Ayam masak merah simple dariku. sesekali menikmatinya, berselera juga makan walaupun ia bukan masakan kegemaranku. sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi tomato, dan sebagainya...
Bahan2:
Ayam dipotong kecil- gaul bersama garam dan kunyit, kemudian goreng (seserhana masak)
bawang merah dan bawang putih- hiris atau kisar bersama
cili kering- kisar
sedikit cili boh
sedikit sos cili
sedikit kiub pati ayam
gula
garam
sedikit air
asam keping
bawang kuning-potong bulat
**kadang2 masukkan daun pandan
cara2:
tumis bawang merah, bawang putih, cili kisar dan cili boh sehingga pecah minyak
masukkan sedikit air dan kiub pati ayam, kacau sebentar
masukkan asam keping, gula dan garam secukup rasa, biarkan kuah mendidih
masukkan ayam goreng tadi, kacau dan biarkan sebentar
akhir sekali masukkan bawang kuning yg dipotong bulat, kacau sebentar dan sudah siap..
0 comments:
Post a Comment