Saturday 31 March 2018 By: Naemah

MELAKA: KAMI DATANG LAGI

Melaka kami datang lagi, selepas kali terakhir menjejakkan kaki ke sini lebih kurang 6 bulan yang lepas. Kali ini untuk meraikan permintaan Anas yang bila teringin nak minum coconut shake, mesti ajak ke Melaka :) Hari ini barulah berkesempatan.

Kami bertolak dari rumah jam 9.30 pagi. Sebelum sampai Melaka, singgah sekejap di kedai bundle ‘polymall bundle’ yang letaknya di Port Dickson. Abi belikan sepasang kasut untuk Mussaab dan Miqdad. Kemudian teruskan perjalanan ke Melaka.

Ini dia, Mussaab dan Miqdad menggayakan kasut ‘baru’ mereka. Cantik kan?










 Destinasi pertama ialah pantai Pengakalan Balak. Sebelum tu dah beli siap-siap makanan untuk lunch. Sebaik sampai, menjamu selera terlebih dahulu. Masing-masing excited dan tak sabar nak mandi pantai. Lepas makan terus berlari ke pantai. Abi seperti biasa mengawasi anak-anak. Ummi dapat makan dengan tenang sambil memerhati dari jauh.

Lebih kurang sejam bermain air dan pasir. Puas dipujuk naik, akhirnya akur juga. Bersihkan badan dan menukar pakaian. Singgah sebentar di Masjid untuk solat, dan belikan coconut shake yang dihajati. Kemudian teruskan perjalanan. Abi singgah lagi di kedai bundle (JB-R ke namanya). Beli lagi pakaian untuk anak-anak. Jadi kaki bundle dah abi semenjak dua menjak ni :b

Kemudian teruskan perjalanan untuk balik ke rumah. Ambil anak saudara ummi, abang Fahmi di KUIS yang nak tumpang tidur di rumah sebelum balik kampung esok, then singgah makan malam sekejap dan terus balik ke rumah. Anas yang kepenatan dan kekenyangan dah tertidur dulu di dalam kereta. Mussaab dan Miqdad pula sempat balik bersihkan badan dan menukar pakaian, dan kemudiannya terlena terus.

Alhamdulillah untuk musafir hari ini. Musafir yang santai, jalan-jalan makan angin untuk hiburkan anak-anak. Sudah tentunya keseronokan mereka pada pantai :) apalagi dapat main air, bertambah seronok sampai tak nak balik. Anas pula puas hati dapat minum coconut shake yang diidamkan. Takpe la tak dapat coconut Klebang pun, kat kedai lain pun lebih kurang sama je rasanya.

Melaka, tak sah bila tak imbau kenangan sikit ;) tempat kami sekeluarga mula berhijrah hidup sendiri, dari anak seorang sampai anak kedua, hampir 2 tahun di sana. Walaupun tak lama, tetap banyak kenangan tercipta bersama. 

Alhamdulillah untuk kehidupan masa lalu, dan kegembiraan hari ini. Allah jua yang mengatur segalanya :)

























Makan malam bersama abang Fahmi





















0 comments:

Post a Comment