Tuesday, 31 March 2015 0 comments By: Naemah

PENGALAMAN TERINDAHKU: SAAT MELAHIRKAN ZURIATKU


Terkenang pengalaman melahirkan kedua anakku. Pengalaman yang tak mungkin dilupakan, pengalaman manis bagi setiap insan bergelar ibu... Sebenarnya ini adalah catatan tahun lepas, di blog yang lama.. Aku bawa ke sini untuk dikongsi bersama..semoga bermanfaat :):):)

Alhamdulillah dan syukur hanya kepada Allah....

Setelah 4tahun lebih di alam perkahwinan, kini sudah mempunyai 2 orang anak lelaki. Anas Zaydan dan Abdullah Mussaab nama diberi buat kedua2 hero kami. Anas Zaydan sudah menghampiri usia 3tahun 3bulan dan Abdullah Mussaab pula ,menghampiri usia 1tahun 3bulan. hati ibu mana tidak bahagia, dikurniakan anak yg comel dan sihat...Alhamdulillah..segala pujian hanya layak buatMu Allah...

Aku bersyukur kerana kelahiran kedua2 anak disambut suami tercinta. terima kasih buat suamiku yang setia menemani sepanjang sakit bersalinku. dia menyaksikan sendiri kelahiran kedua2 anaknya. bukan semua suami berpeluang untuk mendapat kesempatan ini, malah ada juga suami yang 'takut' untuk berhadapan dengan situasi genting ini. Alhamdulillah suamiku diberi peluang oleh Allah untuk berada di sampingku d saat itu, dan diberi kekuatan oleh Allah untuk menyaksikan sendiri kelahiran anaknya. Alhamdulillah...

12 January 2012 dan 19 January 2014 pastinya tarikh yang tak akan kami lupakan di mana hari tersebut anak2 kami selamat dilahirkan dengan izin Allah. Sakit bersalin itu memang tak mampu untuk digambarkan dengan kata2.. hanya yang pernah merasainya saja yang tahu keperitannya. namun hati tetap redha, kerana ia pengalaman terindah dalam hidup setiap isteri dan ibu. 

terima kasih buat suamiku... sentiasa di sampingku memberi semangat dan kekuatan di saat sakitku bertarung nyawa melahirkan zuriat buatmu. aku percaya setiap isteri mahukan suaminya berada di sisi di saat2 begitu. tiada yang dapat menggantikan tempat seorang suami ketika itu. dalam masa yang sama, suami juga perlu tahu apa peranannya ketika dan saat itu. aku bersyukur, suamiku tetap the best di hatiku... ungkapan semangatnya membuatkan aku terasa kuat di dalam lemah. aku tak lupakan bisikannnya yang penuh dengan keikhlasan dan kasih sayang. dengan kata2nya aku membina kekuatan... 

suamiku...kerana apa aku dambakan dirimu di sisi di saat itu??? untuk melihat kelahiran dan kesakitan itu, bukanlah yang utama... yang paling penting buat isterimu ini adalah untuk mencari kekuatan dengan bahasa cinta mu di saat diri lemah dan tak bermaya ketika itu. sakit pastinya sakit...tapi ungkapan dari bibirmu itu sangat aku hargai dan kenang sampai bila2. dari situ aku membina kekuatan diri sayang...pengalaman yang memeritkan ini akan terus menjadi kenangan indah buatku...

terima kasih meminjamkan lengan untuk ditarik2 dicubit2 tanpa sedarku saat menahan kesakitan itu. terima kasih atas selingan cerita, untuk aku tidak tumpukan pada kesakitan, tak lupa terima kasih masih sempat berlawak untuk menghibrkan hatiku wlaupun saat tu rasa macam nak marahh je...buat lawak pulak...tapi aku tahu itu mungkin usahamu untuk relekskan aku kan sayang...terima kasih ingatkan aku tentang teknik pernafasan yang betul, walau aku tahu sebenarnya sayang pun xtahu bagaimana sbenarnya kan....yang paling utama terima kasih atas kata2 semangatmu, dan doamu, dan keampunanmu dan redha buat isterimu...aku yakin ia sangat membantu dalam meudahkan kelahiran anak2 ini..dengan izin yang Maha Esa...

Aaku juga dapat menduga hatimu di saat dan ketika itu... pastinya syg juga dalam keresahan dan kebimbangan dalam pertarungan antara hidup dan mati ini.. aku tahu suamiku berusaha menyembunyikan riak keresahan itu, tapi pastinya terlihat juga... terima kasih juga untuk itu..

padaku, kesakitan bersalin sangat gerun untuk diingat kembali..namun tak terfikir untuk tidak mengandung lagi. kesakitan terus dilupakan melihatkan anak2 yang membesar di depan mata dari hari ke hari... masih teringin untuk punya anak lagi...masih ingin menghadiahkan zuriat buat samiku lagi..insyaAllah...

terima kasih sayangku...  aku mengharapkan ibu2 yang lain dapat merasakan pengalaman bersalin yang indah juga.. ya, perit sekali tetapi sangat manis dan indah... pelikkan... Subhanallah.. semuaNya perancangan Allah yang tak terjangkau dek fikiran manusia kerdil sepertiku ini....

semoga Allah kurniakan aku, suami dan anak2 kesihatan dan kekuatan untuk menjalani hidup di bumi Allah ini... menjadi hamba yang benar2 taat pada perintah Allah...semoga tak sia2 kehidupan yang Allah kurniakan ini....

terima kasih sayang... love u kerana Allah..
Monday, 30 March 2015 0 comments By: Naemah

QUALITY TIME WITH FAMILY



Quality time atau masa yang berkualiti bersama keluarga adalah sangat penting demi menjamin kebahagiaan dan kerukunan sebuah institusi kekeluargaan. Kualiti dan kuantiti adalah dua perkara yang berbeza. Meski sedikit masa yang dapat diperuntukkan untuk keluarga, namun jika pengisiannya baik, itu lah kualitinya. Sebaliknya jika banyak masa bersama keluarga, namun tiada sebarang pengisian dan manfaat, maka tiadalah kualitinya...sekiranya banyak pula masanya bersama keluarga, dan banyak pula perkara perkara baik dan bermanfaat dilakukan bersama sama, masa itu tersangatlah tinggi nilai kualitinya. Pasti semuanya jelas :)

Majoriti masyarakat hari ini hidup dengan kesibukan dan kesuntukan masa. Suami isteri bekerja mencari rezeki, dari pagi sampai ke senja, baru balik ke rumah. Anak anak ditinggalkan sejak awal pagi, hingga gelap hari baru bersua kembali. Dalam keadaan diri dah penat dan lesu. Rasa nak baring dan rehat saja....mungkin situasi ini biasa..terutamanya buat mereka yang hidup di kota kotaraya. Masing masing berlumba mencari kekayaan demi menampung keperluan dan kehendak hidup yang tak pernah cukup. Dengan jalanraya yang sesak hampir setiap masa, di jalan raya itu jugalah masa banyak dihabiskan hampir setiap hari. Hujung minggu saja lah ada masa di rumah. Sekiranya ada...

Tapi seperti yang aku nyatakan, penentu kualiti masa bersama keluarga itu bukanlah kerana banyak atau sedikit masa yang dihabiskan bersama keluarga, tetapi bagaimanakah pengisian di saat masa bersama itu. jika panjang masanya, tetapi masing masing buat hal sendiri, tiada gunanya juga. si ayah menghabiskan masa untuk tidur dan membaca suratkhabar, ibu pula berbual santai dengan jiran jiran, dan anak anak dibiarkan asyik bermain game dan menonton tv...apakah itu dinamakan kualiti masa bersama?? tidak sekali-kali. tambah pulak makan pun tak bersama, solat juga sendiri sendiri, bila masa pula nak bersua muka, bercakap hati ke hati, bergurau senda dan bergelak tawa bersama?? sudahnya hubungan kekeluargaan menjadi hambar. anak anak jauh dari kasih sayang ibu dan bapa, lalu mencari keseronokan di luar bersama kawan kawan atau mencari hiburan di dunia maya yang sangat banyak negatifnya itu...

Kualiti masa itu apabila kita sebagai ibubapa semaksima mungkin menghabiskan masa yang ada bersama pasangan dan anak dengan aktiviti aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat di samping memperkukuh dan meningkatkan nilai kasih sayang sesama ahli keluarga. ayah dan ibu perlu faham, bahawa anak anak sangat rindu dan perlukan perhatian, dan pelukan kasih sayang ibubapanya. hampir setiap hari ibu dan ayah sibuk dengan urusan kerja, mengapa tidak di hari hari tidak bekerja ibu dan ayah habiskan masa bersama anak anak yang sangat merindui kehadiran insan yang bergelar ibu dan ayah. dengarkan cerita dan celoteh si anak, peluk dan belai bersama kelembutan dan kasih sayang, mengambil tahu pencapaian pelajarannya dan memberi pujian dan ganjaran sewajarnya, bercerita dan berlawak jenaka bersama mereka, bawa mereka keluar bercuti dan beriadhah, makan dan solat berjemaah bersama, dan banyak lagi yang masing masing boleh fikirkan bersama. seronokkan?? lagi baik, waktu bersama sama itu kita kukuhkan nilai rohani anak anak dengan mengingatkan mereka kepada Allah, memerhatikan solat dan bacaan al quran mereka, dan menerapkan akhlak dan nilai murni dalam jiwa mereka. insya Allah...

kualiti masa bersama akan membuatkan ikat kasih sayang sesama ahli keluarga menjadi bertambah erat, anak anak terasa disayangi, mereka juga dengan senang hati melepaskan kita untuk menyambung kerja, dan yakin akan dapat menikmati kegembiraan lagi bersama ibu dan ayah tercinta. insya Allah anak juga tidak berasa kesunyian dan tidak akan terfikir untuk mencari keseronokan di luar.

Alhamdulillah, suamiku sebaik mungkin menghabiskan masa bersama keluarga dengan melakukan aktiviti bersama sama. Sedaya mungkin dia cuba untuk menggembirakan hati setiap ahli keluarganya. bermain dan bergurau senda dengan anak anak, keluar jogging dan riadah bersama, bawa ke taman permainan, bawa bercuti, shopping sama sama, tolong masak dan kemas rumah juga...Alhamdulillah :):):)

untuk itu, sama samalah kita renung sejenak, apakah selama ini kita telah memberikan kualiti masa yang terbaik buat keluarg kita terutamanya anak anak. perhatikan bagaimanakah hubungan kita dengan setiap ahli keluarga, apakah rutin kita di saat kita di rumah, apakah nilai kasih sayang sesama ahli keluarga semakin bertambah atau semakin hambar?? tanya sajalah pada diri..pasti kita punya jawapannya..

ayuh, berikan masa yang berkualiti pada keluarga, semoga ikatan kasih sayang bertambah erat dan kukuh, dan hidup kita akan penuh dengan nilai kasih dan sayang..anak anak juga membesar dengan dipenuhi nilai positif...insyaAllah.
Sunday, 29 March 2015 0 comments By: Naemah

LOST MY HANDPHONE

Handphone satu satunya, Samsung xperia yang berusia hampir 2 tahun, hilang tiba tiba tak dapat dikesan sejak semalam, 28/03/15. jatuh di mana,sampai ke tangan siapa.. Setakat ini hanya dalam ilmu Allah. Semoga ada pada yang jujur...Ameen.

Nak dijadikan cerita, semalam kami sekeluarga ke Taman tasik perdana, untuk habis kan masa bersama di samping menghiburkan anak anak dengan aktiviti luar. Semalam hari terakhir suami di rumah. Hari ini dah perlu terbang ke Labuan untuk urusan kerjanya seperti biasa. Menjadi kebiasaan, suami akan bawa kami sekeluarga makan angin di luar, tak kira dekat atau jauh. Maklumlah, bila dia tiada kami 3 beranak terkurung saja di rumah. Biasanya suami akan berada di sana dalam 4 hari, atau paling lama pun seminggu. 

Kembali kepada handphone yang hilang, ia masih menjadi misteri. Semalam last guna di planetarium, baterinya dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Kalau ikutkan, petang semalam dah tak berbateri lagi dah handphone tu. Handphone tu suami yang pegang kan, sebab aku tak bawa handbag. Ia diserahkan kepada suami ketika kami berada di bilik tayangan di planetarium tersebut. Part tu masih jelas dalam ingatan. Tapi tak pasti suami simpan Kat mana handphone tu sebenarnya. Selepas itu kami jalan Jalan saja di situ melihat pameran dan pemandangan di atas menara. Kemudiannya kami tinggal kan planetarium untuk pulang ke kajang. sebelum sampai ke rumah kami singgah di masjid untuk solat zohor, dan singgah makan kfc di bandar kajang. masa tu memang tak fikirkan handphone dah.badan dah penat,masing masing pun dah mengantuk.malam tu barulah tercari cari.

suami cuba call...eh dapat call. try tengok whatsapp..last seen:10.36pm..maknanya handphone tu masih ada bateri atau seseorang telah mengecasnya. dan seseorang telah membuka whatsapp..apakah?? tapi tetap tak tahu siapa.. orang tersebut diam sehingga hari ini. pagi tadi call balik no tu dah tak dapat...selebihnya terserah pada suami...mungkin lepas ni nak call celcom dan maxis (dual sim) untuk block no tersebut..

soal perasaan.... sedih, terkilan, kecewa, semua ada... dan kini pun hati masih berdukacita. suami dah la jauh... handphone tiada mungkin tak apa sangat. tak ada kepentingan nak cal atau masej siapa pun. telefon rumah pun ada. handphone pun dah retak dan tak bercasing cantik pun. cuma masih berfungsi dengan baik...itu saja.. dan memang dah ada plan nak tukar baru juga. tapi kehilangannya sangat menyakitkan hati... semalaman berfikir apa yang tersimpan di dalam handphone burukku itu. hanya gambar-gambar, video dan masej-masej biasa...tapi gambar dan video anak anak yang sangat aku sayang (ya Allah,semoga tak disalahguna) juga no telefon keluarga dan kawan kawan..Alhamdulillah tiada gambar yang tidak menutup aurat dan tiada tersimpan password atau rahsia penting di dalamnya..tapi...hati masih sedih terkenang :,(

semalaman juga, emosi aku terganggu.nak bercakap dan bergurau tiada mood..kesian suami yang rasa bersalah dan serba salah.dia memujuk dan cuba bergurau, tapi aku tetap kalah dengan emosi. sungguh, aku tak mahu salahkan dia... aku cuba bertenang dan ingat ungkapannya, ini ujian untuk kita berdua...ya, ini hanya ujian yang sangat kecil... buat insan lemah sepertiku...jauh disudut hati............
aku rasa sangat kehilangan, dan aku bimbang ada yang menyalahgunakan...gambar gambar anak dan keluarga, no telefon keluarga dan kawan kawan.... ya Allah, lindungilah...apa yang aku takut, jangan biarkan ia terjadi...

ibrah dan pengajaran yang boleh aku simpulkan dari kejadian di atas ialah pertamanya, tak perlu mengambil gambar dalam keadaan tidak menutup aurat meskipun hanya untuk simpanan sendiri. Alhamdulillah zaman selfie ku dah lama berakhir. sejak berkahwin dan punya anak, hampir semua gambar di dalam hp hanyalah gambar mereka :) zaman muda mudi dulu usah cakaplah..kedua, jangan simpan password atau segala rahsia penting di dalam hp, kecuali kita yakin hanya kita yang faham apa yang kita catatkan itu. ketiga, jagalah barang berharga kita baik2...tapi kalau nak hilang juga, nak buat macamana...keempat, belajarlah erti sabar dan redha di atas segala musibah yang menimpa..insya Allah. dan yang terakhir, sebagai isteri, cuba cubalah untuk menjaga hati suami dengan tidak bermasam muka dengannya, dan memberi respon yang baik terhadap kata katanya. aku akui, perasaan hari ini lebih kepada rasa rindu, rasa bersalah dan berdosa pada suami di atas kelakuan semalam. hanya mengharapkan pengertian dan keampunannya....dan semoga Allah mempertemukan kami lagi dalam bersama perasaan dan suasana yang lebih baik..really miss him :,(



Thursday, 19 March 2015 0 comments By: Naemah

SUAMIKU SEORANG PELAUT

Apa agaknya yang ingin dibicarakan pada entri kali ini? nak bercerita tentang suami kah?? tajuknya macam ye... apa istimewa sangat menjadi isteri seorang pelaut tu??


hmmm.... sekadar tajuk :):):)
alkisah seorang suami, seorang ketua keluarga, seorang yang memikul tanggungjawab yang sangat besar dan berat dalam memberi nafkah dan membekalkan ilmu agama kepada seluruh ahli keluarga. 

ya, sesungguhnya begitulah hakikat seorang suami, juga ayah, dan anak lelaki ibu dan ayahnya...besar dan berat tangungjawabnya. memikul amanah Allah yang bakal dipersoalkan di akhirat kelak. gerun tak??? 

Seorang suami, tugasnya mencari rezeki demi sesuap nasi anak dan isteri, juga untuk menyediakan pakaian dan pendidikan anak isteri. tak kira apa pekerjaannya, yang penting halal mata pencariannya. biar hina dipandang manusia, yang penting berkat dan mulia di sisi Allah. suami kamu mungkin doktor, mungkin pensyarah, mungkin cikgu, mungkin tukang kebun, mungkin petani biasa, mungkin pelaut sepertiku... tak kiralah, bergaji besar atau kecil, kita hanya mahukan keberkatan pada rezeki itu. yang sikit dirasakan cukup, yang banyak boleh dibahagikan pada yang perlu...insya Allah..

Para isteri, hargai penat lelah suami yang bekerja keras untuk menampung hidup kita sekeluarga. jangan hanya fikir `itu memang tanggungjawab dia`.. bersyukurlah pada Allah dikurniakan suami yang ikhlas bekerja untuk keluarga. berapa ramai yang kita lihat para isteri yang menderita dan hidup dalam kesempitan lantaran suami yang malas bekerja dan hanya mengharapkan isteri yang menanggung segala. bersyukurlah suami mencari rezeki pada jalan yang halal, meskipun tak banyak yang dia dapat. sering juga kita dengar ramai yamg terlibat dengan kerja kerja haram, demi mendapat duit yang banyak dan berganda. tapi untuk apa...sekadar memuaskan nafsu. hidup jadi tak tenang, keluarga jadi kucar kacir lantaran berkat Allah tiada bersama.

Para isteri solehah sekalian, rajin rajinlah berdoa untuk kesejahteraan suami, moga Allah mengurniakan kesihatan buatnya, diberi rezeki yang halal dan mencukupi melalui pekerjaannya. Doakan suami agar tak stress dan tertekan dengan segala kerja yamg dilakukannya. semoga suami tetap ikhlas kerana Allah, tetap tenang mengingatkan rezeki yang diusahakan adalah semata untuk anak isteri dan keluarga tercinta..

kembali kepada tajuk...suamiku seorang pelaut :)
laut yang pasti penuh dengan gelombang dan cabarannya yang tersendiri. hati siapa yang tidak risau memikirkan perjuangan suami di medan pekerjaannya. hanya doa yang dapat dikirimkan agar Allah sentiasa menjaganya dan memudahkan segala urusannya. 

begitu juga suami-suami anda, pasti ada cabarannya tersendiri di dunia pekerjaannya. berbeza profesion, berbeza juga rintangannya. pasti suami-suami kita sedang berjuang dan berusaha yang terbaik demi rezeki halal untuk anak dan isteri kan?? tak banggakah kita..tak terharukah kita di atas pengorbanannya dan keikhlasannya dalam memikul tanggungjawab dan amanah Allah...

terima kasih pada suami soleh yang mencari rezeki halal buat isteri dan anak anak... semoga tetap kuat dan tabah... semoga dikurniakan kesihatan dan keselamatan... semoga sentiasa ikhlas kerana Allah agar pekerjaan itu menjadi ibadah buat suami...ameen
Wednesday, 18 March 2015 0 comments By: Naemah

MENJADI YANG SOLEHAH


Assalamualaikum..entri kali ini adalah tentang 'isteri solehah'. Setiap isteri mahu menjadi isteri solehah Dan setiap lelaki mendambakan seorang isteri yang solehah. Tak dinafikan...

Jika ingin disenaraikan sifat-sifat wanita solehah, pasti sangat banyak. Aku tidak bertujuan untuk menyenaraikan atau mengungkaikan satu persatu. Google saja, isteri solehah, pasti banyak bicara tentangnya. Isteri solehah itu lemah lembut bicaranya dan sentiasa tersenyum pada suaminya. Isteri solehah itu sentiasa sabar dengan karenah suami dan anak-anak. Isteri solehah tidak pernah merungut dengan kekurangan dalam rumahtangga dan bersyukur dengan apa yang suami sediakan mengikut kemampuannya. Isteri solehah itu bla bla bla...begitu dan begini... Alangkah indahnya gambaran wanita solehah itu. Alangkah beruntungnya sang suami yang memilki isteri solehah itu...

Adakala terdetik di fikiranku, wujudkah wanita solehah yang serba sempurna itu di zaman ini. Namun Aku percaya, pasti Ada...betapa mulianya dia. Betapa bahagianya insan yang bersamanya. Aku atau mungkin anda juga, mempunyai banyak maklumat dan ilmu tentang bagaimana menjadi isteri yang baik dan solehah. Benarkan?? Kerana aku percaya setiap wanita ingin menjadi yang terbaik untuk suami dan membahagiakannya.. Ya, aku juga. Sebelum berumahtangga lagi sudah khatam banyak buku tentang wanita solehah,wanita syurga, bidadari dunia, dan seumpamanya... Hingga diri benar2 berazam untuk menjadi yang solehah itu. Ya, isteri solehah itu cita2 ku...sangat indah akhlaknya, sangat mulia dirinya... Terdetik juga di hati, bukan susah pun.. Senyum, sabar, taat, lembut tutur bicara, dan segalanya yang baik-baik..


Hmmm...tapi itu gambaran dan pemikiran di saat diri masih solo tak berteman. Segalanya nampak mudah sangat...realiti di alam perkahwinan, pasti bukan semudah itu untuk mendapat gelaran solehah itu. Dalam rumahtangga, kita bukan keseorangan. Ada suami, ada anak anak, yang juga manusia berperasaan seperti kita dan punya sikap dan karenah tersendiri. Kamu perlu menghadapi sikap dan karenahnya, sama juga dia perlu menghadapi sikap dan karenahmu...itu realiti. Dan kerana perkahwinan itu satu perjalanan yang panjang dan bersamanya ada ujian menanti. Dalam ingin menjadi yang sabar, sering kesabaran itu teruji dan pergi. Bicara yang sepatutnya lemah lembut dan sopan kadangkalanya, menjadi tegang dan penuh emosi. Senyuman entah ke mana, asyik nak marah dek rasa tekanan dan tak tahan diuji. Dalam mahu menjadi isteri yang redha dan taat, Ada juga suara tak puas hati yang keluar, Ada juga permintaan suami yang diingkar tanpa sebab..ini lah realiti..persoalannya, layakkah bergelar seorang isteri yang solehah merangkap ibu mithali di mana suami redha kepadanya, dan Allah menjanjikan syurga pula untuknya..layakkah???

Aku sendiri perlu akui...bahawa diri ini, sangat jauh dari memilki ciri ciri wanita solehah itu, meskipun ia cita cita dan impianku. Hanya suami yang dapat menilai isterinya ini. Pada aku, andai suami boleh beri markah 5/10 (sekiranya boleh)...pun aku sudah bersyukur kerana aku sedar yang aku tak layak... Tapi aku tak lupa kan impian dan cita cita besar itu. Aku tetap ingin menjadi yang solehah buat suami ku..maka yang boleh aku janjikan, aku ingin berusaha berubah menjadi yang lebih baik dari yang sekarang ini... Dan aku ingin menyeru para isteri, para wanita, jomlah sama-sama berusaha menjadi wanita dan isteri solehah, yang sejuk mata memandang, yang mampu membuat seluruh isi rumah bahagia dengan kehadirannya... Oh..indah bukan.. Yang paling indah, adalah syurga yang sedang menanti buat isteri yang solehah. Tidak teringinkah anda?? Ya, pasti mahu...tapi percaya lah, syurga itu sangat mahal harganya..

Syabas dan tahniah pada insan mulia yang telah berjaya mendidik diri dan istiqamah dalam membentuk peribadi yang mulia dan solehah..aku mahu menjadi seperti anda juga :) :) :)

Wednesday, 11 March 2015 0 comments By: Naemah

SURI RUMAH VS IBU BERKERJAYA

Merujuk tajuk di atas, izinkan aku memperkenalkan diriku sebagai seorang isteri dan ibu kepada 2 cahaya mata, serta merupakan seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Sebaik menamatkan pengajian dulu, aku terus berumahtangga sebelum sempat melangkah ke dunia pekerjaan. Selepas berkahwin dan seterusnya mempunyai anak, dunia kerjaya terus aku lupakan dengan kerelaan sendiri, meskipun suami memberi pilihan. Alhamdulillah, hari ini sudah 4tahun menjadi suri rumahtangga, menguruskan suami dan anak-anak..

Namun begitu, tulisan ini bukan untuk membandingkan kumpulan mana yang lebih baik..suri rumah atau ibu berkerjaya..sudah pasti keduanya punya kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri... ada yang menjadi suri rumah atas kerelaannya sendiri, namun tak kurang juga yang terpaksa. mungkin atas permintaan suami, atau ketiadaan peluang kerjaya untuknya... begitu juga seorang ibu yang berkerjaya, mereka mungkin bekerja dengan kerelaan dan kelayakannya, dan ada juga yang terpaksa bekerja di atas faktor-faktor yang tertentu...

Jika anda seorang suri rumahtangga. pernahkah anda bertanya pada diri, apakah anda bahagia dan gembira memegang title 'suri rumah' atau sebaliknya.. Alhamdulillah buat mereka yang secara rela menyerahkan diri untuk berbakti di dalam rumahtangga demi kebahagiaan dan kesejahteraan suami dan anak2... pasti syurga buat anda yang ikhlas berbakti kerana sesungguhnya ia bukan kerja yang mudah kan. lebih2 lagi kepada mereka yang belajar tinggi hingga ke universiti hingga mendapat ijazah, master dan sehinggalah phd .. jika anda dapat melupakan kerja yang hebat dan gaji yang lumayan di luar sana semata2 untuk suami dan anak2, berbahagialah, kerana keredhaan Allah pasti bersama anda...



ya..aku pernah mendengar luahan isteri yang kecewa kerana terpaksa berhenti  atas permintaan suami, yang merasa rendah diri apabila melihat kawan2 seangkatan berkerjaya sedang dirinya hanya di rumah, tak kurang yang merasa berdosa dan bersalah pada ibubapa yang banyak berhabis membiayai pengajiannya sedang dia akhirnya hanya terperuk di rumah melayan suami dan anak2 tanpa dapat memberi apa apa balasan dan bayaran buat orang tua...

Usahlah menyimpan rasa begitu dan begini, kerana dirimu seorang suri rumahtangga...redhalah kerana ia satu 'pekerjaan' yang mulia, dan diri dan kehormatanmu insya Allah terpelihara. tidak bahagiakah menjaga makan pakai suami, atau kamu lebih senang jika orang lain yang bersusah payah untuk suami tercinta. suami juga pasti bahagia jika segala tentang dirinya, adalah isteri sendiri yang menguruskannya, dan isteri sendiri yang menjaga anak-anaknya. Aku percaya, setiap suami pasti mengharapkan isteri mereka sendiri yang menguruskan dirinya dan anak-anak. Pasti bahagia ada isteri yang menjaga makan pakai, dan mendidik anak-anak di rumah. Sekurang-kurangnya hati suami lebih tenang di tempat kerja, kerana anak-anak bersama insan yang paling dipercayai..



Dengan kenyataan di atas, bukanlah aku ingin nyatakan seorang suri rumah itu lebih mulia dari anda yang bekerja. Sekiranya kerja anda atas dasar keperluan, di samping urusan rumahtangga anda tetap menjadi keutamaan, aku tetap tabik dan respek..kerana anda adalah superwoman sebenarnya. aku juga tahu, banyak faktor yang membawa seorang wanita itu kepada dunia pekerjaan. Di zaman ekonomi yang semakin parah ini, tidak sedikit isteri yang terpaksa bekerja demi membantu meringankan beban suami. Barangkali juga, anda sangat diperlukan dalam dunia pekerjaan yang sedang anda berada sekarang. Contohnya, seorang doktor wanita sangat diperlukan untuk merawat pesakit wanita. Maka kehadiran anda di dalam dunia pekerjaan tersebut, dapat membantu banyak wanita di luar sana. Atau mungkin di atas faktor-faktor lain yang mendesak.

Pun begitu, aku hanya ingin berpesan pada setiap kaum wanita yang bergelar isteri dan ibu agar tetap mengutamakan rumahtangga walau di mana duduknya anda. Aku tahu, bukan semua ibu yang tidak bekerja dapat mendidik dan memberi sepenuh perhatian pada anak-anak, dan bukan sedikit ibu yang bekerja yang berjaya mendidik anak-anak mereka menjadi insan yang cemerlang dan berguna... kerana bekerja dan tidak bekerja bukanlah isunya.. tetapi bagaimana anda menjadikan masa bersama keluarga itu berkualiti. Kalau 24jam di rumah tapi tangan tak lekang handphone pun tak guna juga, sehingga anak-anak dibiar kan main bersendiri.. sama-sama fikirkan. 

mudah-mudahan, diriku dan mereka yang tidak bekerja dapat menjadi isteri yang dapat berbakti sepenuhnya untuk keluarga dengan seikhlas hati tanpa rasa bosan. Dan ibu yang bekerja juga, pastikan anda telah membuat pilihan yang terbaik untuk diri dan keluarga, bukan hanya untuk memenuhi keinginan sendiri. Ingatlah tempat kita di sisi suami dan anak-anak. merekalah yang paling perlu kita utamakan dalam hidup kita. jadikan kebahagiaan mereka sebagai keutamaan kita. insyaAllah..    
Monday, 9 March 2015 0 comments By: Naemah

TIDAK MAHU MENJADI SINGA



Video di atas menceritakan situasi sebenar yang dihadapi seorang ibu. Aku pasti semua ibu berhadapan dengan situasi ini hampir setiap hari kan... ya, memang begitulah lagaknya anak kecil. Apa perasaan dan tindakan anda ya, jika berada dalam situasi sebegini?? sudahlah berpenat kita melakukan semua kerja, tapi kerja tak sudah2 jugak. kita kemaskan di sini, dia sepahkan di sana. kita sibuk di sini, dia sibuk di sana. betul2 menguji hati si ibu..

Hampir setiap hari berhadapan dengan situasi yang sama. Rutin kita setiap hari pun, lebih kurang sama juga, melakukan kerja2 yang tak pernah sudah. Aku kagum dengan mereka yang pandai dan cekap menguruskan urusan rumahtangga. Segalanya dapat dilakukannya dengan sempurna. aku pasti wujud insan hebat itu, tapi yang pasti bukan aku :) aku insan yang masih mencuba untuk membuat yang terbaik untuk keluargaku. Tapi situasi2 seperti di atas amat mencabar dan menguji kesabaran...

Dalam mahu bersabar dengan karenah anak2, ada masa terlepas marah dan geram juga. Tapi apalah maknanya, memarahi si anak kecil. Akhirnya, diri sendiri yang menyesal dan rasa bersalah. Sering mengingatkan diri agar tingkatkan kesabaran. jangan marah, jangan tinggikan suara... adakala, tak jalan juga. pendek kata, hati sering teruji dengan ragam anak-anak. seharian penat melakukan kerja rumah, ditambah pula dengan geram dengan karenah mereka, maka singa jadianlah jadinya.

Hakikatnya, tak siapapun yang mahu menjadi 'singa' tersebut. watak ibu yang sepatutnya lemah lembut dan penuh kasih sayang, tak sepatutnya bertukar menjadi singa yang garang. tak sepatutnya. namun bukan sedikit yang aku lihat bertukar watak sebegitu. aku juga ada ketikanya... ya, aku juga percaya banyak faktor yang mengubah watak baik seseorang ibu itu. barangkali marahkan sikap suami, anak menjadi mangsa. stress dengan orang-orang sekeliling, atau mungkin diasak dengan tekanan hidup, dan berbagai faktor lagi. Akhirnya, marah dilepaskan kepada yang tidak berdosa. Astaghfirullahala'ziim...

Aku sering dinasihati suami agar tidak marah pada anak-anak. pesannya, jangan marah, jangan bermasam muka dan banyakkan bersabar... apa yang boleh aku ungkapkan: terima kasih suami kerana sering mengingatkan, walau ia tetap juga terjadi. kesian anak2 ku.. lepas marah, tak pernah tak menyesal.. rasa berdosa pada anak2...berdosa pada suami... tidakkan anda juga merasakan begitu. sesungguhnya aku sangat kagum pada ibu-ibu hebat yang tak pernah meninggikan suara pada anak anak mereka. anda terbaik!! pun begitu aku juga percaya, tidak marah bukan bererti terus membiarkan anak2 melakukan kesalahan. yang salah tetap perlu diperbetulkan, tapi mesti dengan cara yang lebih bijaksana.. tentang tindakan yang bijaksana itu, harus perlu banyak membaca buku2 dan mencari ilmu2 parenting yang sangat banyak dan mudah ditemui di zaman sekarang ni... tinggal sejauh mana kita mencuba untuk menjadi yang bijaksana itu...

Aku tinggalkan kuncinya: SABAR
 aku, dan anda semua wahai ibu-ibu... masih perlu meningkatkan nilai sabar di dalam diri. jangan katakan sudah lama bersabar, atau sudah cukup bersabar...tapi teruskanlah bersabar..ya,  tidak semudah ungkapan, perlu lebih kuat untuk melawan dan bertahan...
pesanan buat diriku dan semua..istighfar...istighfar sebanyaknya... sungguh, rasa terlalu  berdosa melihat wajah2 tenang anak syurga itu.mereka tidak wajar menjadi mangsa kemarahan... mereka sangat bersih, mereka sangat suci...sedang kita, adalah sebaliknya...

Anas dan Mussaab...maafkan ummi yang tak sempurna dalam mendidikmu..
Saturday, 7 March 2015 0 comments By: Naemah

SEMOGA BAHAGIA MENJADI SURI


Aku seorang isteri dan ummi..memegang jawatan suri rumahtangga, merangkap pengurus dalam hal ehwal rumahtangga. 4 tahun menjadi suri, menguruskan suami dan anak anak sebenarnya masih sangat baru, maka segalanya masih tak sempurna dan banyak perkara yang perlu diperbaiki. Mahu percaya atau tidak, tugas mengurus rumahtangga sangat mencabar dan menguji kesabaran. Duduk di rumah bukan bererti kita punya banyak masa rehat atau punya masa untuk goyang kaki. Ya, boleh rehat, boleh baring2, boleh bermalas malas, tapi selepas itu, sendiri tanggunglah akibatnya. Kain tak berbasuh, belum masuk  masuk yg bertambun tak berlipat, dapur tak berasap, lantai bersepah sana sini, dan segala macam pemandangan yang membuat kepala tambah pusing. Begitu sekalikan...siapa yang pernah mengalami situasi ini pasti mengerti maksudku...kesimpulannya, kerja rumah, usah bertangguh, usah berkata tunggu dulu kerana ia akhirnya akan menjadi lambakan kerja yang lebih memenatkan...especially untuk ibu ibu yg punya anak kecil :):):)

Ibu ibu yang masih mempunyai anak kecil, perhatian yang perlu diberi kepada si kecil kadang membuatkan kerja banyak tertangguh. Tengah memasak, dia menangis..tengah mencuci pinggan mangkuk, dia memanggil minta dilayan, atau tengah menjemur kain, dia minta main bersamanya... Dah tentu kerja2 tersebut terpaksa ditangguhkan dahulu demi mengutamakan si kecil yang sangat memerlukan perhatian si ibu. Maka pandai2 lah mencari masa yg sesuai untuk melangsaikan segala kerja yang tertangguh..

Dalam urusan rumahtangga ini, kita sebagai seorang isteri dan ibu sangat mengharapkan pengertian dan ehsan seorang suami. Tak kira ibu yang bekerja dan suri rumah sekalipun, kita sangat mendambakan pengertian disertai pertolongan dari seorang suami dalam menyempurnakan segala tugasan. kita tahu suami penat, suami juga perlu tahu kita juga penat, malah kerja kita sebenarnya tidak pernah sudah selagi berada di rumah. ada saja yang perlu dibuat. janganlah marah, kalau rumah kadangkala bersepah, kain tak berlipat, makanan lambat terhidang... berikanlah peluang untuk isteri berehat melepaskan lelah sebentar. bukan isteri malas, tapi adakala tak terkejar..fahamilah...

Aku akui, kerja rumah ku tak berjadual, hingga kadangkala menjadi kelam kabut. Alhamdulillah suami banyak membantu ketika dia berada di rumah. Namun bila difikirkan, betapa pentingnya jadual tugasan di rumah.. biar kerja sistematik, dan tak ada yang terlupa dan terkecuali. kalau dalam satu masa nak buat itu dan ini, memanglah sangat memenatkan. jika berjadual, pasti lebih mudah.. kita tahu hari ini apa yang perlu dibuat, dan yang mana satu perlu dibuat setiap hari, atau 2-3 kali seminggu... dan yang mana satu menjadi tugasan mingguan atau bulanan... bila berjadual, insyaAllah segalanya menjadi lancar. cubalah... aku juga sedang berusaha ke arah itu. sama2lah kita '___'

Oleh itu wahai ibu ibu sekalian, jangan pernah mengeluh dengan tugasan yang banyak di rumah ya. sentiasa perbaharui niat, hanya semata2 kerana Allah. ingin melihat suami dan anak2 bahagia dan terurus dari hasil tangan dan keringat kita sendiri, insyaAllah.. jangan stress, jangan tension, lebih2 lagi dengan karenah anak2 kecil yang masih belum mengerti kelelahan kita.. doakan semuanya baik2 saja.. semoga Allah redha dengan segala usaha kita..ameen

Teringat pesanan Rasulullah SAW buat puterinya Fatimah RA yang mengadu kepenatan dalam menguruskan rumahtangga... Rasul menitipkan pesanan agar mengamalkan zikir SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHU AKBAR  setiap hari sebagai ubat dan azimat, serta hadiah dari Allah buat kaum wanita yg bergelar isteri dan ibu. pasti besar ganjarannya di sisi Allah.. jomlah teman2 kita mengamalkannya setiap hari, moga2 segala tugasan harian tidak menjadi beban, malah insyaAllah menjadi penguat semangat dan penghapus penat...insya Allah

Petikan hadis yg dirujuk berkenaan dengan zikir/tasbih Fatimah:


Ali bin Abi Thalib menceritakan bahawa Fatimah (isterinya, juga puteri Rasulullah) merasa sakit tangannya karena menumbuk (menguli) tepung dan ketika itu pula ada seorang pelayan yang menawarkan dirinya (untuk berkhidmat) kepada Rasulullah. Fatimah datang menemui Rasulullah untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berhasil menemui Rasulullah dan hanya bertemu dengan Aisyah. Kemudian Fatimah menitip pesan kepada Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. 
Ketika Rasulullah tiba di rumah, Aisyah pun memberitahu baginda tentang kedatangan Fatimah. Ali berkata, lalu Rasulullah pergi ke rumah kami ketika kami tengah berbaring hendak tidur. Maka kami segera bangun, tetapi baginda mencegahnya seraya berkata: “Tetaplah di tempat kalian!” Kemudian Rasulullah duduk di antara kami hingga saya merasakan dinginnya telapak kaki beliau yang menyentuh dada saya. Setelah itu, Rasulullah bersabda: 
“Inginkah kalian berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian minta? Apabila kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) tiga puluh empat kali, tasbih (Subhanallah) tiga puluh tiga kali dan tahmid (Alhamdulillah) tiga puluh tiga kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.”
Selanjutnya Ali menerangkan: “Saya tidak pernah meninggalkan bacaan tersebut semenjak saya mendengarnya daripada Rasulullah.” Seseorang bertanya kepadanya: “Wahai Ali, apakah kamu juga tidak meninggalkan doa ini pada malam perang Shiffin?” Ali menjawab: “Ya. Saya tidak pernah meninggalkan bacaan (zikir) ini pada malam perang Shiffin sekalipun.” [Shahih Muslim, no: 4906]



Friday, 6 March 2015 0 comments By: Naemah

MENANAM SIFAT QANAAH



Aku cuba memilih untuk hidup sekadarnya. Sekadar kemampuan suami dalam memberi dan menyediakan yg terbaik untuk isterinya ini. Kerana aku juga yakin dan percaya dia juga sedang berusaha untuk memberikan yg terbaik untuk keluarga ini. Aku memohon kepada Allah yang Esa agar dikurniakan hati yang merasa cukup dengan apa yang ada dn mensyukurinya. Suami juga sering berpesan agar dalam diri ini tersimpan sifat qanaah yaitu merasa cukup dengan apa yg ada..

Abu Hurairah radiallahu meriwayatkan Nabi SAW bersabda: bukan lah kekayaan itu dengan banyaknya harta, tetapi kekayaan itu ialah apabila diri berasa cukup. (Sahih Al-bukhari, kitab al-riqaq, hadis no: 6446)

'Abdullah bin 'Amru bin Al-'As radiallahu anhu meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: berjayalah sesiapa yg Islam, lalu dikurniakan rezeki yg cukup, dan Allah menjadikan dia berasa cukup dengan apa yang diberikan kepadanya. (Sahib Muslim, kitab az-zakat, hadis no: 2293)



Kita juga tahu, bahawa sifat manusia ini sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang ada.  Mahukan yang lebih dan lebih lagi... Ya Allah, aku akui, adakalanya aku juga begitu. Mengaharapkan yang tiada, sedangkan yang ada Jarang sekali disyukuri. Sering merasa tidak cukup, sedangkan di mata orang lain barangkali kita sudah lebih dari cukup. Tapi begitulah nafsu...sentiasa mahu lagi dan ingin tambah lagi...bukan ingin tuju kepada sesiapa, kerana aku juga di dalam golongan itu. 

Kadang memikirkannya, terasa malu dan berdosa pada Tuhan. Diri mahukan segalanya, sedang amal tak bertambah, syukur jarang sekali. Padahal segalanya kurniaan Allah. Allah memberi dan terus memberi. Setiap saat setiap detik, walau dalam diri tidak menyedarinya. Allah...berdosanya diri..

Mengapa rasa tidak cukup?? Mengapa inginkan yang lebih?? Mungkin kerana sering memandang pada mereka yang punya lebih dari kita, Dan terlupa pada hakikatnya, ,masih ramai yang kurang berbanding kita. Ya Allah...terus dihambat rasa berdosa.. Yang didambakan itu hanya material semata, bukan sesuatu yang akan menambahkan nilai kita di sisi Tuhan. Tanyalah pada diri, pasti setiap orang ada kemahuan tersendiri yang masih belum dipenuhi kan. Ya.... Aku juga. Aku hanya ingin mengajak diriku Dan kalian untuk berfikir, segala yang diinginkan itu adalah untuk apa? Dan untuk siapa? Kita sendiri punya jawapannya...alangkah malangnya, jika semua itu adalah semata mata untuk kepuasan nafsu sendiri...

Aku tidak mengatakan salah pada mereka yang menyimpan impian untuk memiliki rumah besar dan mewah, kereta mewah, pakaian cantik, perabot mahal, dan sebagainya... Milikilah apa saja mengikut kemampuan diri, asal saja tidak sehingga membazir, kegunaanya di batas syariat, bukan tujuan kemegahan dan untuk nilaian manusia, dan seumpamanya. dan jangan sesekali hingga kita lupa untuk bersyukur kepada yang Memberi, dan sehingga terlupa pada mereka yang tiada...ingatlah juga, setiap harta dan segala yang Allah kurniakan kepada kita akan dipersoalkan selepas kematian kita nanti.. Ya..ingat mati. Terus terputus keinginan yg bersifat duniawi...

Muhasabah... Diriku juga perlu sering bermuhasabah. Kerana aku juga antara manusia yang sering kalah Dan terpedaya dengan bisikan nafsu...

Ya Allah..tanamkan sifat qanaah di dalam diri kami. Moga tetap merasa cukup Dan bersyukur dengan apa yang kami ada. Ameen