Assalamualaikum..entri kali ini adalah tentang 'isteri solehah'. Setiap isteri mahu menjadi isteri solehah Dan setiap lelaki mendambakan seorang isteri yang solehah. Tak dinafikan...
Jika ingin disenaraikan sifat-sifat wanita solehah, pasti sangat banyak. Aku tidak bertujuan untuk menyenaraikan atau mengungkaikan satu persatu. Google saja, isteri solehah, pasti banyak bicara tentangnya. Isteri solehah itu lemah lembut bicaranya dan sentiasa tersenyum pada suaminya. Isteri solehah itu sentiasa sabar dengan karenah suami dan anak-anak. Isteri solehah tidak pernah merungut dengan kekurangan dalam rumahtangga dan bersyukur dengan apa yang suami sediakan mengikut kemampuannya. Isteri solehah itu bla bla bla...begitu dan begini... Alangkah indahnya gambaran wanita solehah itu. Alangkah beruntungnya sang suami yang memilki isteri solehah itu...
Adakala terdetik di fikiranku, wujudkah wanita solehah yang serba sempurna itu di zaman ini. Namun Aku percaya, pasti Ada...betapa mulianya dia. Betapa bahagianya insan yang bersamanya. Aku atau mungkin anda juga, mempunyai banyak maklumat dan ilmu tentang bagaimana menjadi isteri yang baik dan solehah. Benarkan?? Kerana aku percaya setiap wanita ingin menjadi yang terbaik untuk suami dan membahagiakannya.. Ya, aku juga. Sebelum berumahtangga lagi sudah khatam banyak buku tentang wanita solehah,wanita syurga, bidadari dunia, dan seumpamanya... Hingga diri benar2 berazam untuk menjadi yang solehah itu. Ya, isteri solehah itu cita2 ku...sangat indah akhlaknya, sangat mulia dirinya... Terdetik juga di hati, bukan susah pun.. Senyum, sabar, taat, lembut tutur bicara, dan segalanya yang baik-baik..
Hmmm...tapi itu gambaran dan pemikiran di saat diri masih solo tak berteman. Segalanya nampak mudah sangat...realiti di alam perkahwinan, pasti bukan semudah itu untuk mendapat gelaran solehah itu. Dalam rumahtangga, kita bukan keseorangan. Ada suami, ada anak anak, yang juga manusia berperasaan seperti kita dan punya sikap dan karenah tersendiri. Kamu perlu menghadapi sikap dan karenahnya, sama juga dia perlu menghadapi sikap dan karenahmu...itu realiti. Dan kerana perkahwinan itu satu perjalanan yang panjang dan bersamanya ada ujian menanti. Dalam ingin menjadi yang sabar, sering kesabaran itu teruji dan pergi. Bicara yang sepatutnya lemah lembut dan sopan kadangkalanya, menjadi tegang dan penuh emosi. Senyuman entah ke mana, asyik nak marah dek rasa tekanan dan tak tahan diuji. Dalam mahu menjadi isteri yang redha dan taat, Ada juga suara tak puas hati yang keluar, Ada juga permintaan suami yang diingkar tanpa sebab..ini lah realiti..persoalannya, layakkah bergelar seorang isteri yang solehah merangkap ibu mithali di mana suami redha kepadanya, dan Allah menjanjikan syurga pula untuknya..layakkah???
Aku sendiri perlu akui...bahawa diri ini, sangat jauh dari memilki ciri ciri wanita solehah itu, meskipun ia cita cita dan impianku. Hanya suami yang dapat menilai isterinya ini. Pada aku, andai suami boleh beri markah 5/10 (sekiranya boleh)...pun aku sudah bersyukur kerana aku sedar yang aku tak layak... Tapi aku tak lupa kan impian dan cita cita besar itu. Aku tetap ingin menjadi yang solehah buat suami ku..maka yang boleh aku janjikan, aku ingin berusaha berubah menjadi yang lebih baik dari yang sekarang ini... Dan aku ingin menyeru para isteri, para wanita, jomlah sama-sama berusaha menjadi wanita dan isteri solehah, yang sejuk mata memandang, yang mampu membuat seluruh isi rumah bahagia dengan kehadirannya... Oh..indah bukan.. Yang paling indah, adalah syurga yang sedang menanti buat isteri yang solehah. Tidak teringinkah anda?? Ya, pasti mahu...tapi percaya lah, syurga itu sangat mahal harganya..
Syabas dan tahniah pada insan mulia yang telah berjaya mendidik diri dan istiqamah dalam membentuk peribadi yang mulia dan solehah..aku mahu menjadi seperti anda juga :) :) :)
0 comments:
Post a Comment