Thursday 19 March 2015 By: Naemah

SUAMIKU SEORANG PELAUT

Apa agaknya yang ingin dibicarakan pada entri kali ini? nak bercerita tentang suami kah?? tajuknya macam ye... apa istimewa sangat menjadi isteri seorang pelaut tu??


hmmm.... sekadar tajuk :):):)
alkisah seorang suami, seorang ketua keluarga, seorang yang memikul tanggungjawab yang sangat besar dan berat dalam memberi nafkah dan membekalkan ilmu agama kepada seluruh ahli keluarga. 

ya, sesungguhnya begitulah hakikat seorang suami, juga ayah, dan anak lelaki ibu dan ayahnya...besar dan berat tangungjawabnya. memikul amanah Allah yang bakal dipersoalkan di akhirat kelak. gerun tak??? 

Seorang suami, tugasnya mencari rezeki demi sesuap nasi anak dan isteri, juga untuk menyediakan pakaian dan pendidikan anak isteri. tak kira apa pekerjaannya, yang penting halal mata pencariannya. biar hina dipandang manusia, yang penting berkat dan mulia di sisi Allah. suami kamu mungkin doktor, mungkin pensyarah, mungkin cikgu, mungkin tukang kebun, mungkin petani biasa, mungkin pelaut sepertiku... tak kiralah, bergaji besar atau kecil, kita hanya mahukan keberkatan pada rezeki itu. yang sikit dirasakan cukup, yang banyak boleh dibahagikan pada yang perlu...insya Allah..

Para isteri, hargai penat lelah suami yang bekerja keras untuk menampung hidup kita sekeluarga. jangan hanya fikir `itu memang tanggungjawab dia`.. bersyukurlah pada Allah dikurniakan suami yang ikhlas bekerja untuk keluarga. berapa ramai yang kita lihat para isteri yang menderita dan hidup dalam kesempitan lantaran suami yang malas bekerja dan hanya mengharapkan isteri yang menanggung segala. bersyukurlah suami mencari rezeki pada jalan yang halal, meskipun tak banyak yang dia dapat. sering juga kita dengar ramai yamg terlibat dengan kerja kerja haram, demi mendapat duit yang banyak dan berganda. tapi untuk apa...sekadar memuaskan nafsu. hidup jadi tak tenang, keluarga jadi kucar kacir lantaran berkat Allah tiada bersama.

Para isteri solehah sekalian, rajin rajinlah berdoa untuk kesejahteraan suami, moga Allah mengurniakan kesihatan buatnya, diberi rezeki yang halal dan mencukupi melalui pekerjaannya. Doakan suami agar tak stress dan tertekan dengan segala kerja yamg dilakukannya. semoga suami tetap ikhlas kerana Allah, tetap tenang mengingatkan rezeki yang diusahakan adalah semata untuk anak isteri dan keluarga tercinta..

kembali kepada tajuk...suamiku seorang pelaut :)
laut yang pasti penuh dengan gelombang dan cabarannya yang tersendiri. hati siapa yang tidak risau memikirkan perjuangan suami di medan pekerjaannya. hanya doa yang dapat dikirimkan agar Allah sentiasa menjaganya dan memudahkan segala urusannya. 

begitu juga suami-suami anda, pasti ada cabarannya tersendiri di dunia pekerjaannya. berbeza profesion, berbeza juga rintangannya. pasti suami-suami kita sedang berjuang dan berusaha yang terbaik demi rezeki halal untuk anak dan isteri kan?? tak banggakah kita..tak terharukah kita di atas pengorbanannya dan keikhlasannya dalam memikul tanggungjawab dan amanah Allah...

terima kasih pada suami soleh yang mencari rezeki halal buat isteri dan anak anak... semoga tetap kuat dan tabah... semoga dikurniakan kesihatan dan keselamatan... semoga sentiasa ikhlas kerana Allah agar pekerjaan itu menjadi ibadah buat suami...ameen

0 comments:

Post a Comment