FLASH CARDS/KAD IMBAS



Assalamualaikum pembuka bicara. Hari ini aku ingin berbicara tentang tajuk yang sangat simple iaitu flash card. ye, flash card je. Aku percaya, pasti ramai ibubapa yang sudah mendedahkan anak2 mereka dengan flash cards untuk merangsang ingatan dan memori anak2. 

Aku juga mula memperkenalkan huruf kepada anak-anak dengan cara menggunakan flash cards. Kalau tak silap aku mulakan pada Anas ketika dia berusia 6 bulan lagi. Tapi aku pasti, ada ibubapa yang memperkenalkan pada anak2 mereka di usia yang lebih awal. Alhamdulillah... ia sangat membantu kan. 

Aku mula memperkenalkan Anas dan Mussaab dengan huruf-huruf hijaiyyah. Kesannya, anak- anak cepat mengingati huruf beserta sebutannya. Untuk Anas, hampir setiap hari aku bermain flash card dengannya.. tapi  Mussaab, tak sekerap Anas. Mungkin kerana sibuk mengajar Anas yang semakin meningkat sukatan pelajarannya, adik yang masih di peringkat bawah, dilupakan.. Astaghfirullahala'zim... sungguh rasa bersalah pada Mussaab. tapi bukanlah sehingga terlupa terus. Aku tetap berusaha untuk memberikan yang sama buat Mussaab sepertimana yang aku berikan pada Anas. 

Aku sangat menggalakkan para ibubapa untuk memiliki flash cards di rumah dan mengajar anak-anak mereka yang masih kecil. tak mengapalah anak itu masih bayi dan kelihatannya seperti tiada respon yang diberikan saat anda mengajarkannya, tapi jangan tak percaya, umur setahun atau mungkin lebih awal lagi, dia dah hafal semua huruf dan nombor yang pernah diperkenalkan ketika usia bayinya. seingat aku, di usia setahun Anas sudah boleh menyebut huruf-huruf mudah disebut seperti Aaa...Baa..Maa.. saat aku menunjukkan huruf padanya. Mussaab juga di usianya sekarang, 1tahun 1bulan, sudah ada sebutan yang berjaya disebutnya dengan baik, cuma masih belum betul2 berjaya dipadankan dengan huruf yang betul. Tapi aku yakin dan percaya, semuanya sudah ada di kotak memorinya. InsyaAllah Mussaab juga akan seiring dan selangkah dengan abangnya, Anas. 



Inilah gambarannya saat belajar menggunakan flash card. agaknya tak fun belajar kalau tak sepahkan kad2 tu :)


Lagipun sekarang ni, di mana-mana kedai buku pun ada dijual flash cards. Bukan terhad kepada huruf dan nombor sahaja, malah ada juga yang dibuat untuk kategori buah, pekerjaan, kenderaan, dan sebagainya. senang cakap, ada bermacam-macam pilihan untuk kita sebagai ibubapa untuk memilih dan mengajar anak-anak di rumah. Tak perlulah nak tunggu anak-anak masuk sekolah dulu baru nak pandai kan, yang simple-simple dan yang mana boleh kita ajar di rumah, mengapa tidak kita mencuba. cuba-cubalah dedahkan anak-anak dengan sikap suka belajar sejak dari kecilnya. dapat mengajar mereka 5 minit satu sessi pun dah cukup berpuas hati. Insya Allah.. 




Anas Zaydan, ketika usianya 1 tahun 4 bulan

0 comments:

Post a Comment