Saturday 31 March 2018 0 comments By: Naemah

MELAKA: KAMI DATANG LAGI

Melaka kami datang lagi, selepas kali terakhir menjejakkan kaki ke sini lebih kurang 6 bulan yang lepas. Kali ini untuk meraikan permintaan Anas yang bila teringin nak minum coconut shake, mesti ajak ke Melaka :) Hari ini barulah berkesempatan.

Kami bertolak dari rumah jam 9.30 pagi. Sebelum sampai Melaka, singgah sekejap di kedai bundle ‘polymall bundle’ yang letaknya di Port Dickson. Abi belikan sepasang kasut untuk Mussaab dan Miqdad. Kemudian teruskan perjalanan ke Melaka.

Ini dia, Mussaab dan Miqdad menggayakan kasut ‘baru’ mereka. Cantik kan?










 Destinasi pertama ialah pantai Pengakalan Balak. Sebelum tu dah beli siap-siap makanan untuk lunch. Sebaik sampai, menjamu selera terlebih dahulu. Masing-masing excited dan tak sabar nak mandi pantai. Lepas makan terus berlari ke pantai. Abi seperti biasa mengawasi anak-anak. Ummi dapat makan dengan tenang sambil memerhati dari jauh.

Lebih kurang sejam bermain air dan pasir. Puas dipujuk naik, akhirnya akur juga. Bersihkan badan dan menukar pakaian. Singgah sebentar di Masjid untuk solat, dan belikan coconut shake yang dihajati. Kemudian teruskan perjalanan. Abi singgah lagi di kedai bundle (JB-R ke namanya). Beli lagi pakaian untuk anak-anak. Jadi kaki bundle dah abi semenjak dua menjak ni :b

Kemudian teruskan perjalanan untuk balik ke rumah. Ambil anak saudara ummi, abang Fahmi di KUIS yang nak tumpang tidur di rumah sebelum balik kampung esok, then singgah makan malam sekejap dan terus balik ke rumah. Anas yang kepenatan dan kekenyangan dah tertidur dulu di dalam kereta. Mussaab dan Miqdad pula sempat balik bersihkan badan dan menukar pakaian, dan kemudiannya terlena terus.

Alhamdulillah untuk musafir hari ini. Musafir yang santai, jalan-jalan makan angin untuk hiburkan anak-anak. Sudah tentunya keseronokan mereka pada pantai :) apalagi dapat main air, bertambah seronok sampai tak nak balik. Anas pula puas hati dapat minum coconut shake yang diidamkan. Takpe la tak dapat coconut Klebang pun, kat kedai lain pun lebih kurang sama je rasanya.

Melaka, tak sah bila tak imbau kenangan sikit ;) tempat kami sekeluarga mula berhijrah hidup sendiri, dari anak seorang sampai anak kedua, hampir 2 tahun di sana. Walaupun tak lama, tetap banyak kenangan tercipta bersama. 

Alhamdulillah untuk kehidupan masa lalu, dan kegembiraan hari ini. Allah jua yang mengatur segalanya :)

























Makan malam bersama abang Fahmi





















Friday 30 March 2018 0 comments By: Naemah

CERITA PULUT KUNING

Hari ini (30/3/18) diadakan birthday party di sekolah Anas dan Mussaab (Little Diamond Kindergarten). Majlis ini untuk meraikan pelajar yang lahir pada bulan Januari hingga bulan Mac. Makanya, Anas dan Mussaab yang lahir bulan Januari termasuk dalam senarai untuk ‘diraikan’. 

Dalam group whatsapp parents, kami diminta untuk decide apa yang nak dibawa ke sekolah untuk jamuan hari ini. Yang terlintas di kepala ni pada mulanya nak masak spageti je, senang dan cepat penyediaannya. Tambahan pula suami tiada di rumah, memang fikir nak buat yang senang je la.

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba dah ada orang letak dulu dalam senarai untuk buat pasta. So, terpaksa fikir hidangan lain. Masa tu fikir, mujurlah tak beli bahan untuk masakan tu lagi. Lepas tu terlintas nak buat pulut kuning dan kari ayam. Walhal bukan pandai pun. Dah banyak kali buat, kadang jadi kadang tak jadi. Ni pulak nak masak lebih dari biasa, harap-harap menjadi lah nanti. 

Tanpa buang masa, aku ke Tesco membeli keperluan memasak. Sampai di rumah tiba-tiba senarai pasta tadi dah dicancelkan. Dia tak jadi buat hidangan tu.Adoi. Aku pula yang tak beli bahan untuk memasak spageti tadi. So, tekadlah untuk masak pulut kuning dan kari ayam.

Jam 5.30 pagi mula memasak 2kg pulut kuning menggunakan pressure cooker. Nak senangkan. Tak payah susah-susah nak kukus. Tapi malangnya pulut tak masak sempurna. Entah apa yang tak kena tak tahu la. Frust dah rasanya. Takkan nak jamu pulut mentah kot. Akhirnya ambil keputusan kukus semula pulut tadi di atas dapur. Yang tadinya nak cepat, jadi lambat juga. Tapi Alhamdulillah anak-anak senang bangun pagi semuanya, tak ada banyak ragam, yang kecik pun tak menangis, dapatlah ummi masak dengan tenang. ‘Menjadi’ juga pulut kuning walaupun ada yang terkurang. Kari ayam pun ok, takde masalah. Alhamdulillah.

Pukul 8, hantar Anas dan Mussaab ke sekolah dulu. Pulut dan kari ayam belum ready. Balik rumah, masukkan dalam bekas yang sesuai, susukan dan suapkan Miqdad makan, barulah ke sekolah semula hantar makanan. 

Entah pulut tu laku ke tak. Kebiasaanya budak-budak tak berapa nak makan pulut. Tapi nak buat macamana Mak cik ni bukan pandai sangat masak. Tak mampu nak fikir menu yang lebih sesuai, dan tak nak buat yang lebih complicated takut lain pulak jadinya ,:) 

Jam 12.15, ambil Anas dan Mussaab di sekolah. Teacher masukkan dalam bekas tadi makanan lebih dari jamuan tadi. Pulut kuning tak tahulah apa cerita :b moga-moga menjadi santapan yang mengenyangkan siapa yang memakannya :)

Alhamdulillah. Selesai sudah untuk hari ini. Anas dan Mussaab menyambut hari lahir (lewat 2 bulan) bersama kawan-kawan dan guru. Pertama kali buat Anas dan Mussaab meraikan hari jadi sebegini. Di rumah tak pernah menyambutnya, just ingatan dan belanja makan simple-simple sesama kita je. Yang penting adalah untuk ingatkan Anas dan Mussaab pada tarikh yang sangat istimewa ini. Hari Anas dan Mussaab mengenal dunia, hari ummi bertarung nyawa melahirkan satu nyawa yang lain. 

Apapun setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat guru-guru di Little Diamond Kindergarten yang bersusah payah untuk mengatur dan mengadakan majlis hari ini. Terima kasih menghiburkan dan meraikan anak-anak Little Diamond dengan cara yang tersendiri :)


My pulut kuning dan kari ayam







Pictures by teacher LD




















Saturday 24 March 2018 0 comments By: Naemah

TRIP TO PHATTHALUNG, THAILAND: REVIEW

Sambungan dari entri sebelum ini;





Di sini aku ingin catatkan sedikit review tentang homestay penginapan kami untuk satu malam di Phatthalung. Tak lupa juga anggaran kos perjalanan kami, dan sedikit info penting yang dirasakan perlu untuk dihighlightkan.

Untuk makluman, ini bukan percutian mewah ya! Sekadar percutian santai dengan budget yang sederhana sahaja :) 



Homestay: Baanrimnam Phatthalung 



 fb pihak homestay 


Semua urusan booking hotel dilakukan oleh teman musafir kami iaitu kawan kak Za yang juga merupakan warga Thailand (Tak pasti berapa rate sebenar untuk satu malam di sana)

Baanrimnam Phatthalung - adalah nama homestay tempat kami menginap. Lokasinya di pinggiran sungai, dan kawasan ini dipenuhi pepohon yang menghijau. Pendek kata, ia adalah homestay yang bertemakan alam semulajadi. Berada di sini kita akan merasa lapang dan tenang. Apatah lagi jika dapat bermandian di sungai yang jernih dan sejuk, akan lebih terasa kesegarannya.

Di sini terdapat beberapa buah rumah yang setiapnya mempunyai dua bilik, ada beranda yang lengkap dengan meja dan kerusi, dan satu tempat memasak yang dilengkapi dengan peralatan memasak. Setiap bilik pula mempunyai 2 buah katil queen dan satu bilik air. Agak selesa juga buat kami yang membawa 3 anak yang masih kecil. Tempat memasak juga luas, siap dengan tempat khas untuk bbq, serta meja makan dan kerusi yang mencukupi. Di bahagian dapur ini juga terdapat tv untuk ditonton dan berhibur.

Secara ringkas, homestay ini agak selesa sebagai tempat penginapan, kawasan juga agak luas untuk lepaskan anak-anak bermain, pemandangan hijau dan sejuk mata memandang. Harganya juga berpatutan.

Jom lihat gambar di homestay dan persekitarannya;

























Kos percutian

Ini sekadar anggaran sahaja, sebab kami sekeluarga hanya mengikut apa yang telah dirancang oleh rakan musafir kami. Senang cerita, kami hanya bawa diri dan pakaian sahaja tanpa mengetahui ke mana akan bermusafir dan di mana akan menginap. Selepas balik dari bermusafir, barulah suamiku membuat pembayaran bahagian kami pada Kak Za. Itupun agak-agak saja nilainya. Semoga dihalalkan apa yang terkurang.

Kos percutian kami melibatkan diesel (Dimax kak za),  penginapan (termasuk sekali aktiviti whitewater rafting), lauk dan bahan mentah untuk memasak, dan sedikit buah tangan yang dibawa pulang.

Anggaran kos seperti di bawah (untuk kami sekeluarga seramai 8 orang)

Diesel: RM 200
Lunch dan kudapan dalam perjalanan: RM 50
Homestay- 2 bilik dan whitewater rafting: RM 300
Lauk dan bahan mentah: RM 200
Buah tangan: RM 100

JUMLAH: RM 850 


Highlights

Jalan raya: Jalan raya yang rata dan lebar, dan tanpa tol menjadikan ia sebuah perjalanan yang ‘bebas stress’ walaupun jaraknya agak jauh. Hampir tiada kesesakan, dan sistem jalan rayanya menjadikan kejadian bertembung atau berlanggar dengan kenderaan dari berlawanan arah sesuatu yang ‘mustahil’. 

View dan persekitaran: oleh kerana Thailand merupakan jiran sebelah Malaysia sahaja, maka tiada banyak perbezaan dalam suasana dan pemandangan di sana. Di Selatan Thai, penduduk majoritinya adalah Muslim, dan kita dapat melihat pemandangan yang biasa seperti di tempat kita juga. Masjid-masjid mudah dijumpai, sehingga ke kawasan penduduk bukan Muslim, juga suasananya tak jauh berbeza, cuma bahasa dan budaya mungkin berbeza. Namun yang pasti, Thailand dan Malaysia terdapat banyak tempat menarik untuk dikunjungi, dan masing-masing menjanjikan kepuasan tersendiri. Kami juga, masih banyak tempat lagi yang belum pergi dan belum explore. Tak mampu nak cerita lebih-lebih ;)

Makan: Jika di kawasan penduduk majoritinya Muslim, lebih mudah untuk dapatkan makanan halal. Tapi bila dah sampai di tempat kami menginap di Phatthalung, agak sukar untuk dapatkan makanan halal. Yang terbaik ialah dengan memasak sendiri. Kami dah bawa siap-siap lauk dan bahan mentah dari rumah, maka semua dimasak sendiri saja. Di homestay juga sudah disediakan dapur dan alat memasak. 

Matawang: seperti yang kita sedia maklum, nilai mata wang Malaysia lebih murah berbanding mata wang Thailand, maka dari segi perbelanjaan jika dinilai dengan RM, terasa lebih mahal sedikit lah :) 

Komunikasi: sudah pasti warga di sini berkomunikasi menggunakan bahasa mereka, iaitu bahasa Thai. Jika tanpa teman musafir kami yang boleh berbahasa Thai, tentunya musafir kami menjadi sedikit sukar, kerana tak mampu berkomunikasi dengan orang di sini. Tambahan pula mereka tidak tahu berbahasa inggeris (di tempat lain mungkin ada yang menggunakan bahasa inggeris). Sebaiknya, adalah lebih baik jika musafir kita ke negara Thailand ini ditemani oleh mereka yang boleh berbahasa Thai juga agar urusan di sana lebih mudah :)

Special thanks: Kami sekeluarga berterima kasih banyak pada semua rakan musafir kami, terutama kak za yang mengajak kami untuk sertai trip ke Thailand ini. Kak za juga yang dahulukan segala perbelanjaan.

Tak lupa yang lain-lain (sahabat kak za) kak yah, suami dan anak-anak, Asian, ibu, adik dan anaknya, yang mengatur seluruh perjalanan, penginapan, makanan, dan menjadi perantara dalam bab komunikasi di sana. Alhamdulillah.

Semoga diberi peluang dan rezeki lagi untuk meneroka alam Tuhan yang luas ini. Insya Allah 













TRIP TO PHATTHALUNG, THAILAND: PART 3

Sambungan entri;

Whitewater Rafting

Selepas menikmati hidangan breakfast, kami bersedia untuk menyertai aktiviti seterusnya di sini iaitu whitewater rafting. Aku pada mulanya tak tahu bagaimana bentuk aktiviti ini. Bila orang cakap naik bot, aku just bayangkan naik bot seperti biasa. Ikut sajalah. Sebelum berangkat ke lokasi, kami semua diminta menyarungkan jaket dan topi keselamatan. Kemudian kami dibawa menaiki hilux beramai-ramai menuju ke lokasi yang juga tidak berapa jauh dari homestay. Kami tidak dibenarkan membawa apa-apa termasuk handphone kerana ia melibatkan aktiviti di dalam air.

Di sini barulah aku jelas bagaimana rupa aktivitinya. Oh, macam ni rupanya. Selalu tengok kat tv je. Aku pula dengan hanya berkain sahaja sebab tak bawa seluar. Miqdad pula peserta paling muda. Berdoa dan bertawakkal sesungguhnya, sebab nak balik dah tak boleh. Kami akan menaiki perahu di lokasi permulaan ini dan akan turun di lokasi yang lain, selepas menyusur anak sungai sejauh lebih kurang 5km. 

Aktiviti agak menarik sebenarnya walaupun sedikit mencabar. Kami menyusur anak sungai yang arusnya di sebahagian tempat tenang saja, di sebahagian yang lain pula agak deras. Airnya tidaklah dalam sangat, tapi berbatu. Bagi yang sukakan aktiviti lasak, memang sesuailah aktiviti sebegini. Aku dan Miqdad menaiki perahu yang dikayuh oleh budak yang sudah terlatih. Jadi, lebih terjamin perahu tak akan terbalik. Anas dan Mussaab naik sekali dengan Zawiah, juga ada ‘pengayuh’ disediakan. Suamiku pula mengayuh sendiri membawa penumpang yang lain. Jatuh terbalik, usah cerita. Setiap orang dapat merasa. Tapi seperti yang aku katakan, airnya tidaklah dalam. Dan ia perkara biasa. Cuma agak luar biasa bila Miqdad pun join sekaki. Mahu tepuk dahi siapa yang melihat.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Kami semua dalam perlindungan Allah, tiada sebarang perkara yang tak diingini berlaku. Anak-anak tenang terkawal, dan mereka memperoleh pengalaman baru hari ini. 

Antara gambar sekitar whitewater rafting yang dikongsi di laman fb pihak homestay














Mandi sungai

Aktiviti terakhir sebelum meninggalkan homestay ialah bermain di sungai yang berdekatan dengan homestay. Suamiku menemani anak-anak dan kanak-kanak yang lain bermain di sungai. Miqdad juga tak terkecuali, suka sangat dapat bermain air. 

Kanak-kanak mandi sepuasnya di sungai. Kaum ibu pula sibuk memasak untuk hidangan tengahari kami. Alhamdulillah dapat mengisi perut untuk kesekian kalinya. Masing-masing makan dengan sangat berselera setelah penat bermain air sejak pagi. 













Selesai makan dan urusan check out, kami bertolak balik jam 3 petang. Dalam perjalanan kami singgah di Kim Yong Market, Hat Yai. Kak za mambeli sedikit buah berangan untuk Mak, dan kemudian singgah di kedai cenderahati membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang.

Kami kembali ke Malaysia melalui jalan Sungai Golok-Rantau Panjang. Tiba di sempadan hampir jam 10 malam. Alhamdulillah. Sehari lagi menempuh perjalanan yang panjang, namun dipermudahkan. Syukur pada Allah memberikan pengalaman baru buat kami, menjejakkan kaki ke tempat yang belum pernah kami sampai. Kalau ikutkan perjalanan jauh seperti ini tak cukup untuk hanya 2 hari 1 malam seperti ini. Tak sempat nak hilangkan penat bermusafir, dah perlu balik semula ke tanah air. Apapun syukur dengan segala peluang yang ada. Ia tetap sebuah musafir yang memberikan 1001 kenangan indah buat kami sekeluarga. 

Alhamdulillah.

Insya Allah akan menulis sedikit review tentang homestay kami di sana :)













TRIP TO PHATTHALUNG, THAILAND: PART 2

Sambungan dari catatan lepas;

Seterusnya catatan hari ke-2 di Phatthalung, Thailand. Hari ini terisi dengan banyak aktiviti, dan hari ini menyambung perjalanan yang panjang lagi untuk kembali ke Malaysia.

Awas! Entri ini akan dipenuhi dengan gambar-gambar yang banyak!

Matahari terbit di puncak bukit

Sebaik bangun dari tidur dan menunaikan solat subuh, kami menikmati pemandangan dan menghirup udara segar di sekitar homestay. Pagi ini dapat melihat jernihnya air sungai yang mengalir di tepian homestay kediaman kami. Anak-anak juga bangun awal dan sempat mengikut mereka yang sudah bersedia untuk ke puncak bukit berdekatan homestay. 

Sempat juga mengunyah roti bakar yang telah disediakan oleh rakan musafir kami. Tiba di puncak bukit, terpegun kami melihat panorama yang sangat indah. Di situ terdapat tasik yang sangat luas, bersama pemandangan bukit kiri dan kanan. Sempat kami melihat dan bergambar berlatarkan matahari terbit, tasik dan bukit. Cantik sekali ciptaan Allah. Tenang dan lapang rasanya hati terpukau dek ciptaan Allah yang sangat indah ini. 





















Bergambar bersama semut merah

Selepas meninggalkan puncak bukit tadi kami singgah pula di kawasan yang berdekatan dengan homestay juga, di mana di sini terdapat banyak replika semut merah. Kami tak melepaskan peluang untuk bergambar sebanyaknya, sebelum balik semula ke homestay.

(Maaf tak mampu membaca setiap bait tulisan yang tertulis. Maka tak mampu nak menghurai lebih lanjut tentang lokasi ini)























Ok sampai di sini dulu cerita pagi ini. Puas bergambar dan berjalan di sekitar tempat ini, kami balik semula ke homestay dan menikmati hidangan breakfast yang disediakan oleh pihak homestay. Katanya dibeli dari orang melayu. Maka halal, insya Allah. Ada beraneka jenis kuih, termasuk nasi goreng dan bubur nasi yang dimasak sendiri. Kami mengisi perut yang sudah kelaparan. Alhamdulillah :)


Our breakfast 





Ok, untuk next aktiviti kita sambung ke entri seterusnya. Insya Allah.