru dibeli.
Pukul 12.30, ummi lunch. Anas dan Mussaab tak nak makan, mungkin dah kenyang makan roti dan pepero. Anas melukis, Mussaab mundar mandir dan panjat sana sini. Buku buku dan colors dah bersepah sana sini. Sofa juga dah beralih tempat, dek Anas yang rajin mengubah susun atur dalam rumah.
Pukul 1, ummi off computer dan ajak naik ke atas. Anas dan Mussaab masuk bilik air dan mandi sambil main air.
Masuk waktu zohor, ummi solat. Anas melukis. Mussaab minta nak makan pepero lagi. 2 kotak seterusnya habis dimakan. Seluar, muka dan tangan comot kembali. Selesai makan dan cuci semua, ummi ajak tidur. Tapi semua tak nak tidur. Mussaab kejap baring, kejap bangun. Akhirnya ummi yang terlena. Sedar sedar Mussaab dan Anas dah lena di sebelah kiri dan kanan ummi.
Ummi bangun untuk solat asar. Diikuti Mussaab. Turun ke bawah bersama Mussaab dan masak nasi goreng dan nugget. Ummi makan bersama Mussaab. Kemudian ummi kemas rumah, sapu sampah dan angkat kain di jemuran ditemani Mussaab. Anas akhirnya bangun jam 6 petang. Bangun dan menangis agak lama. Tak tahu kenapa...
Ummi pujuk Anas, akhirnya tak menangis lagi. Ummi suapkan nasi goreng dan nugget. Selesai makan, kemas tempat makan dan cuci pinggan mangkuk.
Jam 7petang, naik semula ke atas untuk mandi. Seperti biasa, mandi dan main air hingga hampir masuk waktu maghrib. Selepas itu giliran ummi mandi dan bersiap untuk solat. Anas dan Mussaab riuh bermain di bilik. Hingga kedengaran suara Mussaab menangis kerana tersangkut di kepala katil. Cepat cepat ummi keluar berikan pertolongan. Menangis sekejap, then sambung main lagi.
Ummi solat, Anas melukis lagi dan Mussaab leka bermain di bilik mainan. Kemudian sambung main di bilik tidur bersama Anas. Ummi baca al Quran, kemudian ajar Anas pula. Masih membaca surah An Nazi'at. Lepas baca al Quran sambung melukis dan bermain.
Ummi solat isyak sementara Mussaab menunggu sehingga ummi sudah solat. Merengek dari tadi minta air. Anas masih leka dengan lukisannya. Selepas solat, sama sama turun ke bawah. Mussaab minum air. Ummi buka tv9. Menonton cerita melayu. Ummi menjahit tudung lagi, Anas sambung melukis. Mussaab bermain kereta permainan. Dah jemu main, memanjat pula. Kejap main dan kejap baring. Lepas tu makan keropok, roti dan pepero.
Jam 10.30 mlm, naik ke atas. Masing masing masing masih aktif dan tak nak tidur. Puas dipaksa. Ummi tutup lampu dan semua berbaring di atas katil. Mulut masih tak berhenti bercakap. Puas berguling dan bergolek, Mussaab tidur akhirnya. Anas masih tak mengantuk, Ummi terlelap seketika. bangun semula, jam sudah pukul 12 lebih. Anas juga dah lena di sisi ummi. Alhamdulillah..
Tidur lewat keduanya, Entah esok pukul berapa bangunnya...
Berakhir sudah hari ini tanpa abi. Semoga lena tidurmu sayang. Ummi sayang Anas dan Mussaab. Sayang sangat. Semoga Allah menjaga dan merahmati anak anak ummu sentiasa..aameen