Friday, 26 February 2016 0 comments By: Naemah

WAHAI YANG SEDANG DIUJI

Alhamdulillah untuk kehidupan hari ini. Kehidupan yang merupakan satu anugerah yang tak ternilai dengan apapun. Syukur dapat bernafas dan meneruskan aktiviti harian di samping keluarga yang tercinta.

Namun kehidupan juga merupakan sebuah medan ujian. Di sini kita akan diuji, tak siapapun yang akan terlepas. Ya, ujian yang pelbagai dan berbeza bagi setiap insan. Diuji selayaknya, di mana kekuatan kita yang Allah sahaja mengetahuinya. Kadang kita fikir kita tak mampu menghadapi, tapi Allah lebih tahu yang kita mampu. Kerana itu ujian tersebut hadir untuk kita, bukan untuk orang lain.

Ujian itu bukti Allah sayang. Kerana seringkali ujian itulah yang akan kembalikan hati kita kepadaNya. Kerana disaat kita diuiji itulah hati kita teringat padaNya. Kerana di kala berhadapan dengan ujian itulah kita sedar hanya padaNya tempat kita bersandar, mengadu dan menangis. 

Kita diuji dengan ujian yang berbeza. Sekali lagi ya, kerana Allah lebih tahu di mana kekuatan kita. Kerana Allah tahu kita lebih mampu menghadapi ujian ini berbanding orang lain. Ada insan diuji dengan penyakit meskipun berharta, ada yang diuji tanpa zuriat meskipun mereka pasangan rupawan yang dicemburui, ada yang diuji dengan kemiskinan meskipun kuat bekerja, dan segala bentuk ujian yang lain. 

Namun bersama ujian itu, tetap kita diberi kelebihan yang lain yang mungkin kita tidak sedar, dan mungkin tiada pada orang lain. Alangkah baik jika kita menerima segala ujian dengan redha dan sabar. Alangkah lebih baik kita melihat ujian itu sebagai sesuatu yang sangat kecil, berbanding nikmat yang pastinya lebih banyak telah Allah kurniakan buat kita. Ya, terlalu banyak dan jarang dihitung dan disyukuri. Andainya kita sedar, pasti ujian dilihat sangat kecil dan insya Allah mampu diatasi. 

Percayalah bahawa ujian yang hadir adalah kerana Allah kasih kepada kita. Percayalah ujian yang hadir akan meningkatkan darjat kita ke satu tahap yang lebih mulia di sisiNya. Dengan syarat, kita redha dan sabar menempuh segalanya kerana Allah. 

Insan manakah yang tidak diuji? Semuanya berhadapan dengan ujian yang pelbagai, menuntut kesabaran dan kekuatan. Malah, insan mulia seperti para Rasul lebih berat ujiannya, dan lebih mulia mereka di sisi Allah. 

Kita... Insan hina dan biasa ini. Hanya cebisan ujian yang Allah berikan. Menuntut kesabaran dan pasrah kita kepadaNya. Ujian dan dugaan yang pasti diiiringi dengan kesenangan dan jalan keluar. Kerana tak pernah Allah membiarkan kita sendiri dalam menempuh ujianNya tanpa dihulurkan pertolonganNya. Tak pernah sekali kali..

Ya, Allah sentiasa ada untuk kita. Allah ada... Dan sangat dekat.

Tabahkan hati dalam menempuh ujian hidup ini. La tahzan!! Usah bersedih wahai insan yang sedang diuji. Pertolongan Allah akan sentiasa ada untukmu..

MY BLOG: 1st ANNIVERSARY :)




Genap setahun usia blog ini. Setahun sudah aku setia menulis di sini, meskipun bukan saban hari. Di sini tempat aku mencoret idea, mencurah rasa, membuka cerita, dan menyimpan kenangan. 

Entri pertamaku suatu ketika dulu taaruf
Ya, pada asalnya ingin fokus pada catatan tentang homeschooling anak anakku. Tapi akhirnya ia bukan sekadar homeschooling. Malah, banyak pula kisah homeschooling yang gagal dicatat dengan sempurna. Atas banyak halangan, update tentang homeschooling anak anak menjadi sukar dan terbatas. Insya Allah akan usahakan yang terbaik lagi :)

Menulis memang sudah menjadi minat sejak dulu. Seronok dan rasa puas bila dapat hasilkan satu tulisan. Tak kisah, ia menarik untuk orang lain atau tidak, yang penting hati sendiri yang seronok nak baca semula tulisan sendiri. Namun yang cuba aku ingatkan diri, biarlah tulisan itu baik dan bermanfaat. Mudah mudahan ada sedikit ilmu yang akan sampai pada sesiapa yang singgah di blog ini. Insya Allah.

2016. Tahun baru yang kian mencabar. Insya Allah akan terus setia menulis di sini meskipun bersama kekangan masa dan kesukaran yang bakal ditempuh. 

Semoga Allah permudahkan, dan semoga ia bermanfaat ;) 


Wednesday, 24 February 2016 0 comments By: Naemah

CATATAN KEHAMILAN: MORNING SICKNESS




Hari ini genap 7 minggu usia kandunganku. Alhamdulillah sehingga tahap ini.. pengalaman mengandung yang kelima (2 keguguran). 

walaupun kali kelima, ini merupakan kali pertama aku mengalami morning sickness. sebelum ni?? 
ya, jawapannya tak pernah. tiada loya dan mual. tidak juga sehingga hilang selera makan. seingat aku, ketika mengandungkan Anas anak sulungku, rasanya dalam sehari dua je aku rasa loya. lepas tu ok dah. selera makan tak berkurang, malah semakin baik. Saat mengandungkan Mussaab anak keduaku juga tiada sebarang rasa yang menggambarkan aku mengalami morning sickness. selera makan, memang bertambah2 :) yang keguguran tu pun sama juga... 

Tetapi pengalaman kali ini sangat berbeza. Masuk minggu ke enam, aku dah mula rasa mual dan loya. Rasa nak termuntah, tapi setakat ni masih boleh ditahan. Sangat sensitif dengan bau2 seperti masakan dan wangian. paling tak boleh tahan, bau nasi dan peti ais. uweek... memang kembang tekak. selera makan merosot, masuk hari ke5 aku tak menjamah nasi. memang pecah record mengandung kali ni. Hanya makan roti, biskut, mi dan buah. kebetulan pula suami outstation, teringin nak makan benda lain pun tahan jelah. makan apa yang ada, makan apa yang boleh ditelan saja

Hari ini suami dah ada kat rumah. Sarapan pagi dia yang masakkan. Masak nasi goreng, tapi aku tetap tak boleh telan. suapkan anak anak je. perut rasa lapar, namun tekak masih loya dan mual. sabar sajalah... syukur masih ada benda lain yang boleh ditelan. walaupun badan sebenarnya dah rasa lemah dan lesu.. rasa nak tidur dan rehat je..

Tapi... ada anak anak dan rumahtangga yang perlu diuruskan. aku buat sekadarnya yang termampu. Pagi ni suami kena masuk ofis pula. so kena masak juga lunch ni untuk anak anak. yang sebenarnya hari ni rasa makin teruk loya di tekak ni. Entah berapa kali dah ber'uweek' sampai Anas dah tanya ummi kenapa?? Paling tak tahan bila masuk ke dapur.. tapi tahan jugalah..

Semoga Allah permudahkan urusan mengandung kali ini. Semoga Allah pelihara kandungan ini agar selamat di dalam kandungan dan selamat dilahirkan. Insya Allah.. 
Monday, 15 February 2016 0 comments By: Naemah

UIA:I'M COMING

Baru baru ini berpeluang ke UIA setelah sekian lama meninggalkan kampus tercinta itu. Kali terakhir berada di sana ialah ketika hari konvokesyenku pada tahun 2010. Akhirnya 2016 dapat kembali lagi menjejak bumi yang menyimpan 1001 kenangan ini. Ke uia untuk tujuan pendaftaran adik iparku di sini dalam kuliyah ilmu wahyu. Ketika meninggalkan uia dulu, masih muda belia. Kini kembali bersama suami dan anak anak (juga ibu mertua dan adik ipar). Allah.. Masa sangat pantas berlalu. 

Saat masuk ke gerbang uia, mata tak lepas memandang setiap sudut. 4 tahun di situ, boleh dikatakan setiap sudut menyimpan kenangan. Setiap sudut, ada ceritanya tersendiri. Dari post guard, CAC, bangunan kuliyah architecture dan engineering dan seterusnya, semuanya tempat yang pernah kujejaki. Bangunan kuliyah education yang dulunya sedang dibina ketika di tahun akhir pengajianku, kini tersergam di puncak bukit bertentangan dengan kuliyah engineering. 

Tempat pertama yang kami tuju ialah mahallah Maryam di mana adik iparku diberi penempatan di situ. Mahallah Maryam berdekatan dengan mahallahku dulu iaitu Mahallah Aminah. Saat melepasi mahallah Aminah juga mata tak lepas memerhati setiap blok yang bangunan yang berwarna coklat itu. Masih seperti dulu. Rindu membuai. Wajah teman teman sebilik terbayang di mata. Di sini tempat kami berkenalan, menjalin persahabatan dan mengharung suka duka bersama. Sangat rindu saat itu...

Agak lama juga berada di Mahallah Maryam. Sempat makan makan di cafe sementara menunggu adik iparku selesai irusan pendaftaran. Selepas itu naik ke biliknya dan meninggalkannya di mahallah tersebut. 

Dalam perjalanan pulang kami melalui bangunan kuliyahku, economic and management sciences. Oh, rindu sangat pada tempat pengajianku ini. Suamiku melencong masuk ke kawasan kuliyah untuk aku tangkap gambar :) selepas itu terus bergerak pulang meninggalkan uia tercinta. Mungkin akan datang lagi, memandangkan adik ipar ada di sini. 

Itulah sedikit coretan terindah sejak sekian lama meninggalkan bumi uia dan akhirnya kembali lagi. Pastinya ada berbagai rasa di dalam hati ini. Maklum saja, di sini tempat aku belajar dan berkawan. Di sini tercipta terlalu banyak kenangan suka duka, pahit dan manis.

Uia is the best!!

















DI RUMAH BARU INI



Sudah berada di bulan Februari 2016. Hampir 2 bulan sudah kami sekeluarga bermastautin di rumah sewa baru yang bertempat di Semenyih.

Alhamdulillah anak anak lebih suka dan lebih bebas bermain di sini. Rumah juga lebih besar dan selesa. Pastinya ada sedikit perbezaan buat kami.

Di sini jiran kebanyakannya melayu, tak seperti dulu yang kebanyakannya india. Baru berkenalan dengan jiran depan rumah. Jiran kiri dan kanan masih tak bertegur sapa. Maklum saja, masing masing pasangan yang bekerja. Awal pagi sudah keluar, malam baru balik rumah. Memang belum ada kesempatan untuk kenal. Di hari minggu pun agak sukar untuk berkebetulan jumpa kat luar rumah. Insya Allah, suatu hari nanti diizinkan Allah untuk berkenalan dengan jiran kami ini.

Di rumah baru ini juga aku dan suami mula mengajar anak anak untuk tidur di bilik sendiri. Dah siap belikan katil buat Anas dan Mussaab. Masih belum biasa, dan perlu banyakkk bersabar. Malamnya memang akan tidurkan mereka di katil masing masing sebelum aku masuk tidur. Tapi kadang kadang terjaga dari tidur Anas dah ada di tepi di dalam bilik kami. Hampir setiap malam meskipun dah dipesan setiap malam juga. Yang adiknya pula, akan terjaga 2-3 kali satu malam, menangis dan minta disusu. Maka kerapkali juga la berulang ke bilik mereka untuk tidurkan si kecil. Sabar jelah... Insya Allah mereka akan jadi biasa dengan bilik mereka nanti. 

Di rumah ini juga suami decide untuk memelihara kucing. Kucing parsi betina yang berusia 2 bulan menjadi pilihan suamiku. Mulanya agak berat untuk aku bersetuju dengan permintaannya, tapi tengokkan kesungguhan suamiku, dan disokong pula oleh Anas, aku akhirnya bersetuju. Masih dalam tempoh nak membiasakan diri dengan kehadiran si comel ini. Semoga ianya dapat dijaga dengan baik. Risau juga, dulu pernah bela arnab tapi tak lama bila ditakdirkan arnab itu mati :,(
Semoga Allah menjaga si comel yang diberi bama Olly ini.

Di sini juga, tahun baru dan di rumah baru ini aku ditakdirkan hamil lagi selepas mengalami keguguran pada bulan Disember 2015. Alhamdulillah, syukur ku panjatkan hanya padaNya. Kini kandungan masuk minggu ke 6. Tak dinafikan, rasa risau dan bimbang itu tetap ada di hatiku mengenangkan pengalaman lepas. Namun, hanya pada Allah aku berserah dan berdoa. Semoga ini rezeki buat kami. Sesungguhnya aku rindu untuk hamil dan melahirkan si comel lagi :) insya Allah.

Itu saja antara coretan sepanjang di tempat baru ini. Masih terlalu baru di taman pelangi semenyih 2 ini. Tapi aku sukakannya. 

Dah agak lama tak update blog ni. Bila dah berhenti, terasa malas pula nak menulis. Insya Allah cuba gagahkan dan rajinkan diri. Tulis yang baik baik dan bermanfaat :)

Insya Allah


Thursday, 4 February 2016 0 comments By: Naemah

I LOVE U

I love you

Saying those words sincerely in the beginning of a marriage is easy. It is new and exciting. You are with your newly-wedded spouse and you are happy.

Give it a few years.

After all the bad habits pop up and after all the fights break out, it is not as easy to say those words anymore.

But that is when those words matte the most.
If you can still say those words, after all those years being together, then you have truly learned what is true love and how to love.

Happy old couples don’t stay together because they don’t fight. Happy old couples don’t stay together because they their physical beauty last. Happy old couples don’t stay together because they’re both angels.

Happy old couples stay together because despite what they know about each other and despite all the good, the bad and the ugly that they have witnessed in each other, they still say, “I love you”.

And they mean it


Aiman Azlan