picture: here |
Sebuah kehamilan..
Satu perjalanan yang panjang dan penuh dengan debaran.
Tak kurang air mata yang tumpah, emosi yang sering terusik.
Hanya ibu yang mengerti...
Suami..
Jangan buat isteri rasa keseorangan saat dia mengandungkan anakmu.
Bukankah itu anakmu juga.
Tak kira anak pertama, kedua, kelima atau keberapa sekalipun,
Pamerkan rasa gembira dan syukur.
Agar hati isteri lebih ceria, bukan dia keseorangan dalam perjuangan mengandung dan melahirkan si anak.
Suami..
Jangan biar isteri memendam rasa,
Kerana di saat ini hatinya lebih sensitif dan mudah terasa.
Apalagi dirinya yang berbadan dua sering diabaikan,
Tiada belaian, tiada simpati, atau diarah itu dan ini dan sering pula dipersalahkan.
Fahami dia yang adakala mahu dimanja,
Penat dan lelah saat mengandung sering tak terluah dengan kata kata. Fahamilah..
Suami..
Jangan biar isteri merasakan dia keseorangan dalam menanggung segala,
ya, suami tak merasa tapi suami boleh terus menyokong.
Pamerkan cinta dan tanggungjawab,
Bukan buat tak tahu, seolah isteri seorang yang perlu bertanggungjawab di atas kehamilan ini.
Suami..
Jangan buat isteri serba salah, dan merasa bersalah.
Kandungan ini milik berdua.
Penuhi temujanji yang ditetapkan,
tak mengapa tidak ditemani, sekurang kurangnya usah merungut atau merasa terbeban,
jika isteri perlu dihantar dan diambil,
jika isteri perlu penuhi banyak temujanji klinik dan doktor,
Dia juga tak ingin, tapi hanya kerana anak yang dikandung..
Suami..
Anak ini milik berdua,
Milik suami juga isteri,
Tanggungjawab berdua,
Cinta hati suami dan isteri.
Anak pertama mungkin sangat istimewa dan dinanti,
Anak anak seterusnya pun begitu juga hendaknya.
Isteri mengandung dan melahirkan,
Segala kepenatan dan kesakitan hanya isteri yang merasa,
Tak mengapa..demi zuriat yang dinanti
Demi amanah yang perlu dijaga,
Darimu suami,
Isteri hanya pohonkan pengertian dan sokonganmu,
Agar segala kepayahan terasa mudah untuk dilalui,
Segala kesakitan dan kepenatan tak terasa dengan cinta ikhlas yang suami pamerkan.
Kehamilan ini, sebuah perjuangan yang panjang.
Emosi perlu dijaga, ibadah perlu dijaga, kesihatan pun begitu juga,
Demi untuk anak di dalam kandungan ini,
Dia juga pasti memahami cuaca hati ibunya :)
0 comments:
Post a Comment